Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 September 2014

Aku dan Annual Medical Screening


Sebulan yang lalu.
Aku bawa crew klinik aku ke sebuah kilang dekat dengan klinik aku.
Ada Annual Medical Screening.
Ini tahun yang kedua.
Cerita kali pertama di sini.


Sebenarnya aku dah malas nak buat kerja2 paperwork ni.
Tapi aku tak boleh nak tolak dah.
Kilang ni panel dengan klinik aku.
Ramai pekerjanya adalah pesakit2 aku.
Aku cuba tolak ke cawangan yang lain,
tetapi management masih nak dengan aku jugak.


Kalau ikutkan aku memang tak payah buat apa2.
Staf aku yang register.
Staf aku yang kira BMI.
Staf aku yang ukur tekanan darah.
Staf daripada makmal yang ambil darah.
Aku boleh sekadar jadi pemerhati sahaja.
Tapi tak sedaplah kan kalau berlagak jadi bos.
Aku kena turut bekerja.
Aku kena juga sembang2 dengan pekerja2 yang datang.


Bila laporan ujian darah dah siap,
staf aku yang asing dan susunkan.
Maka bermulalah kerja2 aku.
Menyemak laporan satu persatu.
Seterusnya memberi komen satu persatu.
Dan lepas ini nak kena buat laporan statistik kepada management.


Ada kira2 170 pekerja yang hadir untuk medikal.
Kurang 30 orang daripada anggaran kasar.
Tetapi lebih kurang sama dengan tahun lepas.
Semalam cuti satu hari.
Aku duduk tepi kolam seharian.
Menyemak laporan ujian darah satu persatu.
Malamnya pula masukkan data dalam komputer.
Dan lepas ni nak buat statistik pulak.

Target kena siapkan sebelum hujung minggu ini.
Minggu depan dah cuti sekolah.
Jadual kerjaku padat.
Banyak aktiviti bersama2 anak2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan