Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 September 2014

Aku dan Baby Z250ku

Hampir setahun yang lalu.
Aku beli motosikal ini.
Kawasaki Z250 naked.
Juga dikenali sebagai Baby Z.
Sebabnya?
Sekali imbas rekabentuknya macam superbike bercc besar.
Z800 ataupun Z1000.
Tetapi rupa2nya ccnya kecil sahaja.


Kenapa aku terjebak dengan motosikal ini.
Tetapi dalam tempoh setahun ini.
Aku boleh kira berapa kali aku menunggang motosikal ini.
Kekangan masa. 
Kekangan cuaca.
Juga minat yang semakin pudar.
Menyebabkan aku jarang menunggangnya.
Ada ramai yang ajak join group.
Pergi konvoi sana-sini.
Pergi attend event sana-sini.
Tapi aku belum berkesempatan lagi.
Lagipun motosikal aku cc kecik.
Takut ketinggalan dan telan asap aje nanti.


Sebagai beginner,
motosikal ni memang sesuai.
Ianya sangat mudah dipandu.
Ianya stabil diselekoh.
Juga senang nak mencelah2 ketika jem.
Masuk highway tak payah tol.
Masuk highway boleh guna lorong kecemasan.
Bila hujan berhenti bawah jambatan.
Tapi bila dah tahap otai.
Dan umur yang dah masuk 4 series ni.
Motosikal ni ibarat kapcai sahaja.
Langsung tak mencabar.
Thrill nya pun kurang.


Hujung2 minggu.
Bila ada kelapangan.
Bila cuaca mengizinkan.
Aku bawa wife.
Kadang2 aku bawa anak bungsu aku.
Meredah jalan2 sunyi sekitar Kulai/Kluang dan Johor Bahru.
Kalau di lebuhraya,
aku berani speed sampai 140-150 km/sejam.
Tapi biasanya setakat 110-120km/sejam sahaja.
Sayang motor beb.
Juga sayang nyawa.


Sebenarnya ada banyak aksesori boleh ditambah untuk mencantikkannya.
Ekzos pun boleh tukar jadi lebih garang bunyinya.
Tapi setakat ini aku masih kekalkan yang asal.
Sebab aksesorinya tiada yang murah.
Walaupun import daripada China,
harganya masih dikira mahal.


Satu kelemahan motosikal ini ialah tempat duduknya.
Wife selalu komplen tempat duduknya keras.
Sakit bontot bila membonceng dibelakang.
Pemegang handle pun keras juga.
Sekejap aje jari tangan aku dah kebas.


Ini motosikal sahabatku.
Seorang doktor daripada Parit Sulong.
Harley Davidson 1600cc.
Dia baru beli 3 bulan yang lepas.
Singgah diklinikku dalam perjalanan pulang ke Muar.
Memang nun jauh bezanya dengan motosikal aku.
Ibarat langit dan bumi.
InsyaAllah.
Bila ada kelapangan,
aku nak ambil lesen B penuh.
Lepas tu bolehlah upgrade cc motosikal aku.
Lepas tu bolehlah join group.
Lepas tu bolehlah konvoi pusing satu Malaysia.

sumber: Facebook dia
Ini juga sahabatku.
Seorang pakar perbidanan.
Jealous aku tengok geng motosikalnya.

Salam Hari Isnin kawan2.

3 ulasan:

  1. tiap org ada minat tersendiri.....

    *minat tengok ja dulu, sekarang x minat*

    BalasPadam
  2. saya lebih berminat kpd easy rider berbanding superbike..
    :)

    BalasPadam