Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 September 2014

Aku dan Lawak Hari Ini


Dalam sebuah kelas.
Cikgu Jaya memulakan pengajarannya.
" Murid2, binatang apa yang bermula dengan huruf G?"
Isa.
Murid paling depan bangun menjawab.
" Gajah, cikgu."
Lalu dia dipuji oleh cikgu jaya dengan penuh bangga.
" Bagus, cerdik jawapan awak Isa."

Soalan seterusnya.
"Binatang apa yang bermula dengan huruf D?"
Semua murid diam dan tidak dapat menjawab.
Lalu Isa yang kena puji tadi bangun lagi.
" Dua ekor gajah cikgu. "
Jawapannya penuh konfiden.
Murid2 lain dah tergelak2 sampai sakit perut.
Cikgu Jaya mula marah.
" Isa, awak berdiri diatas kerusi."
Kata Cikgu Jaya.

Soalan seterusnya.
" Binatang apa yang bermula dengan huruf M?"
Semua diam.
Bila tiada yang mahu menjawab,
Isa yang berdiri diatas meja langsung bersuara,
" Mungkin Gajah."
" Awak pergi berdiri diluar kelas"
Jerit Cikgu Jaya yang dah mula stress.

Soalan terakhir.
"Binatang apa pulak yang bermula dengan huruf J?"
Macam tadi jugak.
Tiada siapa yang berani menjawab.
Lama kelas itu sunyi.
Tiba2 dari luar kelas Isa menjawab lagi,
" Jangan-jangan Gajah."

Sumber Whatsapp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan