Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 September 2014

Aku dan Melayu Yang Pemalas


Tun Mahathir bersuara lagi.
Kali ini lebih keras.
Lelaki Melayu pemalas.
Lelaki Melayu tak suka belajar.
Lelaki Melayu hanya suka jadi Mat Rempit.
Lelaki Melayu tak boleh dipercayai.
Lelaki Melayu pantang nampak duit.
Lelaki Melayu mudah hilang pertimbangan kerana duit.
Lelaki Melayu juga tak mahu bayar hutang.
Pandai pinjam tapi buat2 lupa bila suruh bayar.

Aku lelaki Melayu.
Tetapi aku bukan lelaki Melayu yang dia maksudkan.
Aku sebaliknya.
Ramai kawan2 sebangsaku begitu juga.
Mereka rajin berusaha.
Mereka rajin membaca.
Mereka berani bersaing.
Mereka mahu keluar daripada kepompong.
Mereka tak mahu duduk dizon selesa mereka sahaja.
Kini ramai daripada mereka telah berjaya.
Rasanya lebih 90% kawan sebangsaku telah berjaya.
Membina kehidupan mereka.
Menjadi bangsa Melayu yang berwibawa.

Tetapi manusia tetap manusia.
Tak kira apa bangsa dan warna kulit.
Ramai juga yang malas berusaha.
Ramai yang nak hidup senang dengan sedikit usaha.
Penjawat2 awam contoh paling nyata.
Pegawai2 kastam paling utama.
Daripada yang bawah sampai yang paling atas.
Hampir semuanya bangsa Melayu.
Semuanya beragama Islam.
Tetapi demi wang ringgit.
Arak pun araklah.
Rasuah pun rasuahlah.
Yang penting hidup mewah.
Yang penting mewah hidup di dunia.
Akhirat lain cerita.
Dah tiada rasa malu memalukan bangsa Melayu.
Dah tiada rasa malu memalukan orang Islam.
Mereka marah bila Islam dipersendakan.
Mereka berarak dijalan bila agama Islam dipermainkan.
Tapi perangai mereka apa bezanya?
Malah lebih teruk daripada zionis kafir laknatulah.

Guru2 juga apa kurangnya.
Soalan2 peperiksaan UPSR dah tak jadi rahsia.
Murid2 diarah hafal jawapan sebelum masuk dewan periksa.
Jawapan2 objektif tinggal tanda sahaja.
Dan mereka ini masih kanak2.
Yang baru nak mengembangkan pemikirannya.
Mereka inilah bakal pembangun dan penggerak negara.
Tetapi dari kecil dah disemai dengan budaya senang dan jalan pintas.
Menipu diri sendiri bukan satu kesalahan.
Tak salah menipu untuk berjaya.
Tak salah menipu untuk dapat gred cemerlang.
Kerana orang lain buat benda yang sama.
Kerana guru2 yang ajar.
Jadi bagaimana dengan masa depan negara?
Negara akan diterajui oleh golongan seperti ini.
Negara akan diperintah oleh golongan seperti ini.
Golongan yang pandai mencari jalan pintas.
Golongan yang menghalalkan yang haram.
Golongan yang mengharamkan yang halal.
Ada duit semua boleh jadi.
Hidup nak senang.
Hidup tak perlu susah-payah.

Kita patut mencontohi negara Korea Selatan.
Bukan sebagai negara punya kadar bunuh tinggi tertinggi.
Tetapi kerana kita pernah sama2 tewas masa serangan ekonomi George Soros.
Adakah kita patut bangga sebab tak pinjam dengan IMF?
Adakah kita patut bangga sebab kembali membangun tanpa bantuan IMF?
Korea Selatan terpaksa berhutang berbillion dollar dengan IMF.
Mereka sangat malu dengan itu.
Ramai rakyatnya bunuh diri kerana malu.
Tetapi kerana perasaan malu itu mereka kembali bangkit.
Selepas 20 tahun berlalu,
dimanakah kita jika banding dengan negara Korea Selatan?
Mereka telah sangat maju ke depan.
Hutang IMF berjaya dibayar habis sebelum waktunya.
Dan kini mereka hampir menguasai dunia.
Samsung, Hyundai, KIA juga K-pop ada dimana2.
Tapi kita?
Walaupun tak pernah berhutang dengan IMF,
hutang negara kini dah berbillion ringgit.
Ini Tun Mahathir yang juga kata.
Bukannya Rafizi ataupun Anwar Ibrahim.

sumber rujukan
Tahukah anda bagaimana K-pop boleh menguasai dunia?
Tahukah anda video Gangnam Style ditonton lebih 2 billion kali di YouTube?
Tahukah anda berapa harga tiket konsert K-pop di Singapura?
Tahukah anda berapa minit tiket sold out?
Apa bagusnya K-pop banding dengan muzik kita?
K-pop bukan wujud untuk setahun dua.
Artis2nya bukan ciptaan segera Akademi Fantasia.
Belajar depan kamera 3 bulan dan kemudian jadi artis.
K-pop adalah satu agenda negara Korea Selatan sejak beberapa dekad lalu.
Target mereka adalah menakluki dunia.
Bukannya setakat nak buat album untuk pasaran tempatan sahaja.
Kanak2 daripada belasan tahun mula dididik untuk menjadi penyanyi.
Mereka belajar segala2nya dengan penuh disiplin.
Belajar menyanyi, menari juga etika sebagai manusia sejati.
Bertahun2 mereka dididik dan dilatih.
Untuk menjadi artis yang sempurna.
Selepas beberapa tahun,
barulah mereka diperkenal kepada dunia.
Mereka datang dengan pakej yang lengkap.
Tengok muka mereka.
Wajah2 putih bersih tanpa jerawat.
Berat badan semuanya bawah 50kg.
Walaupun mereka menari seperti robot.
Walaupun mereka menyanyi seperti miming sahaja.
Walaupun lagu, suara dan artisnya macam sama sahaja.
Tetapi kenapa kita boleh jadi gila dan fanatik?
Padahal satu patah haram kita tak faham bahasa mereka.
Itulah hasil usaha kerja keras mereka.
Khabarnya kerajaan Korea melabur berbilion dollar untuk artis2 tersebut.
Guna duit kerajaan.
Guna duit rakyat.
Dan pasti ianya berbaloi.
Pendapatan rakyat Korea perkapita adalah jauh lebih tinggi banding kita.
Walaupun mereka tiada hasil2 bumi seperti kita,
pendapatan daripada industri muzik dapat membantu menjana ekonomi mereka.
Jenama Samsung juga Hyundai aku malaslah nak cerita.
Korang google sendiri.

Aku sedih nak cerita pasal negara kita.
Kita ada semuanya.
Hasil minyak, balak juga tanah yang subur.
Tetapi adakah semuanya dibahagi sama rata?
Siapa yang memiliki Petronas?
Siapa punya lesen balak terbesar di Malaysia?
Siapa pemegang terbesar saham syarikat jual pasir?
Siapa yang memiliki Felda sekarang?
Kita mengeluh bila harga rumah semakin tinggi.
Kebanyakan rumah yang dibina kini Hanya Mampu Tengok.
Bukannya Mampu Milik seperti kata kerajaan.
Rumah dibina bukan untuk rakyat kita.
Rumah dibina untuk sebahagian rakyat kita yang lebih berkemampuan.
Kita marah bila rumah mampu milik hanya untuk kroni.
Rumah yang dibina cuma beratus unit.
Yang memohonnya pula berpuluh ribu.
Dan apa jadi jika permintaan melebihi keperluan?
Balik kepada peperiksaan UPSR tadi.
Tak salah menipu untuk berjaya.
Tak salah menipu untuk dapat gred cemerlang.

p.s
Ini entri pertama setelah sekian lama menyepi.
Apa khabar kawan2 semua?




1 ulasan:

  1. Selamat kembali :)

    Khusyuk saya membaca pasal Korea Selatan tu...
    Yup...mereka jauh membangun, baik dari segi ekonomi, hiburan, automotif...malahan bolasepak nya juga..
    Saya nak cari buku tu :)

    Nilai hartanah di sekitar JB pun dah melambung naik..
    Tak capai kot impian saya nak beli hartanah kat JB....:P

    BalasPadam