Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 September 2014

Aku dan Minggu Ini


Sempena cuti Hari Kebangsaan,
Anak aku bawa kawannya balik bercuti.
Anak seorang doktor juga.
Datang daripada Kulim Kedah.
Bila ada orang luar datang ke Kulai,
Ada 2 tempat makan yang wajib dikunjungi.
Nasi Lemak Wak Kentut yang semakin famous.
Juga Restoran Makanan Laut di Senibong, Permas Jaya.
Jadi kedua2nya aku kena tuju.
Kalau tidak kempunan.


Minggu ini juga nasibku agak malang.
Bulan lepas baru tukar cermin kereta.
Bulan ini kena lagi.
Nasib baik ada cover insurans.
Kalau tidak terbang juga seribu lebih.
Cuma jenuh juga nak cari kedainya.
Ada satu kedai famous yang tak nak tolong claim insurans.
Suruh bayar cash dan claim sendiri.
Pergi jalanlah aku cakap.


Kedai ini agen insurans aku yang syorkan.
Prosedur nak claim taklah susah sangat.
Tak payah nak report polis bagai.
Cuma fotostat dokumen2 biasa.
Lepas sejam dah siap.
Aku tengok mereka buat kerja memang profesional.
Langkah demi langkah.
Nampak kemas dan teliti.
Langsung takda cacat cela.


Satu lagi nasib malang minggu ini.
Autogate aku kena petir lagi.
Kali ke3 dalam masa 6 tahun.
Mamat ni pun profesional juga.
Panggil tak sampai sejam dah sampai.
PCBoard terbakar.
Terbang lagi beberapa ratus ringgit.


Pada suatu petang yang sibuk.
Aku jemput anak2ku balik daripada sekolah.
Disatu simpang berlampu isyarat.
Aku berada dilorong yang betul.
Bersedia untuk belok ke kanan.
Tiba2 satu motosikal dinaiki sepasang anak muda.
Dengan lajunya cuba memotong.
Aku tak boleh nak buat apa2.
Inipun jalan aku.
Motosikalnya bergesel dengan keretaku.
Nasib baik dia tak jatuh.
Tapi belum sempat buat apa2. 
Dia dah lari.
Keretaku calar tetapi masih boleh digilap.
Kalau tidak cacat dah kereta aku.


Pagi hari minggu.
Pukul 6:30 pagi aku dah sampai.
Di jalan besar depan Pasaraya Titah Taman Permai Indah.
Hari ini hari kebangsaan negara ke57.
Ada perbarisan dan perarakan peringkat negeri Johor.
Kulaijaya tahun ini jadi tuan rumah.
Dan perarakan dibuat depan rumah aku.
Seperti biasa wife kena masuk baris.
Kewajipan setiap tahun.

Memandangkan ini event besar,
Mungkin juga yang terakhir diadakan di sini,
Jadi aku bersemangat untuk pikul DSLR aku.
Lama betul tak pegang DSLR.
Dah berkarat skil aku.
Dah bercendawan lens aku.

Aku memang tak cadang nak duduk kat stadium.
Aku cuma nak ambil gambar2 suasana perbarisan sahaja.
Jadi aku tunggu ditepi jalan.
Bersama2 ramai lagi warga Kulaijaya.
Masing2 dengan gajet masing2.
Suasana kemeriahan cukup dirasakan.
Cuaca memang cantik.
Sesuai untuk ambil gambar.

Khabarnya ada 80 pasukan yang masuk baris.
Dimulakan dengan pembawa bendera Malaysia.
Dan diakhiri dengan aset2 ketenteraan.
Ada pasukan yang bersungguh2 dalam berkawat.
Siap buat persembahan depan pentas VIP.
Ada yang berjalan dengan santainya.
Yang jalan berterabur pun ramai.
Itu tak penting.
Yang penting semangat nak berbaris.

Perarakan tamat kira2 jam 10 pagi.
Disambung di stadium.
Tapi aku nak balik dah.
Anak2 tiada yang nak beri makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan