Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 September 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini kisah seorang pelajar.
Seorang warganegara pasca merdeka.
Tahun ini akan menduduki peperiksaan SPM.
Yang tak berapa lama lagi.
Sempena Hari Kemerdekaan ini,
akan diadakan perarakan Jalur Gemilang dikampungnya.
Di Felda Taib Andak kampung Mawi.

Pada malam menjelang kemerdekaan.
Dia merasai erti kemerdekaan.
Dia menunggang motosikal kapcai.
Tanpa helmet.
Tanpa lesen.
Hari Merdekalah katakan.
Dia melilitkan Jalur Gemilang dilehernya.
Dia rasa dirinya seperti Superman.
Gagah perkasa tak lut senjata.
Gagah berani menentang penjajahan.


Memandangkan ramai yang menyertai perarakan,
kapcainya tak boleh dipandu laju.
Dan bila bawa perlahan,
Jalur Gemilangnya tak berkibar.
Jalur Gemilangnya jatuh kebawah.
Jalur Gemilangnya terbelit di roda motosikal kapcainya.
Lalu dia pun terjatuh.
Beberapa kawannya turut terjatuh.
Luka besar dilehernya.
Lehernya hampir terjerut.
Nasib baik panjang lagi nyawanya.
Syukur Alhamdulilah.


Adakah ini erti kemerdekaan dijiwa anak2 pasca merdeka?
Memandu motosikal ramai2.
Memandu tanpa helmet.
Memandu tanpa lesen.
Adakah ini yang perlu kita banggakan?

Sahutlah salam Merdeka kawan2!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan