Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 September 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki warga Bangladesh.
Berusia lewat 30-an.
Bekerja di Malaysia lebih 8 tahun.
Sangat fasih berbahasa Malaysia.
Bekerja sebagai seorang Supervisor/Manager.
Disebuah syarikat mengurus pekerja warga asing.
Ada lebih 2000 orang warga asing yang dijaganya.
Sakit pening mereka,
urusan gaji mereka,
urusan pekerjaan mereka,
dia yang uruskan.

Bermula dengan membawa beberapa orang warga asing ke klinik,
dia mula jatuh cinta dengan layanan diklinik aku.
Perwatakannya memang kasar.
Suaranya pun kasar.
Pertama kali aku bercakap dengannya,
memang aku rasa action semacam aje mamat seorang ni.
Dia hampir bergaduh dengan manager rangkaian klinik,
semata2 bila permohonan awal panelnya ditolak.

Namun begitu.
Dia tidak berputus asa.
Dia masih membawa pekerja2 bawahannya ke klinik aku.
Dia juga tak henti2 memujuk aku.
Beberapa kali dia minta maaf dengan aku.
Beberapa kali juga dia minta maaf dengan manager rangkaian klinik aku.
Namun akhirnya dia berjaya.
Klinik aku kini sah jadi panel syarikat dia.

Terus terang aku katakan.
Dia memang kasar orangnya.
Tapi hatinya baik.
Dia pernah tolong seorang mangsa ragut mendapat rawatan diklinik aku.
Seorang yang dikenal ditepi jalan sahaja.
Tapi dari segi lagi,
dia kurang hormat dengan pekerja2 bawahannya.
Mungkin sebab dah ramai sangat yang dijaganya.
Mungkin sebab dah banyak sangat karenah pekerja2 bawahannya.
Dengan aku dia baik.
Dia juga baik dengan staf klinik.
Setiap kali datang ke klinik,
ada sahaja buah tangan yang dibawanya.

Pagi ini lain pula ceritanya.
Dia tidak seceria selalu.
Dia dah tak bersalam denganku seperti selalu.
Rupa2nya dia kena pukul semalam.
Dia bergaduh dengan salah seorang staf disyarikatnya.
Dia syak staf itu tidak jujur dalam mengira dan memberi gaji.
Dan malam tadi,
staf itu membawa 3 samseng untuk berjumpa dengannya.
Dia dipukul dan dibelasah dengan teruk.
Dia menangis bila bercerita didepanku.
Dia bertanya kenapa malang sungguh nasibnya.

Aku tak menyebelahi mana2 pihak.
Aku tak kata dia tak bersalah.
Aku juga tak boleh kata dia bersalah.
Dia tak nak buat report polis.
Dia tak nak memanjang2kan cerita.
Itu haknya.

Kisahnya lebih kurang sama macam rusuhan di kilang JCY Kelapa Sawit tempohari.
Cuma ini dikira kes terpencil.
Polis pun rasanya buat donno aje.
Maklumlah bukan warganegara.
Aku tahu sangat pasal rusuhan tempohari.
Kakak aku ada bekerja dikilang yang sama.
Aku malu menjadi orang Islam di Malaysia.
Perangai orang Islam/Melayu tidak mencirikan orang islam sejati.
Mentang2lah mereka itu bukan warganegara.
Mentang2lah mereka itu bukan islam,
mereka ditindas sewenang2nya.
Yang membuatnya orang Melayu/Islam.
Gaji dipotong sesuka hati.
Belasah membelasah ikut suka hati.
Mana orang tak memberontak?
Kalau fikir logik akal,
mereka bergolok-gadai nak datang ke sini.
Takkan suka2 aje nak mengamuk dan membakar kilang.
Mesti ada sebab2nya.
Mereka tiada tempat nak mengadu.
HR bersekongkol dengan management kilang.
Maka inilah kesudahannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan