Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 September 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang wanita berusia lewat 30-an.
Bekerja sebagai guru di sekolah menengah.
Punya seorang anak berusia 9 tahun.
Beliau seorang penghidap Endometriosis.
Mendapat sakit sengugut yang amat sangat ketika datang period.
Beliau pernah menjalani pembedahan pada tahun 2009.
Asalnya doktor kata guna "scope dan bakar dengan laser".
Tetapi berlaku sedikit kesilapan.
Doktor telah mencederakan pundi kencingnya.
Maka terpaksalah dibedah semula untuk membaiki pundi kencingnya.
Selepas kejadian itu dia serik ke hospital kerajaan.
Dia berubat secara tradisional pulak.

Minggu lepas dia datang jumpa denganku.
Demam lebih dua minggu.
Punca demam tidak diketahui.
Ujian darah takda keputusan.
Doktor kerajaan tak tahu punca penyakitnya.
Maka dia kembali semula ke rawatan tradisional.

Masa berjumpa denganku dia memang demam.
Ada bengkak besar di perut kanannya.
Aku yakin ia adalah Ovarian Cyst.
Tapi dia dan suaminya tak percaya.
Dia lebih percayakan ustaz yang merawatnya.
Ada gangguan jin kafir disekolahnya.
Dia cuma nak MC sahaja.
Nak terus berubat dengan ustaz tersebut.

3 hari kemudian dia datang lagi.
Dia kelihatan sangat stress.
Dia menanggung kesakitan.
Mukanya pucat.
Pakaiannya tak terurus.
Suaminya tak nak dia dirujuk ke hospital.
Suaminya tak nak dia dirujuk ke hospital pakar.
Dia nak MC lagi 2 hari.

Lepas 2 hari dia datang lagi.
Dia kelihatan lebih sihat dan terurus.
Dia dah habis berubat dengan ustaz.
Benda itu dah berjaya dikeluarkan.
Tanpa mengenakan charge tambahan aku scan perutnya.
Ketumbuhannya masih ada lagi.

Bulan lepas ada kes yang hampir sama.
Seorang wanita berusia awal 40-an.
Sekali tengok perutnya macam orang mengandung 7 bulan.
Tetapi dia tak mengandung.
Ada Ovarian Cyst besar dalam perutnya.
Penat aku menerangkan tentang penyakitnya.
Penat aku tulis surat rujukan kepadanya.
Lepas 2 minggu dia jumpa aku semula.
Dia pergi berubat dengan kawan kepada abangnya.
Minum air jampi sahaja.
Dia nak tengok dah kecut ke belum.
Lalu aku scan semula perutnya.
Saiznya masih lagi sama.
Tak kurang walau seinci pun.

Siapa yang salah disini?
Malaysia menuju negara maju 6 tahun lagi.
Tetapi mentaliti rakyatnya masih era sebelum merdeka.
Percaya sangat dengan perkara2 halus.
Percaya sangat kepada hasad dengki dan buatan orang.

1 ulasan:

  1. takut penyakit dalam perut ni bagi wanita...
    mentalilti rakyat masih tidak berubah walaupon dah ke arah negara moden...

    BalasPadam