Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 September 2014

Aku dan SJCAM 4000



Aku bukan peminat Running Man.
Tapi anak2 aku peminat setia rancangan Running Man.
Tengok dan ulang banyak kali pun tak pernah jemu.
Kadang2 aku tengok jugak.
Terutama bila tiada movie baru di HBO dan FOX.
Atau tiada cerita baru di History.

Setiap kali aku tengok Running Man,
ada dua benda yang aku suka tengok.
Satu; persekitaran tempat rakaman.
Dua; aku suka kira berapa kamera yang mereka gunakan.
Running Man ni ratingnya tinggi.
Satu peserta sekurang2nya ada 2 jurukamera yang ikut dia.
Itu tak termasuk kamera letak kat kepala.
Kamera letak kat badan.
Dan satu kamera yang terbang dilangit.
Jadi memang tak jemu tengok rancangan ini.
Hampir semua moment dia boleh tangkap.
Riak, aksi dan wajah semua peserta boleh diflashback.
Padahal kisahnya cuma main batu seremban sahaja.

Dalam banyak2 kamera,
kamera GoPro yang kecil banyak kelihatan.
Hampir semua situasi boleh diguna pakai.
Di darat, di udara juga di dalam air.
Memang lasak gila kamera ini.
Tak sepadan dengan saiznya.
Dulu harganya hampir 3 ribu.
Tetapi tinggal seribu lebih sekarang.
Namun masih tak berbaloi untuk dibeli.

Tetapi jangan risau dan gundah gulana.
Ada satu kamera baru.
Saingan terdekat GoPro.
Jenama SJCAM 4000.
Harganya cuma satu perlima daripada harga GoPro.
Tetapi dari segi fungsi hampir menyamai GoPro.
Ramai yang kata lebih baik daripada GoPro.
Kawan aku dah beli satu.
Siap hantar gambar video kat aku.
Maka aku pun dah beli satu.
Beli online melalui Lelong.com
Aku dah mula pasang angan2.
Nak pasang di handle motosikal.
Nak jelajah satu Malaysia.

video

Ini antara hasil terawalku.
Guna iPhone 4S.
Guna Time Lapse application dalam iOS8.
Memang mengganggu jiwa.

p.s
Dah beberapa hari aku tunggu kamera baruku.
Tapi tak sampai2 jugak.
Bila aku semak balik.
Rupa2nya aku salah beri alamat.
Alamatnya betul tapi nombor rumah yang salah.
Memang silap aku.
Alamat rumah campuraduk dengan alamat pejabat.
Pening kepala posmen nak cari.

3 ulasan:

  1. Apalah Poslaju ni.
    Alamat dah betulkan pun masih tak jumpa jugak.
    Nak suruh aku datang ambil sendiri.
    Bukan dekat.
    Larkin sana tempatnya.

    BalasPadam
  2. Aku ada SJ4000 ni tapi baru2 ni keluar yg ada wifi. boleh guna remote wifi. SJ4000 aku dah snorkeling di Pulau Perhentian & baru2 ni di Krabi. Last day di Krabi, terjatuh pulak. Rosak terus. Bateri takleh charge, lens rosak. Maka lepas ini aku nak beli GoPro Hero.

    BalasPadam
  3. ooo ok...ada sedikit ilmu sy dapat mengenai SJCAM ni..dah faham dah..

    BalasPadam