Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 September 2014

Aku di Century Pines Resort


Bila anak dah semakin besar,
Bilik hotel pun kena yang lebih besar.
Setakat Deluxe Room memang dah tak selesa.
Bila aku semak di Agoda,
Hotel ini terletak di ranking paling atas.
Ada juga hotel2 lain tapi aku dah pernah try.
Jadi aku pun booked yang ini.


Hotel ini letaknya di Tanah Rata.
Senang nak cari lokasinya.
Dari tepi jalan besar dah nampak signboard buruknya.
Aku tengok luarannya nampak usang.
Aku bimbang tak capai standard anak2 aku.
Tapi bila masuk ke lobi,
Segala2nya berubah.
Perkhidmatannya menepati jangkaan.


Proses pendaftaran sangat mudah.
Kaunter lengang.
Walaupun dah cuti sekolah,
Hanya famili aku sahaja yang kelihatan.
Lobinya luas dan sangat bersih.
Lifnya pantas.
Laluan ke bilik juga cantik.
Karpetnya tak berbau hapak.
Dan paling penting.
Biliknya memenuhi jangkaan kami sekeluarga.
Ada ruang rehat.
Ada balkoni.
Ada pantri.
Juga ada ekstra sofa bed.


WiFi disediakan disetiap bilik.
Satu orang satu password.
Dan memandangkan orang tak ramai,
Connection sangat pantas.
Guling2 anak2 ku berinternet.


Sebelah malam aku masak yong tau fu kat bilik.
Guna sayur2 segar baru dibeli di Brinchang.
Suhu memang sekitar 24 darjah.
Disertai dengan hujan gerimis diluar.
Memang sesuai untuk lepak2 dan bersantai.
Ada meja pool disediakan dilobi.
Memandangkan tak ramai orang,
Puas gila anak2 mengasah skil.


Sarapan pagi termasuk dalam pakej bilik.
Pilihannya sederhana sahaja,
Tetapi nasi goreng dan ayam masak merahnya sedap.
Pekerjanya pun tak sombong.


Keseluruhannya,
Aku suka hotel ini.
10/10 untuk kebersihan.
8/10 untuk bilik.
8/10 untuk servis.
7/10 untuk harga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan