Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 September 2014

Aku Kembali ke Streamyx


Hampir 2 tahun dulu.
Aku potong line Streamyx kat rumah aku.
Konon nak lebih jimat.
Konon nak yang portable.
Konon nak senang dibawa kemana-mana.
Tetapi pakai tak sampai 2 minggu,
anak2 dah habiskan data plannya.
Biasalah budak2 zaman sekarang.
Internet 24 jam.
Makan berinternet.
Tidur berinternet.
Mandi pun nak berinternet.


4 hari yang lalu.
Aku lalu kat TM Point.
Nampak lengang tak macam selalu.
Lalu aku pun singgah dikaunter.
Nak bertanya pasal pakej Unifi kalau dah ada.
Dah beberapa kali bertanya,
Unifi masih belum ada dikawasan perumahanku.
Tapi Streamyx dah makin laju sekarang.
Harga pakej pun berpatutan.
Jadi aku pun pasang balik line Streamyx kat rumah aku.
Prosedurnya dah tak susah.
Tunjuk aje kad pengenalan.
Tak payah isi borang apa2.
Cuma tandatangan sahaja.
Tak payah bayar apa2 upfront.
Selang 2 hari.
En Azhar kontraktor TM call aku.
Dia dah ready nak pasang.


Maka bermula hari ini.
Aku kembali berStreamyx daripada rumah.
PortaWiFi aku potong.
Lagipun kontrak dah lama habis.
Berdasarkan pengalaman aku.
Streamyx still the best.
Sebab itu aku kembali kepadanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan