Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 September 2014

Aku Kesejukan di Cameron Highlands

Cuti sekolah kali ini.
Anak2 sibuk ajak jalan.
Terutama yang baru balik daripada asrama.
Tension belajar katanya.
Mereka cadangkan ke Cameron Highland.
Sebab dah lama tak ke sana.
Sebab nak rasa cuaca sejuk dingin beku.


Kali pertama ke CH lebih 15 tahun yang lalu.
Masa itu anak baru satu.
Kereta pun Saga Iswara sahaja.
Semuanya main redah aje.
Masa tu tengah kemaruk dengan kaktus.
Nyonya nurseri di Kota Tinggi yang suggest aku ke CH.
Bila sampai memang tak ingat lain.
Pokok bunga, nurseri dan kaktus.
Masa turun dari CH penuh boot dan seat belakang dengan pokok2 bunga.


Kali kedua ke CH pada bulan 6 tahun 2011.
Anak masa tu dah tiga.
Itupun kebetulan.
Cadangnya nak bercuti dengan kawan2 di Ipoh.
Tetapi ramai yang cancel last minute.
Jadi aku pun singgah ke CH.
Masa tu pun tengah kemaruk.
Pertama kali petik strawberi, petik sayur, petik daun teh.
Dan tak lupa beli sayur2 segar dan murah.


Kali ketiga ke CH bulan 11 tahun yang sama.
Balik dari majlis kahwin anak Uncle  Lai di Kampar.
Masa ni dah tak jakun dah sangat.
Masa tu pula hujan.
Suhu dingin cecah takat beku.
Gila punya seronok pakai aircond natural.


Tapi balik dari Cameron Highland,
Kereta aku kena major breakdown.
Kena tukar gearbox.
Sejak tu aku macam serik nak naik ke sini.
Sehinggalah hari ini.

Pukul 5 pagi aku bertolak dari Kulai.
Tengahari sampai di Tanah Rata.
Satu perjalanan yang aman dan terkawal.
Alhamdulilah.
Cadangnya memang nak duduk bilik aje.
Tak nak petik strawberi.
Tak nak beli bunga.
Tak nak jalan2.
Aku cuma nak minum teh tarik di Tanah Rata.
Teh tarik paling sedap didunia aku.
Takda lawannya ditempat lain.
Malam pula nak makan steamboat.
Masak kat bilik sahaja.
Dan esok pagi nak pergi KL.
Jumpa kawan lama.
Jumpa anak saudara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan