Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 September 2014

Aku Singgah Di Kuala Lumpur

Rasanya aku pernah bercerita.
Percutian keluargaku tak dikira lengkap,
kecuali dapat jalan2 dalam shopping mall.
Window shopping itu dah jadi wajib kalau bercuti.
Bercuti kat mana2 pun,
mesti nak ke shopping mall juga.

Jadi turun daripada Cameron Highlands,
aku singgah berehat di Kuala Lumpur.
Perjalanan balik agak lancar.
Jalan hanya sesak terutama di kawasan menjual sayur di Brinchang.
Ini kerana kenderaan diletak sesuka hati.
Ini kerana kenderaan berhenti sesuka hati.
Selepas itu tiada lagi masalah.
Perjalanan di lebuhraya lancar sampai ke Kuala Lumpur.


Malam itu aku menumpang tidur di rumah anak saudara.
Bermalam dikondo kepunyaannya di Selayang.
Bermalam dirumah saudara ibarat duduk dirumah sendiri.
Lengkap dengan makan malam dan sarapan pagi.
Alhamdulilah.
Semoga Allah tambah lagi rezeki kepada mereka.

Pagi hari minggu.
Pukul 9 aku dah checked out.
Cadang nak bawa anak2 ke Berjaya Times Square.
Macam2 boleh dilihat di sana.
Macam2 boleh dibeli di sana.
Tak membeli pun takpa.
Yang penting dapat jalan2.

Ini kali kedua aku sampai di Berjaya Times Square.
Masa aku sampai tempat parking masih lengang.
Tapi suasana dalam BTS dah meriah.
Tiada tempat semeriahnya kalau nak banding dengan JB.
Plaza Angsana pun tak boleh nak lawan.
Ada satu kedai favorite aku di sini.
Kedai alat permainan.
Walaupun dah lama tak ke sini,
aku masih boleh cari kedainya.
Sebagaimana wife aku boleh tahan sejam lebih dalam kedai baju,
aku pun boleh tahan sejam lebih dalam kedai mainan ini.
Tak sah percutianku kalau tak beli mainan.
Nak kena ada kenangan.
Nak kena beli cenderamata untuk letak dalam almari.


Diam tak diam.
Lebih 5 jam aku berada di BTS.
Wife jalan dengan anak dara aku.
Aku jalan dengan anak2 bujang aku.
Haluan masing2 sangat berbeza.
Sejam sekali call wife.
Update status juga lintas langsung perkembangan terbaru.
Aku dah berhenti untuk lunch,
mereka masih mencuba pakaian.
Anak dara pula sangkut di kedai barangan K-pop.
Ajak makan pun tak nak.
Pertama kali dia langsung tak rasa lapar.


Pukul 4.30 petang.
Aku meninggalkan Kuala Lumpur.
Jem teruk di lebuhraya PLUS sebelum Seremban.
Ada beberapa kemalangan telah berlaku.
Lama aku tunggu di RnR Seremban.
Namun selepas 40 minit tak juga susut.
Maka terpaksalah aku redah jugak.


Pukul 11 malam.
Aku akhirnya selamat tiba di rumah.
Jumlah jarak perjalanan: 1250 km.
Minyak: RM 240.00
Tol: RM 120.00

Kemana kita cuti hujung tahun ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan