Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Aku dan Wordless Wednesday

Matilah JDT kalau camni...

sumber: Whatsapp


Aku dan Tiket Final Piala Malaysia 2014

Terkini. FAM akhirnya akan menjual tiket secara atas talian. Tiada tiket dijual di stadium seperti selalu. Masalahnya hanya 10 ribu tiket akan dijual secara atas talian. Selebihnya masih diuruskan oleh persatuan bolasepak negeri masing2. Jadi masalah orang dalam akan berterusan. Masalah orang politik yang berkepentingan akan berterusan. Harga tiket juga pasti akan melambung.

Adakah FAM akan belajar?Jualan atas talian dilihat mekanisme terbaik
KUALA LUMPUR - Kurang seminggu menjelang final Piala Malaysia antara dua gergasi bola sepak tempatan, Pahang dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) ramai pihak menyuarakan kebimbangan penjualan tiket akan mencetuskan masalah lagi. 
Apatah lagi, kedua-dua pasukan memiliki peminat fanatik yang ramai, selain mempunyai sejarah permusuhan. Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah Jawatankuasa Pintu dan Tiket masih mengamalkan cara lama dalam penjualan tiket dan tidak belajar daripada pengalaman lalu.
Walaupun sebelum ini FAM ada menguar-uarkan penjualan a…

Aku dan " This Is Larkin, This Is Crazy"

Aku bukanlah fanatik sangat dengan team JDT. Tetapi kerana ada bendera besar dalam bilik aku, ramai yang ingat aku rajin ke stadium. Setiap kali ada game di stadium, tak kurang 2-3 orang yang bertanya. Pada aku kalau nak tengok bola, duduk depan tv lebih baik. Ada ulasan selari. Ada ulasan pakar2 bola. Ada pandangan daripada pelbagai sudut. Ada ulang tayang. Aku juga bukannya suka sangat crowded places. Aku cepat rimas dan gelisah. Jadi menonton bola distadium bukanlah pilihan utamaku.

Petang hari cuti Maal Hijrah.
Aku mencipta sejarah baru dalam hidupku.
Aku ke stadium keramat pasukan JDT.
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.
Aka Stadium Larkin.
Ada perlawanan hidup mati.
Perlawanan separuh akhir kedua,
JDT lawan Felda United.
Walaupun tiketnya murah,
nak mendapatkannya agak payah.
Kalau takda kenal sesiapa,
awal2 pagi nak kena beratur depan kaunter tiket distadium.
Tapi kalau ada kenal orang dalam,
agak mudah caranya.
Tambah 2-3 ringgit daripada harga tiket.
Beritahu berapa keping…

Aku dan Wordless Wednesday

Sempena cuti Deepavali...


Aku Jumpa Kawan Lama

Semalam. Kawan aku daripada Alor Star datang ke JB. Ada conference di Nusajaya. Kawan lama. Last sekali jumpa masa persandingan dia di Batu Pahat. Kira2 18 tahun yang lalu. Dialah salah seorang kawan yang masih setia dengan kerajaan. Sampai pencen rasanya.

Balik daripada conference.
Dia singgah ke klinik aku.
Sembang2 sampai pukul 6 lebih.
Pesakit2 yang datang klinik,
aku suruh ke klinik lain.
Takpun datang shift malam.
18 tahun tak jumpa.
Kalau nak update status,
3 jam pun tak cukup.

Bulan hadapan.
Ada perjumpaan semula.
Group UMMedic 1991/96.
Aku dah cakap kat kawan2.
Kali ini kedatangan adalah wajib.
Kalau tidak putus sahabat.

Salam cuti Deepavali kawan2.



Aku Berjaya Menjadi McGyver

Ini kisah MacBook Pro aku. Usianya dah lebih 5 tahun. Satu daripada 10 produk Apple yang aku ada. Tiada apa2 masalah sebenarnya. Cuma 2-3 bulan ini baterinya dah tak boleh menyimpan kuasa. Nak kena sentiasa sambung ke punca kuasa. Kalau tidak tak sampai 2 jam dah habis baterinya. Aku ada bertanya kawan2. Memang jangkahayat bateri tu dah habis. Nak minta tukar baru. Persoalannya? Nak cari di mana? Nak suruh siapa tukarkan? Ada yang cadang ke kedai komputer. Ada yang cadang cari di Lowyat. Dan salah satu daripada idea genius kawan2.  Belajar dan berguru di YouTube. Beli bateri secara atas talian. Lepas tu tukar sendiri. Semuanya D.I.Y. Tak susah katanya.

Maka selama beberapa minggu, aku study video di atas. Belajar daripada YouTube. Nampak tak susah. Nampak macam mudah. Rasanya anak aku pun boleh buat. Cuma nak yakinkan diri sendiri yang susah. Bila aku rasa aku dah confident, aku pun belek2lah MacBook aku. Ada lapan skru kecil. Nak kena cari spanar yang khas.

Mula2 aku cari dikedai de…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Semalam. Seharian aku berjalan ke sana-sini. 6 kali aku melalui lorong di Plaza Tol Kulai. Bermula dengan memenuhi undangan. Majlis perkahwinan anak bekas guru sekolahku. Cikgu Wajahudin. Lokasinya nun di Gelang Patah sana. Aku suka sebab majlisnya dibuat dikampung. Luas sungguh kawasan rumahnya. Makanannya pun sedap. Suasananya cukup meriah. Ramai juga jemputannya.

Pukul 12 tengahari aku terpaksa bergegas balik. Cadangan nak ke majlis seorang lagi cikgu di Palm Villa tak kesampaian. Aku dah kesuntukan masa. Semuanya kerana ikut sangat panduan di Waze. Entah kemana2 aje jalan yang ditunjuknya.
Lepas ambil anak kat sekolah Darjah Khas, aku bersiap nak ke majlis berikutnya. Ada majlis pertunangan anak saudara di Kluang. Pukul 1.15 tengahari aku kembali semula ke Tol Kulai. Kali ini menuju ke utara pulak. Aku tak faham betul dengan pemandu2 di Malaysia ni. Aku tahulah kau nak cepat. Aku pun nak cepat jugak. Walaupun aku dah speed 140km/j dilorong kanan, itupun kau masih nak suruh aku ma…

Aku dan Pertunangan Asraf&Tasha

Dari pauh ke permatang
Tetak tegar papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mencari tuanrumah yang baik hati


Rumah besar alangnya besar
Rumah datuk pak menteri
Kalau tiada hajat yang besar
Kami tidak sampai ke mari

Santai bicara diwaktu petang
Bicara dengan Laksamana Bentan
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa segunung harapan


Indah sungguh tarian piring
Ditari oleh gadis rupawan
Langkah diatur doa seiring
Agar maksud tidak dikecewakan


Akar memanjat pokok ara
Nampak cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman


Kalau sudi katakan sudi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak kami ternanti-nanti

Tarikh: 18 Okt 2014
Masa: 3 petang
Tempat: Taman Seri Impian Kluang

Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.




Aku dan Wordless Wednesday

Cerita selanjutnya? Di sini.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki 25 tahun.
Bercadang akan menikah akhir bulan depan.
Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 1 Okt yang lalu.
Mengalami kecederaan luaran pada kaki kirinya.
Beliau mendapat rawatan awal di hospital kerajaan.
Selepas seminggu bengkak dikaki kirinya belum juga susut.
Beliau masih belum boleh berjalan dengan sempurna.
Beliau kembali semula ke hospital kerajaan.
Beliau diberi temujanji ke klinik pakar pada 12 Okt.
Beliau diberi cuti sakit tambahan selama 2 hari sahaja.
Maka bila cuti sakitnya habis dia datang mencari doktor diklinik panel.

Kali pertama aku berjumpa dengannya,
kaki kirinya memang bengkak.
Luka luarannya dah mula mengering.
Tetapi terdapat banyak 'cecair' didalam kakinya.
Kalau dipegang terasa ada gelombang didalam paha dan lututnya.
Memandangkan dia dah ada temujanji dengan doktor klinik pakar,
maka aku pun tak buat apa2.
Cuma aku ada pesan dengan dia,
kalau doktor pakar tak buat apa2,
datanglah cari aku.

Petang semalam.
Dia baru kembali…

Aku dan SHIELD WORKSHOP

Petang Sabtu. Balik dari Stadium Tertutup MBJB, aku terus bersiap nak ke JB sekali lagi. Maklumlah aku kan ada superpower. Jadi aku telah ditawarkan untuk jadi agen S.H.I.E.L.D. Boleh aku berkawan dengan Ironman dan Thor. Aku dapat undangan untuk menghadiri satu bengkel. Mendengar ceramah2 pendek tajaan syarikat ubat. Aku bukannya rajin sangat nak attend drug talks. Setahun boleh dikira berapa kali aku pergi. Tapi disebabkan lokasinya tak jauh daripada rumah. Masanya pun sesuai dengan jadual aku. Aku luangkan masa untuk menghadirinya.

Bengkel bermula tepat jam 2.45 petang. Tapi aku sampai dekat pukul 3 petang. Jenuh mencari tempat nak parking. 2-3 pusingan baru dapat lot parking. Sampai dalam dewan, taklimat GST dah pun bermula. Dewan memang penuh sesak masa itu. Padanlah nak parking pun susah. Rasanya masing2 excited nak tahu pasal GST. Tetapi sampai habis taklimat pun, masing2 masih keliru. Betul ke doktor dikecualikan daripada GST? Betul ke doktor dikecualikan daripada mendaftar? Ata…

Aku di On9 Shop Festival Johore 2.0

Dah beberapa hari anak2ku mengingatkanku. Juga memujuk dan mengajakku. Ke Pesta Jualan On9 Shop Festival 2.0. Sekarang tengah trending diinternet katanya. Mereka kata ayah kena pergi. Boleh tengok barang2 yang biasa dijual online. Boleh beli barang2 yang hanya dijual online. Boleh juga jumpa ramai artis. Boleh glamour kalau muka masuk dalam FB dan Instagram.

Pagi hari Sabtu. Aku tiba dilokasi bersama anak daraku. Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bersebelahan dengan Plaza Pelangi di Highway Tebrau. Aku datang berdua sahaja. Yang lain2 tiada. Wife pergi bermesyuarat di Melaka. Manakala anak bujang aku ke sekolah Darjah Khas. Sure frustrated bila tahu dia kena tinggal.

Masa aku datang orang belum ramai. Orang yang berniaga masih sibuk menyusun barang2 jualan. Ada lebih seratus lot untuk berniaga. Setiap lot cuma ada satu meja sahaja. Semuanya peniaga2 dan pedagang2 daripada internet rasanya. Aku memang tak kenal mereka. Tetapi banyak yang anak dara aku kenal. Jenama2 famous diInstagr…