Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2014

Aku Berjaya Menjadi McGyver



Ini kisah MacBook Pro aku.
Usianya dah lebih 5 tahun.
Satu daripada 10 produk Apple yang aku ada.
Tiada apa2 masalah sebenarnya.
Cuma 2-3 bulan ini baterinya dah tak boleh menyimpan kuasa.
Nak kena sentiasa sambung ke punca kuasa.
Kalau tidak tak sampai 2 jam dah habis baterinya.
Aku ada bertanya kawan2.
Memang jangkahayat bateri tu dah habis.
Nak minta tukar baru.
Persoalannya?
Nak cari di mana?
Nak suruh siapa tukarkan?
Ada yang cadang ke kedai komputer.
Ada yang cadang cari di Lowyat.
Dan salah satu daripada idea genius kawan2. 
Belajar dan berguru di YouTube.
Beli bateri secara atas talian.
Lepas tu tukar sendiri.
Semuanya D.I.Y.
Tak susah katanya.


Maka selama beberapa minggu,
aku study video di atas.
Belajar daripada YouTube.
Nampak tak susah.
Nampak macam mudah.
Rasanya anak aku pun boleh buat.
Cuma nak yakinkan diri sendiri yang susah.
Bila aku rasa aku dah confident,
aku pun belek2lah MacBook aku.
Ada lapan skru kecil.
Nak kena cari spanar yang khas.


Mula2 aku cari dikedai dekat dengan klinik aku.
China made
3 ringgit aje harganya.
Tapi tak cukup kecil.
Nak kena cari yang lagi kecil.
Aku cuba2 selongkar laci meja aku.
Dan akhirnya aku jumpa juga screwdriver tersebut.
Walaupun bunganya tak sama,
tapi boleh digunakan untuk membukanya.
Jimat 45 ringgit kalau nak beli satu set di Lelong.


Maka pada satu petang yang lengang.
Aku buka skru2 tersebut.
Berjaya.
Aku juga belek2 kawasan sekitar bateri.
Ada 2 lagi skru tambahan.
Bunganya pelik sedikit.
Tapi aku godeh2 dengan screwdriver yang ada.
Berjaya.
Aku cuba buka klip pada bateri tersebut.
Berjaya.
Fasa pertama dah selesai.


Petang itu juga aku cari bateri yang dimaksudkan.
Aku jumpanya di lelong.com.my.
Tak sampai 2 hari.
Aku dah terima barang yang dipesan.
New Original Battery.
Rupanya memang sama dengan bateri yang lama.
Tapi original ke tidak,
aku tak tahu nak beza.


Dulu aku agak skeptik nak jualbeli secara online.
Tetapi setelah beberapa kali mencuba,
juga good feedback daripada kawan2,
aku dah semakin rajin membeli belah di internet.
Tapi aku hanya berurusan di lelong.com.my sahaja.
Segala2nya cepat dan selamat.
Kalau ada kemusykilan cepat betul mereka balas.
Tak seperti di FB.
Sebab itu aku lebih percaya kepada bangsa asing,
berbanding dengan bangsa sendiri.


Sekarang bateri sedang dicaskan.
Ada warranty selama sebulan.
Harap2 tiada sebarang masalah.

Aku sedang menunggu beberapa lagi bungkusan.
InsyaAllah sehari dua lagi sampailah. 
Nanti akan aku tunjuk hasilnya.

2 ulasan:

  1. Doc, boleh tambah satu lagi skill dalam resume. Berkebolehan menjadi doktor barang elektrik juga. Terbaiikk...

    BalasPadam