Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Oktober 2014

Aku dan Aidil Adha 2014

Dua hari sebelum hari raya.
Aku dah mula bercuti.
Tetapi aku langsung tak fikir pasal raya.
Fikiran asyik dihospital sahaja.
Risau pasal kanser ayah.
Setiap hari aku berulang-alik ke hospital.
Biasanya tengah malam baru balik.


Sehari selepas pembedahan.
Ayah menjalani pemeriksaan CT Scan.
Memang sah ayah kena kanser pundi kencing.
Dinding pundi kencing sebelah atas dan depan dah dipenuhi sel2 kanser.
Tapi nasib ayah agak baik.
Kansernya masih setakat itu sahaja.
Belum merebak ke tempat2 lain.

Petang sehari sebelum raya.
Aku mengerah anak2 mengemas beg pakaian masing2.
Bukannya nak balik ke kampung.
Tetapi nak bermalam dihospital.
Wife setuju nak menjaga ayah.
Wife nak beri peluang kepada yang lain2 untuk berehat di rumah.
Asalnya doktor kata boleh balik rumah sebelum hari raya.
Tetapi ayah kena balik dengan salur getah kencingnya.
Entah kenapa doktor ubah fikiran.
Doktor cabut getah salur kencing ayah.
Doktor suruh ayah kencing sendiri.
Kalau semuanya OK,
lepas sembahyang hari raya boleh balik ke rumah.


Malam raya.
Aku sekeluarga berada di hospital.
Bila ayah dah cabut getah kencingnya,
ayah dapat tidur dengan lena.
Tidak seperti malam sebelum itu.
Ayah rasa sakit dikemaluannya juga gatal2 dibelakang badannya.
Beberapa kali ayah terbangun.
Tetapi hanya untuk buang air kecil.
Anak2 langsung tak gerak.
Tidur nyenyak sampai ke pagi.
Beberapa kali ayah bangun kencing.
Kencingnya langsung tiada berdarah.
Semua orang sangat excited.
Pagi raya ayah boleh balik ke rumah.
Kakak ipar aku dah siap masak makanan kegemaran ayah.
Sayur lodeh, sambal goreng, ayam masak merah.
Dan yang penting ada ketupat.


Pagi hari raya.
Aku sempat bersembahyang raya di Masjid Kolam Air dekat dengan Dataran Bandaraya.
Dikelilingku penuh dengan mamat2 Bangla.
Kalaulah khutbah bukan dalam bahasa Melayu,
aku memang terasa betul2 berada di Bangladesh.

Selepas balik dari sembahyang raya,
kami hanya menunggu lampu hijau daripada doktor.
Awal pagi lagi emak dah sampai.
Masing2 sangat bersemangat.
Masing2 dah tak sabar nak keluar hospital.
Barang2 pun wife dah siap kemas.
Ayah pun dah memakai baju batik kegemarannya.
Tiba2 ayah rasa nak buang air kecil.
Takda siapa menduga.
Takda siapa menyangka.
Kencing ayah berdarah semula.
Darah merah seperti masa ayah masuk hospital dulu.
Masing2 kebingungan.
Masing2 diam tak kata apa2.
Bila doktor nampak warna air kencing ayah,
dia kata dia takda pilihan.
Ayah perlu pakai getah salur kencing semula.
Ayah perlu buat bladder irrigation sepanjang hari.
Punah segala harapan.
Ayah paling kecewa.
Emak pun kecewa.
Yang lain2 pun sama.
Cuma tak ramai yang menunjukkan kekecewaannya.


Sepanjang hari raya Aidil Adha.
Kami semua memenuhi bilik ayah.
Makanan yang telah dimasak diangkut ke hospital.
Bergilir2 menjamah makanan yang siap dimasak.
Hospital agak lengang.
Pesakit diwad pun tak ramai.
Tapi suasana dalam bilik ayah memang meriah.
Ramai juga saudara-mara ayah yang datang menjengah.

Pukul 5 petang.
Aku sekeluarga baru nak balik kampung.
Nak menjengah emak abahku walaupun sekejap.
Dan bila sampai dirumah emak,
bantal juga yang aku cari dahulu.
Keletihan memandu sana-sini.
Juga waktu tidur yang kurang sempurna.


Pagi hari Isnin.
Whatsapp ahli keluarga Hj Yusop dah meriah.
Ayah boleh balik hari ini.
Kena datang semula untuk temujanji 13 Oktober.
Nak review Histopathological report ayah.
Kemungkinan besar ayah kena buat rawatan Radioterapi.
Buat masa ini kami semua tak nak ingat apa2.
Bil hospital pun takda siapa nak risaukan.
Kami cuma nak ayah kembali seperti sediakala.
kami cuma nak ayah cergas seperti dulu.


Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidil Fitri kerana kemaafan,
Indah Aidil Adha kerana pengorbanan.

Ini cerita Aidil Adha 2011.
Ini cerita Aidil Adha 2012.
Ini cerita Aidil Adha 2013.

Selamat kembali bekerja kawan2!



5 ulasan:

  1. Salam Aidil Adha untuk Dr. Zoul sekeluarga..
    lama betul tak baca blog Dr.
    glad its back online :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.... getting better. Ayah Doc masih kuat, so radioterapi mungkin boleh dijalankan. Sorry saya tanya. Kanser itu dah stage berapa setakat ini?

    Bila ibu bapa sakit, kita jadi lupa tentang kelemahan diri sendiri. Serta merta kita jadi kuat agar dapat 'melindungi' orang yang tersayang. Jangan berhenti berjuang.

    BalasPadam
  3. insyaAllah semoga dipermudahkan..

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah takda distant metastasis..
    Moga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dpt kuar wad walau lambat sedikit
    semoga ayah doc semakin pulih

    BalasPadam