Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2014

Aku dan Hujung Minggu Ini

Semalam.
Seharian aku berjalan ke sana-sini.
6 kali aku melalui lorong di Plaza Tol Kulai.
Bermula dengan memenuhi undangan.
Majlis perkahwinan anak bekas guru sekolahku.
Cikgu Wajahudin.
Lokasinya nun di Gelang Patah sana.
Aku suka sebab majlisnya dibuat dikampung.
Luas sungguh kawasan rumahnya.
Makanannya pun sedap.
Suasananya cukup meriah.
Ramai juga jemputannya.


Pukul 12 tengahari aku terpaksa bergegas balik.
Cadangan nak ke majlis seorang lagi cikgu di Palm Villa tak kesampaian.
Aku dah kesuntukan masa.
Semuanya kerana ikut sangat panduan di Waze.
Entah kemana2 aje jalan yang ditunjuknya.

Lepas ambil anak kat sekolah Darjah Khas,
aku bersiap nak ke majlis berikutnya.
Ada majlis pertunangan anak saudara di Kluang.
Pukul 1.15 tengahari aku kembali semula ke Tol Kulai.
Kali ini menuju ke utara pulak.
Aku tak faham betul dengan pemandu2 di Malaysia ni.
Aku tahulah kau nak cepat.
Aku pun nak cepat jugak.
Walaupun aku dah speed 140km/j dilorong kanan,
itupun kau masih nak suruh aku masuk lorong kiri jugak.
Kalau kereta cc besar takpalah.
Ini setakat 1300cc sahaja.


Dari Kulaijaya, 
aku exit di Tol Simpang Renggam.
Ikut jalan dalam menuju ke Kluang.
Dengan confidentnya aku ikut sahaja arahan Waze.
Mencari Taman Seri Impian.
Bila sampai dilokasi,
taman yang aku cari tak wujud.
Taman Seri Impian berada dalam kawasan hospital lama.
Aku dah salah lokasi.
Memang silap aku.
Percaya sangat2 dengan Waze.
Pada masa yang sama line Celcom memang teruk.
Sekejap ada sekejap takda.
Bila aku sampai dilokasi,
majlis pertunangan dah pun tamat.
Aku cuma dapat makan sahaja.
Frustrated.


Anak saudara aku seorang doktor di HUKM.
Tunangannya pun bakal doktor juga.
Sekarang berada di tahun akhir di Universiti Malaya.
Cerita perkenalan mereka agak menarik.
Tetapi aku tak nak cerita kat sini.
Jodoh ketentuan semuanya ditangan Allah.
Siapalah kita untuk mempertikaikannya.


Balik daripada majlis pertunangan,
aku singgah di rumah emak mertua.
Bersembang dengan ahli keluarga tentang kesihatan ayah.
Ayah akan memulakan rawatan radioterapi hari isnin ini.
Kena datang ke hospital setiap hari selama 20 kali.
Doktor yang merawatnya adalah junior aku masa di UM dulu.
Jadi aku yakin dengan kaedah rawatannya.
Namun selain daripada doktor yang merawat,
ramai lagi doktor2 tak bertauliah yang merawat ayah.
Dua minggu ini kaki ayah bengkak.
Ayah juga sesak nafas pada waktu malam.
Rupa2nya ayah dah terlebih minum air.
Paru2nya dah basah.
Kakinya juga bengkak kerana air berlebihan.
Masa dihospital doktor pun ada cakap.
Jantung ayah dah bengkak.
Jadi doktor bertauliah dah nasihatkan.
Ayah kena kurangkan minum air.


Selepas Maghrib aku kembali semula ke Kulaijaya.
Untuk kali ke 5 hari ini,
aku melalui Tol Kulai lagi.
Kali ini aku ke bandaraya Johor Bahru.
Dah janji dengan anak2 nak bawa mereka ke Johor Bahru Street Fest.
Lokasinya masih sama.
Stadium Tertutup MBJB.
Disebabkan aku datang agak lewat,
suasana memang cukup havoc dan meriah.
Nasib baik jumpa lot parking.
Kalau tidak memang balik awal.


Festival ini lebih kurang macam yang minggu lepas.
Ada lebih kurang 150 peniaga online berniaga di sini.
Ada juga artis2 tempatan.
Masa aku sampai malam tadi.
Ada persembahan daripada Street Busker.
Ada persembahan daripada BOS: penyokong2 tegar bola sepak JDT.
Yang berniaga lebih kurang peniaga yang sama seperti minggu lepas.
Cuma kali ini lebih ramai.
100% peniaga bumiputera.
Isteri Mawi ada buka gerai.
Isteri Datuk Ramli MS pun ada buka gerai.

Pukul 11 malam.
Akhirnya aku sampai di rumah.
Lenguh kaki berjalan dan menekan pedal minyak.
Tapi tak mengapa.
Ianya bukan satu perjalanan yang sia-sia.
Hidup kena berkawan.
Hidup kena bergaul.
Biar lenguh kaki,
tapi hati gembira.
Anak2 bergembira.
Isteri pun bergembira.

Salam hujung minggu kawan2!

2 ulasan:

  1. kat mana dapat info Street Fest tu?
    saya nak pergi kalau next time ada ( kena turun JB)

    BalasPadam
  2. Wah, memang betul2 padat jadual tu Doc. Saya pun kadang2 terlalu percayakan waze sampai sesat barat dan membuang masa yang banyak juga...aduihhh

    BalasPadam