Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Oktober 2014

Aku dan Minggu Ini


Bila ayah mertuaku masuk wad,
hidup kami sekeluarga jadi kelam-kabut.
Begitu juga dengan adik-beradik yang lain.
Waktu tidur jadi tak menentu.
Waktu untuk rehat jadi tak menentu.
Waktu bekerja pun fikiran berserabut.

Hari Rabu lepas ayah masuk wad.
Hari berikutnya ayah terus menjalani pembedahan.
TURBT.
Transurethral Resection of Bladder Tumour.
Ayah masuk Bilik Bedah kira2 jam 12.30 tengahari.
Pukul 4 petang,
ayah dah ditolak masuk ke wad semula.
Alhamdulilah.
Pembedahan berjalan seperti dirancang.
Ayah tak perlu dimasukkan ke ICU selepas pembedahan.
Ayah memang kuat.
Ayah memang bersemangat untuk kembali sihat.

Keputusan pembedahan agak mengejutkan.
Apa yang aku takutkan menjadi kenyataan.
Ayah kena kanser pundi kencing.
Doktor dah potong/kikis dan buang sel2 kanser yang kelihatan.
Selepas ini ayah perlu menjalani ujian CT Scan.
Doktor nak tahu dah tahap mana kansernya merebak.

Aku pernah kerja di unit Urologi dulu.
Aku pernah melalui semua ini.
Cystoscopy.
Bladder Washout.
Bladder Irrigation.
Ca Bladder.
Sedikit sebanyak aku tahu apa mereka dah lakukan.
Sedikit sebanyak aku tahu prognosisnya.
Kanser bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah.
Kanser bukanlah perkara kecil.
Tetapi dalam group Whatsapp aku dah pesan.
Semua orang jangan tunjuk kesedihan depan ayah.
Semua orang jangan tunjuk rasa takut depan ayah.
Semua orang kena buat macam biasa.
Pembedahan dah selamat dijalankan.
Tunggu ayah pulih dan kita boleh balik rumah.
Dan harap2 boleh beraya dirumah.

Sehari selepas pembedahan.
Aku berkampung dibilik ayah.
Ahli2 keluarga yang lain pun sama.
Pendekata bilik ayah tak pernah sunyi.
Sepanjang hari mesti ada lebih 5 orang didalam bilik ayah.
Anak2 ayah, menantu2 ayah, cucu2 ayah.
Masing2 bergilir2 menemani ayah.
Semuanya duduk berlonggok dalam bilik.
Ayah tak pernah rasa keseorangan.

Bilik asal ayah agak kecil pada mulanya.
Aircond dalam bilik tak terasa sejuknya.
Beberapa kali mengadu dengan nurse,
nurse kata mungkin sebab orang ramai sangat dalam bilik.
Tetapi akhirnya mereka mengalah.
Memang aircond bilik ayah yang bermasalah.
Jadi malam tadi ayah dipindah ke bilik sebelah untuk sementara.
Bilik lebih besar.
Bilik lebih luas.
Dan aircondnya baru betul2 sejuk.
Dah tak payah bergilir2 nak kipaskan ayah.

Malam tadi Dr Roslan melawat ayah.
Ayah mengadu sakit pada kemaluannya.
Getah salur kencingnya mungkin besar sangat.
Doktor cuma kata hari ini atau lusa boleh balik rumah.
Itupun kena balik dengan getah salur kencing dulu.
Belum boleh dicabut.
Aku tengok air kencing ayah dah jernih.  
Cuma ada sedikit darah beku disaluran getahnya.
Perut ayah juga kembung.
Jadi dia rasa kurang selesa.
Sebelum tidur,
nurse beri ayah ubat.
Untuk angin dan senang buang air besar katanya.

Seumur hidup aku.
Ini kali pertama aku menghadapi situasi begini.
Walaupun aku selalu melihat pesakit kanser.
Walaupun aku selalu melihat pesakit menjalani pembedahan.
Ini kali pertama yang melibatkan ahli keluargaku sendiri.
Ahli keluarga terdekat.
Aku bersyukur.
Kami mempunyai ahli2 keluarga yang hebat2.
Ikatan kekeluargaan antara kami memang kukuh.
Abang Long, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Uteh juga Pak Tam.
Kami bergilir2 menjaga ayah.
Tiada yang mengeluh melayan karenah ayah.
Tiada yang mengeluh melayan karenah emak.
Masing2 faham tanggungjawab masing2.
Dan tiada sesiapa yang lepas tangan.

Pengajaran paling besar buatku.
Dalam dunia ini keluarga adalah nombor satu.
Kesihatan nombor dua.
Dan wang jatuh nombor tiga.
Tak guna ada wang banyak.
Tak guna mengumpul harta banyak2.
Andaikata bila kita jatuh sakit,
tiada sesiapa dikeliling kita.
Nurse hanya datang menjengah sekali sekala.
Doktor pun sama.
Tetapi ahli keluargalah yang jadi peneman.
Siang dan malam.
Susah dan senang.

Satu lagi pengajaran besar.
Kita kena ada medical card.
Kita kena ada insurans kesihatan.
Bukannya tak percaya dengan hospital kerajaan.
Bukannya menidakkan fungsi hospital kerajaan.
Tetapi 3 kali ayah berulang-alik ke hospital kerajaan.
Doktor hanya check urine dan beri ubat.
Lepas kali ketiga baru nak rujuk ke klinik pakar.
Itupun temujanjinya 13 hb Oktober.
Itu belum lagi temujanji untuk ultrasound.
Itu belum lagi temujanji untuk rawatan susulan.
Kanser adalah penyakit yang sukar diramal.
Kanser juga bukannya diagnosis awal dalam kepala doktor2 muda.
Jadi bila ianya lambat dikesan,
ianya lebih sukar dirawat.
Aku tak salahkan doktor2 kerajaan.
Aku pun langsung tak terfikir pasal kanser.
Ayah seorang yang sihat.
Ayah makan kuat.
Ayah masih boleh menyangkul keliling rumah.
Macamana ayah boleh kena kanser?

Hari ini ayah akan menjalani pemeriksaan CT Scan.
Ayah mungkin belum boleh dibenarkan pulang hari ini.
Kemungkinan besar,
kami akan menyambut Aidil Adha di hospital.
Di bilik 606.

Salam Aidil Adha kawan2.

1 ulasan:

  1. Syukurlah segala prosedur dijalankan di KPJ. Kalau buat di GH, saya agak ngeri sedikit. Arwah pakcik saya kanser usus, adik kepada arwah father in law. Beliau meninggal dunia 5 bulan selepas abangnya. Dan proses washout ususnya sangat mendukacitakan kami semua. Tabah sungguh beliau.

    BalasPadam