Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2014

Aku dan Pertunangan Asraf&Tasha


Dari pauh ke permatang
Tetak tegar papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mencari tuanrumah yang baik hati


Rumah besar alangnya besar
Rumah datuk pak menteri
Kalau tiada hajat yang besar
Kami tidak sampai ke mari


Santai bicara diwaktu petang
Bicara dengan Laksamana Bentan
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa segunung harapan


Indah sungguh tarian piring
Ditari oleh gadis rupawan
Langkah diatur doa seiring
Agar maksud tidak dikecewakan


Akar memanjat pokok ara
Nampak cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman


Kalau sudi katakan sudi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak kami ternanti-nanti


Tarikh: 18 Okt 2014
Masa: 3 petang
Tempat: Taman Seri Impian Kluang

Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.




1 ulasan:

  1. Next time dah boleh jadi jurucakap dah ni Doc. Cantik dah pantun tu semua. Practice makes perfect, doc...hihihihi

    BalasPadam