Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Oktober 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki 25 tahun.
Bercadang akan menikah akhir bulan depan.
Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 1 Okt yang lalu.
Mengalami kecederaan luaran pada kaki kirinya.
Beliau mendapat rawatan awal di hospital kerajaan.
Selepas seminggu bengkak dikaki kirinya belum juga susut.
Beliau masih belum boleh berjalan dengan sempurna.
Beliau kembali semula ke hospital kerajaan.
Beliau diberi temujanji ke klinik pakar pada 12 Okt.
Beliau diberi cuti sakit tambahan selama 2 hari sahaja.
Maka bila cuti sakitnya habis dia datang mencari doktor diklinik panel.

Kali pertama aku berjumpa dengannya,
kaki kirinya memang bengkak.
Luka luarannya dah mula mengering.
Tetapi terdapat banyak 'cecair' didalam kakinya.
Kalau dipegang terasa ada gelombang didalam paha dan lututnya.
Memandangkan dia dah ada temujanji dengan doktor klinik pakar,
maka aku pun tak buat apa2.
Cuma aku ada pesan dengan dia,
kalau doktor pakar tak buat apa2,
datanglah cari aku.

Petang semalam.
Dia baru kembali daripada klinik pakar.
Betul jangkaanku.
Doktor klinik pakar kata takda apa2.
Doktor klinik pakar kata tak payah buat apa2.
Tunggu baik sendiri.
Bila? Tiada jawapan pasti.
Dia diberi cuti sakit tambahan 10 hari lagi.

Dia datang ke klinik bersama ibunya.
Ibunya bertanya kepadaku,
"Betul ke tak boleh buat apa2 doktor?"
"Boleh sempat ke dia nak naik pelamin bulan depan?"
Lama juga aku termenung.
Lama aku berfikir.
Lalu aku mencadangkan.
Aku nak cucuk jarum kat lututnya.
Dia setuju.

Lepas bius aku cucuk jarum 21G ke lututnya.
Nak tahu apa hasilnya?
Kira2 800ml cecair warna kemerahan aku tadah.
Hampir 4 mangkuk kidney dish.
Bukan nanah.
Bukan darah.
Hanya cecair yang aku agak musykil mana datangnya.
Subfascial hematoma?
Subfascial effusion?
Aku google kat internet pun tak jumpa diagnosisnya.


Ini bukan pertama kali aku buat.
Dah lebih 10 kali.
Hasilnya memang seperti aku jangkakan.
Cuma pathophysiologynya aku susah nak terangkan.
Cecair itu memang wajib dikeluarkan.
Tak boleh nak tunggu dan lihat sahaja.
Dia kata rasa lebih 'ringan' dah.
Berjalan pun dah lebih laju.

Aku harap dia cepat sembuh.
Aku harap dia tak lupa jemput aku masa majlis perkahwinannya nanti.


7 ulasan:

  1. wowww lama tak dpt masuk sini
    tetiba hari ni bukak ada
    byknya cecair tu
    klinik pakar kata lagu tu plak
    kadang2 kami yang buta ttg perubatan ni mmg confuse dibuatnya

    BalasPadam
  2. Mak oiii...banyaknyaaaaa! 4 kidney dish?? Syukurlah dia bijak dan ambil inisiatif untuk jumpa doc. Ada sesetengah orang, pasrah jer dengan hospital...

    BalasPadam
  3. Hmmmm....
    Betul Doc... separuh perkhidmatan Kjaan agak mengecewakan... cakap banyak tak nak lah.. nanti kita pula dilabel sebagai P@mbangkang.... hmmm....

    BalasPadam
  4. hairan kan? kadang2 tu x tau nk cakap cemana. hhhmmmm

    BalasPadam
  5. Saya pun dah lama x dpt masuk blog ni...tetiba hari ni bole plak..suka baca pengalaman doc..

    BalasPadam
  6. macam hematoma yg dah diluted rupanya..800ml tu banyak!
    sure dia tak lupa jemput punya nanti..:)

    BalasPadam