Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Oktober 2014

Aku dan SHIELD WORKSHOP


Petang Sabtu.
Balik dari Stadium Tertutup MBJB,
aku terus bersiap nak ke JB sekali lagi.
Maklumlah aku kan ada superpower.
Jadi aku telah ditawarkan untuk jadi agen S.H.I.E.L.D.
Boleh aku berkawan dengan Ironman dan Thor.
Aku dapat undangan untuk menghadiri satu bengkel.
Mendengar ceramah2 pendek tajaan syarikat ubat.
Aku bukannya rajin sangat nak attend drug talks.
Setahun boleh dikira berapa kali aku pergi.
Tapi disebabkan lokasinya tak jauh daripada rumah.
Masanya pun sesuai dengan jadual aku.
Aku luangkan masa untuk menghadirinya.


Bengkel bermula tepat jam 2.45 petang.
Tapi aku sampai dekat pukul 3 petang.
Jenuh mencari tempat nak parking.
2-3 pusingan baru dapat lot parking.
Sampai dalam dewan,
taklimat GST dah pun bermula.
Dewan memang penuh sesak masa itu.
Padanlah nak parking pun susah.
Rasanya masing2 excited nak tahu pasal GST.
Tetapi sampai habis taklimat pun,
masing2 masih keliru.
Betul ke doktor dikecualikan daripada GST?
Betul ke doktor dikecualikan daripada mendaftar?
Atau kedua2nya?
Tiada siapa berani beri kepastian.
Kena tunggu satu lagi taklimat bersama kastam bulan depan.
Hampeh betullah.


Selepas habis taklimat pasal GST,
suku daripada peserta dah hilang.
Rupa2nya ramai yang datang hanya untuk itu sahaja.
Topik2 yang lain memang kurang memberangsangkan.
Upper Resp Tract Infection.
Lower Respiratory Tract Infection.
Sexually Transmitted Diseases.
Skin infection.
Fungal Infection.
Oral Contraception Pills.
Semuanya subjek2 common.
Langsung tak mencabar.
Memang patut pun ramai yang cabut awal.
Dan kalau tak kerana nak makan free,
aku pun mungkin cabut awal jugak.


Company yang sponsor workshop ini memang kaya.
Macam2 souvenir diberinya kat peserta.
Kawan aku yang datang daripada Parit Sulong,
dapat bilik percuma untuk satu malam.
Dan mungkin kerana dia juga.
aku tak balik awal.
Kalau aku keseorangan,
memang dah lama aku cabut dah.

Ada 7 ceramah kesemuanya.
Setiap satu cuma 1/2 jam.
Sangat padat dan ringkas.
Ada penceramah yang bagus.
Ada juga yang tak berapa bagus.
Tapi memandangkan cuma 1/2 jam,
taklah aku sampai tertidur.
Banyak juga perkataan2 baru masuk dalam kamus aku.
CURB 65 Score.
Pro-adrenomedulin.
Pro-calcitonin.
Angular chelitis.
Kerion.
Endothrix.


Pukul 7.00 malam.
Bengkel selesai.
Peserta tinggal separuh sahaja banding masa mula2 aku datang.
Topik yang akhir sekali paling menarik padaku.
Macam kereta Honda Accord yang dah masuk generasi ke-8.
OCP pun dah masuk generasi ke-4.
Semakin terkini,
semakin kurang kesan sampingannya.
Semakin kurang androgenic effects.
Tetapi semakin tinggi risiko thromboembolism.
Setakat ini aku cuma ada satu kes stroke akibat OCP.
Jadi aku rasa aku takkan beli OCP mereka.
Gunakanlah apa yang ada sahaja.

Rasanya dah lebih 5 kali aku ke hotel ini.
Antara hotel terbaik di Johor Bahru.
Makanan di restoran Fresh memang menepati selera aku.
Lauk-pauknya simple.
Semuanya kelihatan sederhana,
tetapi sesuai dengan tekak aku.
Setiap kali ada undangan ke hotel ini,
aku pasti datang.
Terutamanya jika ada makan free.


Salam hari Isnin kawan2.



1 ulasan:

  1. sy selalu lepak hotel2 kat ferringhi secara percuma sebab sesi2 camni la. kwn sy turun bawah, sy lepak2 relax dlm bilik.

    BalasPadam