Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Oktober 2014

Aku dan " This Is Larkin, This Is Crazy"

Aku bukanlah fanatik sangat dengan team JDT.
Tetapi kerana ada bendera besar dalam bilik aku,
ramai yang ingat aku rajin ke stadium.
Setiap kali ada game di stadium,
tak kurang 2-3 orang yang bertanya.
Pada aku kalau nak tengok bola,
duduk depan tv lebih baik.
Ada ulasan selari.
Ada ulasan pakar2 bola.
Ada pandangan daripada pelbagai sudut.
Ada ulang tayang.
Aku juga bukannya suka sangat crowded places.
Aku cepat rimas dan gelisah.
Jadi menonton bola distadium bukanlah pilihan utamaku.


Petang hari cuti Maal Hijrah.
Aku mencipta sejarah baru dalam hidupku.
Aku ke stadium keramat pasukan JDT.
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.
Aka Stadium Larkin.
Ada perlawanan hidup mati.
Perlawanan separuh akhir kedua,
JDT lawan Felda United.
Walaupun tiketnya murah,
nak mendapatkannya agak payah.
Kalau takda kenal sesiapa,
awal2 pagi nak kena beratur depan kaunter tiket distadium.
Tapi kalau ada kenal orang dalam,
agak mudah caranya.
Tambah 2-3 ringgit daripada harga tiket.
Beritahu berapa keping tiket dikehendaki.
Bayaran guna perbankan online.
Lepas tu collect tiket kat rumahnya.
Tak perlu susah payah nak beratur panjang.
Tapi tiket murah bermakna Tempat Duduk Terbuka.
Free seating.
Siapa cepat dia dapat.
Tiket hanya untuk masuk stadium.
Yang lain2 pandai2 kaulah.
Nak duduk atas pagar.
Nak duduk atas tangga.
Nak berdiri sepanjang perlawanan.
Itu terpulang kepada nasib.


Nak duduk yang lebih selesa.
Dapatkan tiket grandstand.
Harganya cuma 30 ringgit sahaja.
Tapi untuk game panas,
tiket ini dikira rare.
Biasanya dihadkan untuk ahli keluarga dan sahabat handai ''orang2 dalam''.
Warga2 marhaen hanya dapat tengok dari jauh sahaja seat ini.
Nak lagi selesa,
dapatkan Pas Bermusim.
Ada laluan khas.
Ada petak khas.
Ada tempat duduk bernombor.
Datang pukul berapa sekalipun,
seat itu takda siapa berani nak usik.
Tapi khabarnya harga memcecah ribuan ringgit untuk musim akan datang.


Menurut kawan2 yang dah biasa ke stadium.
Pintu stadium dibuka jam 5.00 petang.
Perlawanan akan bermula tepat jam 8.45 malam.
Tetapi untuk dapatkan tempat duduk yang selesa,
kena datang awal.
Seawal jam 4 petang.
Maka dengan gigihnya,
pukul 2.30 petang aku dah bertolak daripada rumah.
Aku tiba di stadium kira2 jam 3.40 petang.
Orang dah mula ramai.
Tetapi tempat parking kenderaan masih banyak yang kosong.
Sebenarnya tiada tempat khas untuk parking.
Kereta boleh diletak dikiri kanan jalan.
Kereta boleh letak kat mana suka.
Polis trafik dah malas nak menyaman.
Janji 4 tayar boleh berada diatas tanah,
kira ok dah tu.
Kalau nak cepat dan mudah masa nak balik.
Parkinglah jauh sedikit.
Kalau tidak kenalah tunggu giliran masa nak balik nanti.


Sebelum masuk stadium,
aku pusing2 sekeliling stadium dulu.
Ada pesta jualan barang2 perhiasan untuk JDT.
Topi, t-shirt, mafla, jersi, stiker,
makanan dan minuman pun ada.
Harganya taklah mahal kalau banding di pasar malam.
Mafla baru 10 ringgit.
Aku beli 25 ringgit dipasar malam.
Pandai aje abang tu kelentong aku.
Kat stadium lagi mahal katanya.


Pukul 4.00 petang.
Orang ramai dah mula berasak2 depan pintu masuk.
100% adalah penyokong JDT.
Ada siap bawa girlfriend.
Ada siap bawa famili.
Ada siap mendokong anak2 kecil.
Baju mesti warna merah biru.
Tudung pun sama.
Walaupun cuaca panas.
Masing2 langsung tak berganjak daripada berdiri depan pintu masuk.
Semakin menuju jam 5 petang.
Semakin sesak nafas aku.
Masing2 mula menghimpit ke arah pintu.
Walaupun ramai yang menjerit2 minta buka pintu,
pintu hanya dibuka tepat jam 5 petang.
Nasib baik wife tak ikut.
Kalau tidak kasihan dia kena berhimpit2 dan berasak2.


Bila masuk aje ke stadium,
abang polis tahan aku.
Dia nak check apa ada dalam beg aku.
Ada beberapa barang dilarang dibawa masuk ke stadium.
Air botol, payung, mercun, helmet, wisel juga vuvuzela.
Habis air mineral botol aku kena rampas.

Bila aku dapat masuk stadium jam 5.15 petang,
masih banyak ruang kosong untuk dipilih.
Aku pilih nak duduk belakang pintu gol.
Juga dekat dengan budak2 BoysOfStraits.
Baru aku tahu.
Tempat duduk boleh dibooking dulu rupanya.
Letak aje mafla atas kerusi.
Semua orang tahu tempat itu dah berpunya.
Jadi sekarang aku dah tahu.
Lain kali aku hantar seorang dahulu untuk berasak2.
Yang lain2 boleh masuk kemudian.


Antara pukul 5.30 hingga 7.30 malam.
Aku duduk termangu2 dalam stadium.
Aku dapat tengok kemeriahan suasana dalam stadium.
Bermula dengan 1000 orang.
Kemuncaknya lebih 30 ribu orang memenuhi stadium.
Hampir 100% adalah penyokong JDT.
Lautan merah biru memenuhi setiap inci stadium.
Tiada ruang kosong.
Manusia penuh ditangga.
Manusia sanggup berdiri dibarisan belakang.
Manusia sanggup bergayut di jeriji pagar.
Yang kosong hanya di atas padang.
Juga petak khas untuk pasukan pelawat.


Pukul 7.30 malam. 
Budak2 BoysOfStraits dah mula menyanyi.
Dua petak disediakan khas untuk mereka.
Siap dengan drum dan gendang.
Mereka datang bukan untuk menonton bola.
Mereka datang untuk bersorak.
Mereka datang untuk menyanyi.
Mereka datang untuk memberitahu semua orang.
" This is Larkin ".
  

Setiap apa yang berlaku di atas padang pasti disorak oleh penonton.
Pegawai FAM pergi check bendera kena sorak.
Pengadil buat warm-up run kena sorak.
Penyokong Felda masuk stadium pun kena sorak.
Dan yang paling kuat kena sorak ialah TMJ.
Baginda datang dengan wife baru baginda.
Bergema stadium menyanyikan lagu Selamat pengantin Baru untuk baginda.


Tepat jam 8.45 malam.
Sepak mula.
Budak2 BOS memang tak berhenti menyanyi.
Semua lagu2nya mudah dihafal.
Jadi satu stadium turut menyanyi.
Aku memang tak tengok tengah padang.
Aku sibuk merakam suasana dalam stadium.
Sana-sini orang menjerit2.
Pantang ada kekasaran.
Pantang ada peluang.
Macam2 perkataan yang keluar.


Saat pasukan JDT menjaringkan gol adalah saat paling gila dalam hidup aku.
Aku turut menjerit2 sampai tak ingat dunia.
Perasaan yang tidak tergambar oleh kata2.
Perasaan gembira yang tiada dalam kamus.
Bukan aku seorang sahaja.
Satu stadium turut merasakannya.


Sepanjang berada dalam stadium,
aku memang tak boleh kemana2.
Aku juga malas nak berganjak daripada tempat duduk aku.
Hanya penjual air minuman, kuaci dan burger yang rajin berjalan2.
Mencelah2 antara barisan penonton.
Air mineral botol kecil dijual RM3/ 2 botol.
Kuaci dijual RM5/3 bungkus.
Burger ayam tanpa sayur dijual RM5/ 2 biji.
Aku tak salahkan mereka meminta laluan.
Memang itu mata pencariannya.
Redhakanlah.


Banyak insiden berlaku di atas padang.
Adat bermain bola.
Memang ada kekasaran di sana-sini.
Anda disorak oleh 30 ribu orang penyokong.
Tentunya anda akan cuba bermain sebaik mungkin.
Dan jika semuanya semacam serba tak kena.
Masa itulah perasaan marah cepat aje datang.

Berita baik.
JDT mara ke perlawanan akhir.
Akan menentang Pahang pada 1 Nov nanti.
Dah ramai yang berura2 nak ke Bukit Jalil.
Apatahlagi bila PBNJ kata nak support tambang bas ke sana.
Rasanya lagi meriah suasana di sana.
Tetapi pada aku cukuplah sekali ini.
Aku tak boleh hidup sebegini.
Waktu makan entah kemana.
Waktu sembahyang entah kemana.
Walaupun ada surau disediakan.
Tapi perjalanan ke surau adalah "sangat jauh".
Jenuh nak lalu celah2 penonton yang semakin ramai.


Untuk tahun depan.
Aku mungkin nak cari Pas Bermusim.
Jadi tak perlu berasak2.
Tak perlu datang sangat awal.
Pukul 8.30 malam pun masih boleh masuk stadium.

Pukul 11.00 malam.
Aku baru dapat keluar daripada stadium.
Sejarah baru tercipta.
Aku antara 30 ribu manusia yang sanggup melupakan hal2 dunia,
semata2 untuk menjadi penyokong tegar JDT.
This is Larkin.
And This is crazy.


" Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzim "


7 ulasan:

  1. kan doc...feeling tengok kat stadium tu lain...!!

    BalasPadam
  2. Mmg fenomena kan..
    Dulu sunyi sepi aja stadium Larkin tu..
    Satu aja yg saya kurang gemar kalau ke stadium...bila nak solat Maghrib tu ' seksa'..
    Patutnya pihak stadium perbanyakkan surau di point2 tertentu, jadi tak perlu jln jauh...kalau di stadium bukit jalil lagilah terukk..stadium nya besar.,..penyudahnya, solat atas jalan aja :)

    BalasPadam
  3. Saya kagum dengan semangat doc.... Saya tak mampu nak mengharung begitu rasanya

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada JDT dan penyokong-penyokong Johor.
    Saya sokong Felda. Lepas ni akan sokong Pahang pula.
    Selamat Berjuang! Kita jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil! :)

    BalasPadam
  5. Masuk stadium tengok live match memang heaven..
    Apa lagi team kita menang lak tu.. Speechless..

    BalasPadam
  6. solat lebih penting,,,mudah2n ada idea macamna solat penonton tak hanyut gara2 bola,,,cuba bayangkan dgn tak solat tiba2 mati masa jerit golll.,!!! nauzubillahh,,cerah masa depan,,

    BalasPadam