Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Oktober 2014

Aku di On9 Shop Festival Johore 2.0


Dah beberapa hari anak2ku mengingatkanku.
Juga memujuk dan mengajakku.
Ke Pesta Jualan On9 Shop Festival 2.0.
Sekarang tengah trending diinternet katanya.
Mereka kata ayah kena pergi.
Boleh tengok barang2 yang biasa dijual online.
Boleh beli barang2 yang hanya dijual online.
Boleh juga jumpa ramai artis.
Boleh glamour kalau muka masuk dalam FB dan Instagram.


Pagi hari Sabtu.
Aku tiba dilokasi bersama anak daraku.
Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Bersebelahan dengan Plaza Pelangi di Highway Tebrau.
Aku datang berdua sahaja.
Yang lain2 tiada.
Wife pergi bermesyuarat di Melaka.
Manakala anak bujang aku ke sekolah Darjah Khas.
Sure frustrated bila tahu dia kena tinggal.


Masa aku datang orang belum ramai.
Orang yang berniaga masih sibuk menyusun barang2 jualan.
Ada lebih seratus lot untuk berniaga.
Setiap lot cuma ada satu meja sahaja.
Semuanya peniaga2 dan pedagang2 daripada internet rasanya.
Aku memang tak kenal mereka.
Tetapi banyak yang anak dara aku kenal.
Jenama2 famous diInstagram dan FB.


Walaupun setiap gerai cuma diberi satu meja sahaja,
mereka sungguh kreatif menyusun barang2 jualan mereka.
Gaya pengiklanan mereka memang menarik.
Warna2 terang digunakan.
Ayat2 power diguna untuk mempromosi jenama mereka.
100% adalah bumiputera.
Tak nampak pun bangsa non-bumi disini.
Jadi marilah beramai2 memberi sokongan. 


2-3 kali aku ronda2 satu stadium.
Nampaknya tiada barang2 yang menarik perhatianku.
Kebanyakan barang jualan untuk golongan muda.
Kebanyakan barang jualan untuk gadis2.
Kebanyak barang jualan untuk wanita.
Tudung, baju, selendang, make up, etc.


Disatu sudut kelihatan sangat meriah.
Ada ramai orang berkerumun dikawasan tersebut.
Suasana sangat gamat dan meriah.
Rupa2nya itu kawasan artis berniaga.
Beberapa orang artis sedang sibuk melayan pelanggan masing2.
Ada Nurkhairiah, ada Yatt, ada Nurseha, ada Bienda.
Semuanya anak dara aku yang kenalkan.
Aku cuma kenal isteri Mawi.
Juga Zul Yahya.
Masing2 dah ada jenama sendiri.
Masing2 dah sibuk dengan perniagaan masing2.
Aku tengok artis2 ni memang peramah.
Mulut dan tangan sama becok melayan pelanggan.
Maaflah.
Aku bukan minat sangat artis2.
Aku juga bukan minat sangat shopping di internet.

Sebelum aku balik.
Aku singgah dibooth Wak Doyok.
Sempat juga aku bergambar dengannya.
Aku ingat ada jual minyak pelebat misai dan janggut.
Boleh aku try sebotol dua.
Aku memang minat dengan misai dan janggutnya.
Agak2 lari tak budak2 kalau tengok aku camtu?


Sebelum aku balik.
Aku singgah dibooth menjual jam.
Jam +Clockwise.
Jam yang jarum pusingannya arah lawan jam.
Memang pelik.
Tetapi dikatakan akan menghasilkan dunia yang lebih seimbang.
Boleh check di sini untuk info lanjut.

Sebelum aku balik.
Aku lalu lagi dibooth Yana Shamsudin.
Sampai tengahari pun dia masih belum berniaga lagi.
Kempunan anak dara aku nak bergambar dengan dia.


Salam hari minggu kawan2.

2 ulasan:

  1. mmg trend sekarang ni
    kalau di klang valley
    sesaknya kemain
    dan tentunya saya tak pernah pi sebab tak mampu nak bersesak

    BalasPadam
  2. Saya sudah tidak tertarik dengan tempat sesak begini, Doc. Usia saya sudah melampaui batas...hahahaha

    BalasPadam