Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Oktober 2014

Aku ke KPJ Johor Specialist Hospital

Ayah mertuaku berusia 78 tahun.
Walaupun jalan bertongkat.
Walaupun pendengarannya kurang jelas.
Walaupun dia menyuntik insulin setiap hari,
Dia dikira masih sihat walafiat.
Dia masih boleh berkebun sekeliling rumah.

2 bulan yang lalu.
Beliau mula mengadu kencingnya berdarah.
Mula2 sedikit lama-kelamaan semakin kerap.
2 kali beliau dibawa ke Hospital Kluang.
Doktor kerajaan kata kencing kotor sahaja.
Beliau ada dirujuk ke unit pembedahan,
Tetapi temujanjinya 3 minggu lagi.

Walaupun dia kelihatan sihat,
Kencingnya semakin merah.
Kadang2 ada darah berketul2.
Atas desakan saudara-mara,
dia akhirnya setuju mendapatkan rawatan lanjut di pakar swasta.
Tak perlu tunggu temujanji berminggu2.
Tak perlu check macam2.
Tak perlu x-ray ataupun ujian darah.
Tak perlu susah2 nak masukkan CBD.
Pemeriksaan ultrasound dah cukup dah.
Ada ketumbuhan didalam pundi kencingnya.
Saiznya dah ibarat sebiji telur ayam.
Agak besar dan mudah berdarah.
Beliau dinasihatkan dirujuk ke Pakar Urologi di Johor Bahru.


Malam sebelum temujanji di Johor Bahru.
Hampir 25 orang ahli keluarga terdekat.
Berkumpul untuk sembahyang hajat dan bacaan Yaasin.
Meminta pertolongan Yang Maha Kuasa.
Meminta diberikan kekuatan.
Meminta diberikan pertolongan.


Awal pagi semalam.
Aku pergi ke KPJ Johor Specialist Hospital.
Menemani ayah mertuaku untuk rawatan lanjut.
Pukul 10:10 pagi.
Kami berjumpa dengan Datuk Dr Roslan.
Seperti dijangka.
Ayah perlu masuk wad.
Ayah perlu menjalani pemeriksaan Cystoscope.
Sebelum tu kami kena bawa ayah ke beberapa bilik lain.
Perlu ambil darah.
Perlu x-ray dada.
Perlukan ECG.
Perlukan pemeriksaan Echocardiogram.
Semuanya persediaan sebelum menjalani pembedahan.
Bersama2ku ada abang2 ipar, kakak ipar, emak mertua dan anak2 sedaraku.
Masing2 bergilir2 menolak kerusi roda emak dan abah.
Walaupun prosedur mengambil masa agak panjang,
Tiada siapa yang mengeluh.
Masing2 redha dengan ketentuan Ilahi.
Hospital swasta pun dah macam hospital kerajaan.
Susahnya nak dapatkan katil yang kosong untuk ayah.
Kena tunggu lepas pukul 2.
Kalau ada pesakit discharge barulah ayah boleh masuk. 


Pukul 2:30 petang.
Nurse daripada klinik telefon.
Baru ada kekosongan bilik.
Itupun bilik untuk seorang.
Selepas tandatangan borang persetujuan.
Selepas isi borang penjamin.
Selepas bayar deposit.
Barulah kami dihantar ke bilik berkenaan.


Selepas ayah selesa dikatil.
Dan ahli keluarga lain selesa dengan persekitaran,
Aku minta diri untuk balik dahulu.
Aku minta diri untuk sambung kerja2 aku pula.
Petang itu Pakar Perubatan ada melawat ayah.
Ada sedikit risiko jika pembedahan dilakukan.
Kami faham sebab usia ayah dah 78 tahun.
Nak tak nak kena buat juga.
Malam tadi Dr Roslan melawat ayah.
Pembedahan akan dijalankan ikut jadual.

Sekarang pukul 1:30 petang.
Ayah sedang berada di Bilik Bedah.
Tunggu hasilnya selepas 4 jam.
Kami semua sentiasa berdoa.
Pembedahan ini berjaya.
Ayah segera kembali sihat seperti biasa.
Aidil Adha tinggal 2 hari lagi.
Semoga semua orang boleh berkumpul dirumah ayah.
Dan bukannya di bilik hospital.

Bersambung. 



4 ulasan:

  1. Moga dipermudahkan urusan..Insya Allah..
    Kalau kat Shah Alam ni, private hospital mmg pack macam hospital Gomen bro...

    BalasPadam
  2. Saya rasa private hospital yang bagus rawatannya memang penuh dan tunggu turn. Apa-apa pun, saya doakan semoga pakcik segera sembuh. Amiin.

    BalasPadam
  3. Insyaallah semua urusan dipermudahkan dgn izin Allah. Keluarga ada bersama, pasti Pakcik cepat sembuh

    BalasPadam
  4. Bole sy tahu berapa kosnyaa

    BalasPadam