Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Oktober 2014

Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana?



Kau ini bagaimana?
Kau naikkan harga minyak ikut suka
Walaupun 20 sen cuma
Tapi kesannya satu negara
Esok semua barang ikut naik harga


Kau ini bagaimana?
Memang aku buta ekonomi
Aku belajar tidak tinggi
Tapi sampai bila aku harus begini
Dapat gaji habis tidak berbaki


Kau ini bagaimana?
Kau kata kami manja subsidi
Konon asyik kau sahaja yang memberi
Siapa kata kami tak beri
Yang lima tahun sekali itu siapa bagi?

Kau ini bagaimana?
Kau kata minyak kita masih lagi murah
Kau suruh banding dengan Thailand dan Singapura
Tapi apa jenis yang kamu kira
Kenapa tak ikut Brunei minyak punya harga?


Kau ini bagaimana?
Kau kata Brunei tak boleh kira
Minyak mereka berlambak tak terkira
Tapi kenapa?
Minyak kita tiada harga ka?


Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku berjimat
Kau juga suruh aku sokong industri kereta negara
Kau suruh aku naik bas sahaja
Tapi mana basnya?
Jadual perjalanan tak pernah tepat masa.


Kau ini bagaimana?
Tidak diundi kau bilang derhaka
Sudah diundi aku dilupa
Jadi aku yang harus bagaimana?

zouldahan
2-10-14
9:30 malam


2 ulasan:

  1. makin robek poket jadinya...raya ni jalan kaki je kerumah sedara mara yg dekat2 tu

    salam kenal & follow sini

    BalasPadam