Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Aku dan MAHA 2014

Ada beberapa orang kawan pesan kat aku, tak payahlah pergi ke pameran MAHA ini. Orang sangat ramai. Cuaca pun teruk. Pagi sangat panas. Dan petangnya hujan sangat lebat. Aku pun memang dah berkira2 tak nak pergi. Tetapi memandangkan dah janji dengan wife dan famili, pagi Jumaat aku bertolak ke Serdang. Cadangnya nak stay di sana sampai tengah malam. Dan balik ke Johor pada hari yang sama. Maklumlah anak bongsu aku nak ambik periksa Darjah Khas.

Tetapi rancangan aku gagal.
Kira2 10 km sahaja daripada lokasi,
hujan dah turun sangat lebat.
Jalan pun tak nampak.
Air pun penuh atas jalan raya.
Maka last minute,
aku tukar rancangan.
Aku terus sahaja ke Alamanda Putrajaya.
Memang takda harapan nak ke tapak lokasi.
Anak2 memang suka bila ke Alamanda.
10 kali lebih seronok banding ke tapak pameran MAHA katanya.
Ada aircond.
Ada aL-ikhsan.
Ada MPH.
Ada Toy R Us.


Malam itu aku tidur di UNITEN.
Hotel paling murah dan selesa yang aku jumpa di Agoda.
Dan awal pagi hari Sabtu.
Kira-kira pukul 9 pag…

Aku dan Cherita Chinta Dua Dekad

1987
Pertama kali kita bersua
Di Empat Sains Satu bertentang mata
Lidahku kelu untuk berkata
Adakah ini cinta pandang pertama?

Walaupun di kelas selalu bersama
Aku terus membisu seribu bahasa
Walau hati meronta-ronta
Untuk berbicara berkenal mesra

Rupanya bukan aku sahaja
Malah sidia turut memendam rasa
Cuba mendekatiku sedaya upaya
Namun aku buat selamba

Dikala mula merasai cinta
Kita terpisah dek mengejar cita-cita
Harijadi ke 16 kad diterima
" Selamat Jalan Wahai Kekanda"

Di SMSJ aku terseksa
Antara cinta dan cita-cita bonda
Namun aku tetap berusaha
Memajukan diri menuju jaya

Dua tahun bersendirian di sana
Sidia tetap tidak kulupa
Teman berbicara dikala duka
Juga pemberi semangat dikala kecewa


1989
Akhirnya aku berjaya
Ke menara gading menyambung cita-cita
Walaupun sidia agak kecewa
Kekal di Bandar Tenggara terus berusaha

Dua tahun di ibu kota
Banyak mengajarku erti cinta
Cinta pada sidia tetap membara
Walau jarang bersua muka

Sementara menunggu keputusan periksa
Di Bandar Tenggara aku bekerja
Dan kita sela…

Aku dan Lawak Hari Ini

Brilliant..... The phone rings and the lady of the house answers, "Hello." "Mrs. Joshi, please." "Speaking." "Mrs. Joshi, this is Doctor Kanitkar at metro Laboratory. When your husband's doctor sent his biopsy to the lab last week,  a biopsy from another Mr. Joshi arrived as well... We are now uncertain which one belongs to your husband. Frankly, either way the results are not too good." "What do you mean?" Mrs. Joshi asks nervously. "Well, one of the specimens tested positive for Alzheimer's  and the other one tested positive for HIV. We can't tell which is which." "That's dreadful! Can you do the test again?" questioned Mrs. Joshi. "Normally we can, but MEDICARE will only pay for these expensive tests once." "Well, what am I supposed to do now?" "The MEDICARE Helpdesk recommend that you drop your husband off somewhere in the middle of town. If he finds his way home, don't…

Aku dan Wordless Wednesday

Selamat tinggal SAMURA!


Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini. Cuti penggal persekolahan pun bermula. Belum apa2. Anak bungsu aku dah ada program. Walaupun aku dah pesan awal2 pasal program aku, last minute baru dia beritahu. Dia ada majlis khatam belajar persilatannya. Ada majlis mandi bunga tujuh warna. Ada baring atas kaca. Dah macam belajar ilmu keballah pulak.
Awal pagi Sabtu. Aku sepatutnya dah bertolak ke Kuala Lumpur. Tetapi selepas subuh aku kena bertolak ke Desaru. Teluk Ramunia untuk lebih spesifik. Ambil anak bungsu aku dahulu di kem persilatannya. Tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Tengahari hari Sabtu.
Aku singgah pula di asrama anak sulung aku.
Mungkin ini kali terakhir aku melawatnya di asrama.
Peperiksaan SPMnya dah hampir tamat.
Bermakna persekolahannya di sini akan berakhir.
Lepas ini tak tahu pula kemana nak dituju.
Hanya Allah yang menentukan.

Pukul 4 petang.
Aku baru nak bertolak ke Kuala Lumpur.
Dijangka sebelum maghrib akan sampai dihotel.
Dan sempat aku menghadiri majlis perjumpaan semula jam 8 malam.

Aku dan Sajak Untuk Isteri

" Sajak Untuk Isteri "
ooo orang puang. mung bangung pagi. mung gerok suami. mung ajok suami berjemooh. mung jd makmung. mung masok. mung gosok baju suami. mung sedie kasut stokeng untuk suami. mung kuca tea. mung ato suami ke pitu pago. mung cium tangang ye. mung mitok maap.
mung dok rehak. mung basoh baju pulok. mung pon lipak baju. mung kene tunggu van ikang pulok. mung beli laok maok. mung masok pulok. mung siang ikang. mung potong sayor. mung ggoreng. mung letih. mung dok rehak.
tengohari. anok anok balik. anok tu lepo beg ngate. mung sabo. anok tu wak bising. mung redho. anok tu wak hhanya. mung senyum. anok tu nangih. mung tetak manih. mung taboh. mung dok rehak g. mung hidang makang tengohari ke anok. mung tukang suap. mung tukang basuh. mung tukang lap. mung tukang kkemah.
sapa petang. mung dok rehak. suami pulok balek. mung belari cium tangang ye. mung mitok maah. mung hidang ke dye minung petang. mung bagi senyumang ke ye. mung hiborkang ati ye. mung letih. mung …

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Dilemma Minggu Ini

Beberapa bulan yang lalu. Seorang pekerja warga asing datang ke klinik. Beliau baru 2 bulan datang ke Malaysia. Jadi nak berhubung dengannya perlukan jurubahasa.  Jurubahasa yang bahasanya pun 2 x 5 juga. Aku difahamkan. Beliau telah lulus pemeriksaan dengan FOMEMA. Maka aku tidak mengesyaki apa2. Aku juga difahamkan. Beliau demam sudah 3 hari. Beliau juga mengadu sakit kepala dan muntah2. Pemeriksaan fizikal hanya demam 38 darjah. Yang lain2 masih lagi normal. Maka aku beri ubat biasa2 sahaja. Selepas seminggu beliau datang kembali. Penyakitnya masih berlarutan. Lalu aku rujuk beliau ke klinik kerajaan berhampiran. Aku difahamkan. Selepas 2 hari di wad hospital daerah, beliau telah dirujuk ke hospital besar di Johor Bahru. Beliau meninggal dunia selepas 48 jam dimasukkan ke ICU. Aku difahamkan beliau meninggal kerana TB Meningitis. Iaitu serangan penyakit TB dibahagian otak.

Menurut pemahaman dan pembacaan aku,
TB Meningitis tidak akan merebak melalui close contact.
Ia juga tidak ak…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini. Wife ajak jalan. Ada kawan dia rekomen. Ada tempat baru menjual ketam murah2 dan segar2. Kata kawannya,  "Dekat aje di Nusajaya sana."

Pukul 9:30 pagi Sabtu.
Aku bertolak daripada rumah.
Masuk highway Second Link ke Nusajaya.
Lepas tu keluar simpang menuju ke Gelang Patah.
Melalui jalan2 kampung menuju Jeti Kg Pendas.
20 km jaraknya daripada Nusajaya.
"Dekat aje katanya."


Pukul 10:30 pagi.
Akhirnya aku tiba di Jeti Pendas.
Banyak kereta2 daripada Singapura aku nampak.
Siap dengan polisterin dan ais batu dalam boot kereta.
Tetapi tak banyak aktiviti kelihatan.
Suasana sangat aman dan tenang.
Bila aku hampiri,
dimuara sungai kelihatan satu sampan kecil.
Tiga orang sedang mengasing2kan ketam daripada jaring mereka.
5-6 orang pelanggan sedang menunggu untuk membelinya.
Wife aku pun turut serta.
Memang segar kata wife.
Boleh pilih sendiri.
Ketam Bangkang/Ketam Bunga.
Sekilo 15 ringgit.


Ketika wife sibuk memilih ketam,
aku sibuk meninjau suasana.
Menye…