Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 November 2014

Aku dan Dilemma Minggu Ini

Beberapa bulan yang lalu.
Seorang pekerja warga asing datang ke klinik.
Beliau baru 2 bulan datang ke Malaysia.
Jadi nak berhubung dengannya perlukan jurubahasa. 
Jurubahasa yang bahasanya pun 2 x 5 juga.
Aku difahamkan.
Beliau telah lulus pemeriksaan dengan FOMEMA.
Maka aku tidak mengesyaki apa2.
Aku juga difahamkan.
Beliau demam sudah 3 hari.
Beliau juga mengadu sakit kepala dan muntah2.
Pemeriksaan fizikal hanya demam 38 darjah.
Yang lain2 masih lagi normal.
Maka aku beri ubat biasa2 sahaja.
Selepas seminggu beliau datang kembali.
Penyakitnya masih berlarutan.
Lalu aku rujuk beliau ke klinik kerajaan berhampiran.
Aku difahamkan.
Selepas 2 hari di wad hospital daerah,
beliau telah dirujuk ke hospital besar di Johor Bahru.
Beliau meninggal dunia selepas 48 jam dimasukkan ke ICU.
Aku difahamkan beliau meninggal kerana TB Meningitis.
Iaitu serangan penyakit TB dibahagian otak.


Menurut pemahaman dan pembacaan aku,
TB Meningitis tidak akan merebak melalui close contact.
Ia juga tidak akan merebak melalui udara yang tercemar.
Jadi pejabat kesihatan daerah memang tidak akan buat apa2.
HR kilang tersebut pernah berjumpa denganku.
Dia nak buat screening satu kilang.
Tapi aku membantah.
Pada aku ianya tidak perlu.
Pada aku ianya tidak relevan dan membazir.
Dan jikalau nak buat screening pun,
pihak pejabat kesihatan yang akan melakukannya.
Dan ianya adalah percuma.

Beberapa minggu kemudian,
seorang lagi pekerja kilang mengalami simptom yang sama.
Tetapi kali ini siap dengan batuk dan demam berterusan.
Pertama kali datang klinik aku terus rujuk ke hospital.
Pihak hospital mengesahkan pekerja ini dah kena Pulmonary TB.
Penyakit yang sepatutnya tiada di Malaysia.
Penyakit yang sepatutnya boleh dikesan semasa pemeriksaan FOMEMA.
Untuk kes kali ini,
pihak pejabat kesihatan ada melakukan contact tracing.
11 orang yang selalu berhubung dengannya diarah menjalani ujian saringan.
Ujian saringannya ialah Mantoux Test.
Bukannya ujian darah ataupun x-ray dada.
5 orang disahkan positif dan diarah mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Semuanya dilakukan secara percuma.

Apabila ada kes kematian diikuti dengan satu kes TB positif,
pihak pengurusan kilang jadi gelabah.
Pihak HR ditekan kerana lambat bertindak.
Pihak HR ditekan kerana tidak bertindak.
Untuk menyedapkan hati semua pihak,
pihak HR datang lagi berjumpa denganku.
Kali ini dia betul2 nak buat.
Dia nak buat mass screening.
Dia nak semua pekerja satu kilang diperiksa untuk TB.
Aku kata gila ke apa?
Beberapa kali aku terangkan.
Ianya tidak perlu, tidak relevan dan tidak cost effective.
Aku cadangkan dia pergi ke klinik lain.
Aku tak nak terlibat dengan idea sebegini.

Untuk buat mass screening,
memang perlukan belanja yang besar.
Dan aku difahamkan.
Pihak kilang sanggup bayar berapa sahaja.
Tetapi hati kecilku melarangku.
Walaupun boleh untung sedikit daripada segi perniagaan,
ianya melanggar prinsip dan etika kedoktoranku.
Aku masih nak berpegang kepada prinsip2 kedoktoranku.

Sebagaimana aku sebut tadi,
mass screening memang tak perlu.
Pihak pejabat kesihatan telah melakukan yang betul.
Buat contact tracing dan start dengan Mantoux Test.
Jika ada yang positif,
barulah buat pemeriksaan lanjut seperti kumpul sampel kahak ataupun x-ray.
Itu semua dah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Itu semua dilakukan secara percuma.
Tetapi pihak kilang tak nak terima.
Mereka kata tak cukup.


Aku difahamkan.
Ada satu klinik dah sanggup buat mass screening untuk semua pekerja.
Ambil darah.
Buat ujian Rapid Test.
TB Quantiferon Test.
Lebih kurang macam Mantoux Test jugak.
Cuma harganya jauh lebih mahal.
80 ringgit untuk seorang pekerja.
Aku difahamkan.
Daripada hampir 600 orang pekerja,
hanya seorang sahaja yang positif ujian ini.
Beliau terus dirujuk ke hospital kerajaan.
Dan nak tahu doktor hospital kerajaan kata apa?
Ujian ini sepatutnya tak perlu dilakukan.

Dah banyak kali aku kata.
Tapi tiada siapa yang nak percaya kata2 aku.
Kerana siapalah aku.
Hanya doktor cabuk sahaja.
Itu tak penting sebenarnya.
Yang penting semua orang dalam kilang dah puashati.
Masing2 tiada yang positif TB.
Tiada apa yang perlu ditakutkan lagi.
Kilang untung berbillion ringgit setahun.
Setakat 50 ribu ringgit apalah sangat kan?

Aku tidak merasa terkilan.
Aku yakin aku dipihak yang benar.
Tetapi kesihatan adalah satu perniagaan.
Macam2 boleh dimanipulasi untuk keuntungan.
Alhamdulilah.
Aku masih teguh berpegang pada prinsip aku.
Wang ringgit bukanlah segala2nya.



7 ulasan:

  1. Kadang2 HR tu pun ditekan. Dah diberitahu pada tokey, tapi tokey tak nak percaya cakap HR. Tapi Doc, masa check up Fomema macam mana boleh lepas pulak ek?

    BalasPadam
  2. TB meningitis tak nampak dalam x-ray.
    TB pulmonari yg patutnya nampak dlm x-ray masa screening.
    Mungkin awal lagi agaknya.

    BalasPadam
  3. Ya, macam mana lepas di Fomema?
    atau mungkin boleh diteliti semula saringan yang dijalankan di sana. yang perlu ditambah dan dibuang.

    BalasPadam
  4. Doc,
    Isteri saya kerja sebagai teller di sebuah bank di KL.
    Dia dah disahkan kena TB, mungkin jangkitan dari customer yang nak hantar duit balik ke negara asal.
    Saya pun kena screening di Klinik Kerajaan dan Hospital Kerajaan.
    Mula-mula saya kena check darah, lepas tu check kahak, lepas tu Xray.
    Akhir sekali, (Hari Isnin lepas) baru buat Mantoux Test, tangan dah macam BCG dulu-dulu - esok kena jumpa doktor semula - tapi saiz induration tu kurang dari 1cm.

    BalasPadam
  5. Payah bila HR kilang lagi bijak bab patophysiology berbanding doktor...

    BalasPadam
  6. Nak tanya... Klinik mana yang boleh buat ujian quantiferon tb tu ye? Saya sedang mencari klinik yang boleh buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana2 klinik yang ada connection dengan private lab boleh buat.
      Tak pun boleh direct ke mana2 private lab.

      Padam