Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 November 2014

Aku dan Final Piala Malaysia 2014

Demam final Piala Malaysia bermula dengan kesungguhan mencari tiket.
Ramai juga kawan2 yang offer tiket kat aku.
Harga antara 70 hingga 150 ringgit sekeping.
Tinggal nak atau tidak.
Tapi semenjak pulang daripada Stadium Larkin tempohari,
aku belum bersedia untuk kembali ke stadium lagi.
Banyak sangat pengorbanan yang aku perlu lakukan.
Jadi untuk final kali ini,
aku tengok depan tv seperti selalu.
InsyaAllah.
Ini bukannya kali terakhir JDT masuk final.


Petang hari Sabtu.
Ramai kawan2 yang update status di FB dan Whatsapp.
Masing2 sedang menuju ke Bukit Jalil.
Walaupun perlawanan bermula jam 8.45 malam,
tapi pukul 2 petang dah kena sampai sana.
Khabarnya suasana memang cukup meriah.
Lebih 80 ribu penyokong kedua2 pasukan berkampung dalam stadium.
Menyanyi, menarik, bersorak dan bertepuk tangan tanpa jemu.
Semuanya demi menyokong pasukan tercinta.
Dalam Whatsapp macam2 provokasi daripada para penyokong diforwardkan.
Pasukan JDT kena belasah teruk.
Ada yang kata JDT pasukan lanun.
Diketuai oleh lanun.
Dan para penyokongnya juga adalah lanun.
JDT bukan pasukan negeri Johor.
Kerana tiada satupun pemainnya berasal daripada Johor.
Semuanya import daripada negeri2 lain.
Pedih rasa hati kena kutuk dalam FB.


Petang hari Sabtu.
Ketika ramai kawan2 pergi ke Bukit Jalil.
Aku pergi ke hari pembukaan pesta konvo UTM.
Aku ternampak sehelai jersi Pahang.
Last kopek kata penjualnya.
Lalu aku beli pada harga diskaun.
Malam itu aku pakai sambil bersorak depan tv.
Bukannya orang tahu pun.


Seorang anak saudara aku join geng BoysOfStraits.
Pasukan sorak paling happening di Malaysia setakat ini.
Dia memang fanatik gila dengan JDT.
Dia memang takda kerja lain.
Hidup JDT,
mati pun bersama JDT.
Statusnya di Whatsapp asyik cerita JDT sahaja.

Sepanjang separuh masa pertama,
aku tak nafi JDT memang banyak buat kesilapan.
Tapi pengulas2 di Astro Arena memang berat sebelah.
Komen2 negatif semua dituju kepada JDT.
Komen2 positif semua dituju kepada Pahang.
Tetapi bila JDT dapat score 2 gol,
senyap sekejap mereka.
Baru dengar komen2 positif daripada mereka.
Itupun kedengaran tidak ikhlas.


Separuh masa kedua,
JDT bermain lebih baik.
Serangan2 mereka lebih berbahaya.
Nasib juga menyebelahi mereka.
Lakonan Amri Yahya selepas kena tumbuk memang boleh menang award.
Nasib baik Pesta Filem Malaysia dah lepas.
Kalau tidak dia boleh masuk calon Pelakon Lelaki Terbaik.
Walaupun Pahang tinggal 10 orang,
semangat mereka bermain masih semacam 11 orang.
Gol penyamaan Pahang adalah sesuatu yang bodoh.
Itu anggapan Bojan Hodak.
Pertahanan JDT semuanya macam tergamam.
Tengokkan sahaja bola masuk gawang.
Selepas itu nasib memang tidak menyebelahi JDT.
JDT memang ditakdir tak boleh menang.
Peluang2 sure goal semuanya kena tiang ataupun tersasar.

Tambahan masa 30 minit pun langsung tak beri kesan.
Kemuncaknya ialah sepakan penalti yang diambil oleh Mat Yo.
Sepakan budak sekolah rendah.
Sepakan yang boleh dibaca oleh penjaga gol.
Dan penamatnya.
Pahang mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia mereka.
Kecemerlangan sepanjang musim pasukan JDT berakhir dengan kekecewaan.
Inilah bola sepak.
Inilah adat pertandingan.
Ada yang menang dan ada yang kalah.
Ada yang kata kalah bermaruah.
Betul ke?


Penyokong JDT ramai yang tidak dapat menerima kekalahan.
Gila teruk Mat Yo kena kutuk dalam Whatsapp dan FB.
Macam2 gambar dikeluarkan.
Macam2 jenaka dihasilkan.
Sebagaimana Mat Yo teruk kena belasah,
penyokong JDT apa kurangnya.
Mereka dituduh sombong, bongkak dan kurang ajar.
Mereka kata ini balasan Tuhan kepada para penyokong yang sombong.
Kalaulah setiap cercaan itu menjadi kudis,
rasanya badan aku tinggal tulang dan tengkorak sahaja.
Inilah kelemahan bangsa kita.
Inilah penyakit bangsa kita.
Bila miskin kita dibenci.
Bila susah kita dikeji.
Bila meminta kita dicaci.
Bila kaya kita didengki.
Bila lebih kita dikhianati.
Bila diberi kita diumpati.
Kita dicari bila dihajati.
Kita mati baru mereka puashati.


Kekalahan JDT bukan sebab pasukan yang lemah.
Nasib sememangnya tidak menyebelahi JDT.
Keadaan padang boleh juga menjadi punca.
Padang memang teruk.
Bukan sahaja Bojan Hodak yang cakap.
KJ pun mengakuinya.
Kos 1.5 juta ringgit langsung tak berbaloi.
Padang di Larkin juga Darul Makmur jauh lebih baik.
Rumputnya mudah tanggal.
Bola pun kurang melantun.

Apa2pun.
Tahniah kepada pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan.
Tahniah jugalah kepada pasukan JDT.
Betul kata TMJ.
Tak perlu lagi memandang ke belakang.
Kita kena terus pandang ke depan.
Matlamat memasuki kejuaraan kelab2 Asia dah tercapai.
Itu sebenarnya lebih utama daripada kejuaraan Piala Malaysia.


Ini kisah orang kampung yang berjiran dengan Feldaku.
Menemui ajalnya ketika menonton perlawanan akhir.
Al-Fatihah untuknya.

Kita jumpa lagi tahun hadapan.
Tahun hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sasaran kita bukan setakat Piala Malaysia sahaja.
Kita kena menakluki Asia.
Kita juga patut boleh menakluki dunia.

"Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzimku''


7 ulasan:

  1. Salam doc. Hee Luahkan Perasaanmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good tagline.
      Gave me idea to put new colour in this blog.

      Thanks wak.

      Padam
  2. apalah sangat mat yo sepak penalti x masuk. David beckham pun pernah time piala dunia dulu... relax la

    BalasPadam
  3. Err...saya masih tak faham. Tapi saya setuju dengan perenggan tentang sikap orang kita tu. Walaupun dah mati, tetap ada yang tak puas hati. Tetap dikeji2, diungkit2, cuma dalam bahasa berlapik sikit.

    BalasPadam
  4. Tahniah doc.. ini semangat kita mahu. Jika tidak mampu menyokong ketika kalah jangan bersorak ketika menang.. Luaskan kuasamu Johor!

    BalasPadam