Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 November 2014

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini.
Wife ajak jalan.
Ada kawan dia rekomen.
Ada tempat baru menjual ketam murah2 dan segar2.
Kata kawannya, 
"Dekat aje di Nusajaya sana."


Pukul 9:30 pagi Sabtu.
Aku bertolak daripada rumah.
Masuk highway Second Link ke Nusajaya.
Lepas tu keluar simpang menuju ke Gelang Patah.
Melalui jalan2 kampung menuju Jeti Kg Pendas.
20 km jaraknya daripada Nusajaya.
"Dekat aje katanya."


Pukul 10:30 pagi.
Akhirnya aku tiba di Jeti Pendas.
Banyak kereta2 daripada Singapura aku nampak.
Siap dengan polisterin dan ais batu dalam boot kereta.
Tetapi tak banyak aktiviti kelihatan.
Suasana sangat aman dan tenang.
Bila aku hampiri,
dimuara sungai kelihatan satu sampan kecil.
Tiga orang sedang mengasing2kan ketam daripada jaring mereka.
5-6 orang pelanggan sedang menunggu untuk membelinya.
Wife aku pun turut serta.
Memang segar kata wife.
Boleh pilih sendiri.
Ketam Bangkang/Ketam Bunga.
Sekilo 15 ringgit.


Ketika wife sibuk memilih ketam,
aku sibuk meninjau suasana.
Menyesal aku tak bawak DSLR dan lensa wide angle aku.
Tapi tak mengapa.
Kamera iPhone pun dah makin canggih sekarang.
Boleh kalah Canon DSLR aku nampaknya.


Selesai memerhati sekeliling jeti,
wife ajak aku masuk ke kawasan kampung nelayan.
Ada beberapa gerai kecil menjual hasil2 laut.
Harganya kurang 30% daripada harga dipasar basah.
Tapi yang penting semuanya masih segar.
Baru dinaikkan daripada laut.
Langsung tiada bau.
Seekor lalat pun aku tak jumpa.


Ini rupanya Kg Pendas.
Perkampungan nelayan Melayu tersorok dicelah2 rimbunan paya bakau.
Suasana sekitar jeti memang aman.
Udaranya bersih.
Langit pun cerah.
Apa yang aku perhatikan.
Kesemua nelayan adalah warga tempatan.
Kesemua nelayan adalah warga Melayu.
Dan kebanyakan pelanggannya bukan warga tempatan.


Ini kali pertama aku sampai di sini.
Dan semestinya bukan yang terakhir.
Wife dah jatuh cinta dengan tempat ini.
Lain kali kena datang lebih awal.
Sekitar pukul 9:00 pagi paling bagus.
Boleh pilih dan beli udang segar.
Paling bagus bawa bekas ais sekali.
Untuk mengekalkan kesegarannya.


Dalam perjalanan balik,
aku singgah di satu restoran terapung.
Restoran Saujana namanya.
Mula dibuka jam 12 tengahari.
Dan ditutup jam 12 malam.
Jadi boleh datang untuk lunch atau dinner sekali sekala di sini.
Memandangkan aku hanya berdua,
cadangan nak makan di sini aku tangguhkan dulu.
Kalau tengok pakej masakannya,
lebih kurang dengan Senibong rasanya.


Untuk perjalanan balik,
aku terus direct masuk highway Second Link.
Alahai.
Dah sampai area Pelabuhan Tanjung Pelepas rupanya.
45 km untuk sampai ke rumah aku di Kulaijaya.
Tapi Highway Second Link mana ada jem?
Tak sampai setengah jam dah sampai rumah.


Inilah hasil tangkapan hari ini.
Sedikit sotong dan ketam.
Wife tak beli ikan.
Sebab ikan tinggal yang paling besar dan paling kecil.
Yang biasa2 dah habis dibeli orang.


Salam Hujung Minggu kawan2!


2 ulasan:

  1. Memang segar2 sungguh nampaknya tu Doc. Saya mungkin akan jadi suri rumah tak lama lagi. Dah bolehlah saya nak angkut tong polisterine di hujung minggu untuk bershopping seafood. Hehehehe

    BalasPadam
  2. Okeh!!
    Port ni mmg ayah & adik ipar saya ( kaki pancing) ada bagitau..
    Balik JB nanti Insya Allah saya nak pergi

    BalasPadam