Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 November 2014

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hujung minggu ini.
Cuti penggal persekolahan pun bermula.
Belum apa2.
Anak bungsu aku dah ada program.
Walaupun aku dah pesan awal2 pasal program aku,
last minute baru dia beritahu.
Dia ada majlis khatam belajar persilatannya.
Ada majlis mandi bunga tujuh warna.
Ada baring atas kaca.
Dah macam belajar ilmu keballah pulak.

Awal pagi Sabtu.
Aku sepatutnya dah bertolak ke Kuala Lumpur.
Tetapi selepas subuh aku kena bertolak ke Desaru.
Teluk Ramunia untuk lebih spesifik.
Ambil anak bungsu aku dahulu di kem persilatannya.
Tak sampai hati nak tinggalkan dia.


Tengahari hari Sabtu.
Aku singgah pula di asrama anak sulung aku.
Mungkin ini kali terakhir aku melawatnya di asrama.
Peperiksaan SPMnya dah hampir tamat.
Bermakna persekolahannya di sini akan berakhir.
Lepas ini tak tahu pula kemana nak dituju.
Hanya Allah yang menentukan.

Pukul 4 petang.
Aku baru nak bertolak ke Kuala Lumpur.
Dijangka sebelum maghrib akan sampai dihotel.
Dan sempat aku menghadiri majlis perjumpaan semula jam 8 malam.
Malangnya,
jalan jem sangat teruk menuju ke Seremban.
Khabarnya ada kemalangan berhampiran RnR Seremban.
Tapi rasanya bukan sebab kemalangan.
Tetapi sebab ada kerja2 melebarkan jalan.
Jalan 3 lorong menjadi 2 lorong.
Apatahlagi bila kenderaan banyak.
Masing2 berlumba nak potong barisan.
Lagi lambatlah jadinya.

Pukul 6.30 petang aku masih belum lepas Seremban lagi.
Tapi aku sempat keluar Exit Port Dickson.
Melalui bandar Seremban dan ikut lebuhraya LEKAS.
Hujan turun sangat lebat masa tu.
Cuaca pun dah gelap.
Dan dalam kotak fikiranku.
Aku mungkin terlewat nak menghadiri reunion.
Dan kalau nasib tak baik,
aku mungkin terlepas reunion kali ini.


Pukul 8 malam.
Aku akhirnya selamat sampai di hotel.
Hotel lima bintang cadangan kawan2 di KL Central.
Nasib baik proses check in tak susah.
Dan terus hilang rasa penat bila memasuki bilik.
Segala2nya seperti yang ditulis dalam review.
Everything is perfect.

Melalui Agoda,
aku ambil pakej promosi Family Promo.
Aku dapat dua bilik bersebelahan.
Aku dapat dinner dan breakfast untuk 4 orang.
Aku dapat free parking.
Sebelum tidur,
ada orang hantar kek coklat ke dalam bilik.
Untuk pakej yang aku ambil ini,
waktu check out dianjak ke pukul 6 petang.
Tanpa ekstra bayaran.


Ini event utamanya.
Mini reunion untuk geng budak2 Medik UM 91/96.
Kali kedua selepas reunion kali pertama 2 tahun lepas.
25 orang berjaya menghadirkan diri kali ini.
Kebanyakannya pasangan suami isteri yang sama2 belajar dahulu.
Ada 7 pasangan semuanya.
Selebihnya ada yang datang daripada jauh.
Ada wakil daripada Utara.
Ada wakil daripada Sarawak.
Ada ramai juga wakil yang datang daripada Selatan.

Ikut program asal.
Majlis akan diadakan di Latest Recipe Le Meridien.
Tapi restoran tersebut ditutup untuk kerja2 pembaikan.
Dan memandangkan ramai yang dah booked hotel,
maka majlis dipindahkan ke Restoran Vasco di Hilton Kuala Lumpur.


Ada kawan2 datang seawal jam 7.30 malam.
Tapi aku tiba sekitar jam 9 malam bersama2 Jemie.
Masa aku datang semua dah kekenyangan.
Tapi sessi berborak masih lagi panas.
Memandangkan aku datang lambat,
aku dan Jemie ditempatkan di meja lain.
Jauh daripada kawan2.
Maka sempatlah aku menjamah makanan2 pelik yang jarang aku jumpa.
Kalau nak kira kenyang,
memang tak boleh kenyang.
Kebanyakan makanan adalah menu barat dan antarabangsa.
Memang tak sesuai dengan tekak orang Johor yang biasa makan Ayam Penyet dan Sambal Belacan.


Selepas selesai makan,
aku join kembali dengan kawan2 lama.
Ada yang sejak grad baru kali ini dapat jumpa.
Kebanyakan mereka langsung tak berubah.
Daripada segi fizikal mungkin ada sedikit perubahan.
Tetapi perangai semua masih sama.
Pukul 11 malam pun masih banyak lagi cerita yang hendak dikongsikan.
Pada waktu waiter sibuk mengemas untuk menutup restoran,
kami semua masih lagi berbual2.
Kami langsung tak hirau sekeliling.
Gila kau.
Cerita 18 tahun nak dipendekkan ke 2 jam mana cukup?


Kalau ikut jadual asal,
semua 7 orang kawan2 karib aku akan hadir ke reunion ini.
Tetapi biasalah.
Masing2 ada komitmen yang mungkin tak dapat dielak.
Jadinya hanya kami bertiga yang berjaya hadir.
Lepas dihotel,
kami menyambung bersembang dikedai mamak di Bangsar.
Walaupun bising dengan live bolasepak EPL,
tiada siapa nak kacau kami bersembang.


Kira2 pukul 2 pagi,
aku baru sampai di bilik hotel.
Tak puas rasanya bercerita dengan kawan2.
Oh ya!
Masa aku sedang duduk dilobi menunggu Jemie,
aku boleh terserempak dengan jiran lama masa kerja hospital dulu.
Dr Wong daripada Sg Buloh.
Inipun dah lama aku tak jumpa.
Rasanya dah lebih 10 tahun dah.
Sembang2 dengan dia hampir 10 minit.
Takpa.
Nanti boleh sambung dalam FB dan Whatsapp.


Pagi hari Ahad.
Aku masih berada di Kuala Lumpur.
Ini antara hotel terbaik pernah aku duduk.
Langsung tiada cacat cela.
Biliknya bersih dan luas.
Kelengkapannya cukup.
Aircondnya senyap.
Tilam dan bantalnya sangat empuk.
Pemandangan luar tingkat 29 sangat cantik.
Dan sarapan paginya adalah yang terbaik.
Pilihan makanannya cukup pelbagai.
Aku suka dengan nasi lemaknya.
Pilihan roti dan kuih muihnya memang superb.
Teringat2 sampai sekarang.
Kalau di tempat lain,
buah2nya dah siap dipotong2.
Di sini buah2an dihidang sebiji2.
Nak ambil epal 10 biji pun takda siapa larang.


Seharian di Kuala Lumpur.
Aku tak kemana2.
Aku duduk kat bilik sahaja.
Wife sibuk siapkan kerja2 pejabat dia.
Anak2 pula sibuk dengan gajet masing2.
Aku memang takda niat nak pergi shopping untuk trip kali ini.
Atas desakan anak2,
lepas zuhur aku jalan2 ke KL Central dibangunan sebelah.
Tengok orang.
Tengok manusia.
Tengok barang2 jualan.
Ramai betul manusia di Kuala Lumpur ini.


Pukul 4 petang.
Aku meninggalkan Kuala Lumpur.
Cadang nak ke pameran MAHA di Serdang.
Tetapi rasanya cuaca tak mengizinkan.
Mungkin aku terus sahaja pulang ke Johor Bahru.

Seperti dijangka.
Hujan turun sebaik sahaja aku sampai di Tol Sg Besi.
Maka kansel nak singgah di pameran MAHA.
InsyaAllah.
Hujung minggu ini aku akan ke Serdang.


Memandangkan hari dah petang dan perut dah lapar,
aku keluar di Tol Bangi.
Cadangnya nak pusing2 untuk cari tempat makan yang sesuai.
Lalu aku ternampak Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang baru dibuka.
Apalagi menyinggahlah kita.
Kalau ikut review di Foursquare.
Ramai yang gembira makan di sini.
Rasanya boleh tahan dan harganya berpatutan.
Cuma servis ada sedikit lambat.
Maklumlah restorannya sangat besar.
Yang datang pun ramai.
Jadi kena bersabarlah.
Selepas menunggu kira2 setengah jam,
satu-persatu makanan aku order pun sampai.
Paling sedap ialah kerabu mangga.
Yang lain seperti Siakap Tiga Rasa dan Tomyamnya biasa2 sahaja.


Pukul 7 malam.
Aku sampai di RnR Seremban.
Hujan turun sangat2 lebat.
Dan tidur adalah paling nikmat waktu itu.
Betul.
Wife aku yang teruskan memandu.
Aku tidur dibelakang.

Pukul 11 malam.
Aku selamat tiba di rumah.
Syukur alhamdulilah.


5 ulasan:

  1. sekali saja ke meridien tu. launching. tapi sebab sy terlupa makan, then sementara tunggu opening speech asyik refill saja carbonated drinks, kena la bertapa dalam toilet y cantik. seb bek cantik. hehe

    kami gathering lepas 5 tahun pun bersembang lupa dunia, inikan pula 18tahun. pasti lebih banyak alkisah nak dikongsi

    BalasPadam
  2. Lain kali masukan dalam list restoran Saba cyberjaya, doc. Memang tak menyesal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Nanti recce di Foursquare.

      Padam
  3. Seronok sangat saya baca trip Doc kali ni.... everything is beautiful.

    BalasPadam