Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 November 2014

Aku dan Isu Minggu Ini : Cermin Gelap

Di Malaysia,
ada dua jenis penguatkuasaan undang2.
Satu untuk rakyat biasa.
Satu untuk golongan elit.
Golongan elit termasuklah penguasa undang2, pegawai2 pemerintah dan kroni masing2.
Yang lain2 termasuk dalam golongan rakyat biasa.
Golongan yang terpaksa menurut perintah.
Golongan yang ditekan dengan pelbagai undang2.
Golongan yang dipaksa membayar pelbagai cukai dan juga saman.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Rasanya dah berpuluh tahun.
Isu cermin kereta gelap tak pernahnya nak selesai.
Setiap tahun JPJ akan kuatkuasa dan laksana undang2 baru.
Tapi rasanya bukan undang2 baru.
Undang2 dalam buku yang cuba dikuatkuasakan semula.
Sekatan jalan diadakan dimana2.
Saman akan dikenakan kepada yang menyalahi undang2.
Undang2 yang tak masuk akal.
Undang2 remeh-temeh.
Undang2 yang secara logik akal,
langsung tidak menyumbang kepada mencegah kemalangan.
Undang2 yang hanya menyusahkan rakyat biasa.
Undang2 yang hanya untuk menambah dana kerajaan.

Bermula 1 November lepas,
JPJ akan memulakan penguatkuasaan.
Kenderaan bercermin gelap.
Plat kereta yang tidak mematuhi spesifikasi.
Juga lampu HID yang menyilaukan mata.
Semuanya akan kena saman dan denda.

Daripada zaman tok kaduk lagi,
aku langsung tak setuju dengan undang2 ini.
Undang2 double standard.
Rasanya dah ramai yang tahu.
JPJ pun dah tahu.
Puspakom pun dah tahu.
Kereta2 recond seperti Wish, Estima, Alphard juga Vellfire.
Didatangkan daripada Jepun dengan bercermin gelap.
Cerminnya dah memang gelap dah.
Tak payah nak tambah tinted bagai.
Cermin yang dah diuji dan diluluskan di Jepun.
Tetapi tak lulus pengunaannya di Malaysia.
Aku tak tahu kenapa dan apa sebabnya.
Tetapi sebelum kereta2 tersebut dihantar ke Puspakom,
penjual2 kereta akan tukar sekejap ke cermin cerah.
Bila dah lulus,
mereka tukar ke cermin asal.
Ada hidden cost dikenakan kepada pembeli.
Ada salesman yang berani beritahu.
Tetapi kebanyakannya buat2 tak tahu dan sengaja tak nak beritahu.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Sebagai pembeli tak ramai yang tahu.
Mereka ingat semuanya legal.
Tetapi bila kena tahan dengan JPJ.
Barulah mereka tahu selama ini ianya adalah satu kesalahan.
Tetapi sepanjang 10 tahun aku pakai kereta aku yang bercermin gelap,
JPJ langsung tak pernah tahan aku.
Tetapi ada beberapa kawan lama aku di MEOG yang kena.
Kena bawa kereta ke JPJ untuk pemeriksaan.
Kena tukar ke cermin cerah.
Kalau tidak akan kena kompaun.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Sepanjang 10 tahun memakai cermin gelap,
tak sekali pun ianya menyumbang kepada kemalangan.
Pemandangan pemanduan langsung tidak terhalang.
Malah anak isteri dibelakang rasa lebih selesa.
Anak isteri dibelakang rasa lebih selamat.
Tinggalkan kereta ditempat awam rasa lebih selamat.
Memandu pun rasa lebih selesa.
Pengunaan pendingin hawa dapat dikurangkan.
Minyak lebih jimat.
Jadi apa masalahnya?
Cermin gelap mengundang kepada jenayah.
Penjenayah sukar dikenalpasti.
Itu antara alasan kerajaan.
Bodoh punya alasan.
Biasanya disekatan jalanraya,
pemandu akan turunkan cermin kereta.
Itu dah jadi satu budaya.
Mungkin betul.
Ada senjata tajam dalam kereta yang polis tak nampak.
Tapi kalau senjata letak bawah kaki.
Tapi kalau senjata letak dalam boot.
Polis boleh nampak ke kalau tak bukak kereta?
Undang2 sepatutnya menyenangkan.
Bukannya menyusahkan.

Satu lagi,
kenapa kereta golongan elit boleh bercermin gelap?
Mereka perlukan lebih privasi alasannya.
Tapi kenapa rakyat biasa tidak boleh lebih privasi?
Semua rakyat menggunakan jalan yang sama.
Semua rakyat membayar cukai dan tol yang sama.
Jadi kenapa mereka perlu diberi kelebihan?
Inilah namanya double standard.
Dua jenis penguatkuasaan undang2.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Dalam Facebook JPJ.
Ada beberapa gambar pegawai2 JPJ.
Menggunakan pembaris mengukur nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.
Nampak sangat janggal dan maaf cakap kelihatan bodoh.
Aku tak kutuk mereka.
Mereka hanya melaksana undang2.
Aku nak kutuk penguasa yang membuat undang2.
Ibarat memerangi penagihan dadah.
Kita bukan sahaja menangkap penagih dadah.
Kita juga menangkap penjual dan pengedarnya sekali.
Malah penjualnya dikenakan hukuman lebih berat.
Tetapi dalam menangani isu nombor plat tak ikut spesifikasi,
kenapa tak tangkap sekali penjual2nya dikedai aksesori kereta?
Itu nampak lebih cerdik.
Nak nampak lagi cerdik,
haramkan penjualan nombor plat dikedai2 aksesori.
Nombor plat hanya boleh didapati di pejabat2 JPJ.
Satu kereta hanya boleh ada satu set nombor yang standard.
Kalau nak ganti baru,
kena buat laporan di JPJ.
Dan hanya JPJ yang boleh mengeluarkan yang baru.
Jadi isu nombor plat tak ikut spesifikasi.
Isu nombor plat kereta palsu dapat dihentikan.
Kalau penjenayah nak merompak bank,
mereka takkan letak plat yang fancy gitu.
Sure awal2 lagi dah kena tahan dengan polis.
Jadi mereka akan letak plat palsu.
Plat yang cukup spesifikasinya.
Plat yang takkan disyaki oleh sesiapa.
Itulah ikut logik akal aku yang tak sekolah tinggi.
Juga apa kaitan nombor plat dengan mengurangkan kemalangan.
Sampai sekarang aku tak boleh nak faham.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Ada yang komen dalam FB.
Kenapa kerajaan asyik nak membebankan rakyat?
Kalau nak cari pendapatan lebih,
tak payahlah dengan asyik nak menyaman rakyat sahaja.
Tambahkan eksport kata mereka.
Jual lebih minyak sawit.
Jual lebih padi.
Jual lebih minyak petroleum.
Bukannya dengan memerah duit rakyat.
Bukannya dengan mengenakan saman yang bukan2.
Rakyat Malaysia pun tak takut dengan saman dah.
Tunggu hujung2 tahun nanti.
Akan ada Mega sales.
Bayar saman dengan diskaun.
Jadi saman bukan untuk mencegah.
Saman untuk mengumpul dana.

Gambar daripada FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Dan kalau betullah kerajaan nak sangat duit lebih.
Saman sahaja pemandu2 lori.
Lori sebesar dinosaur diparking ditempat2 awam.
Lori sebesar T-Rex diparking dijalan2 taman.
Kalau dijalanan,
diisi sepenuh2nya.
Lebih muatan.
Memandu tak ikut kelajuan ditetapkan.
Memotong di lebuhraya.
Tayar yang kurang bunga.
Brek yang kurang diservis.
Merekalah yang banyak menyumbang kepada kemalangan jalanraya.
Itu yang patut ditahan.
Itu yang patut ditangkap.
Bukannya kereta2 yang bertinted gelap.
Bukannya kereta2 yang berplat fancy.
Cuba tengok keadaan jalan antara Sengkang-Inas di Kulaijaya.
Tak pernahnya elok.
Tak sampai seminggu dibaiki,
ianya akan berlubang semula.
Kesan2 lori lebih muatan dapat dilihat pada permukaan jalan.
Ada JPJ buat pemantauan?
Ada JPJ buat tangkapan?
JPJ hanya menyorok disimpang2 jalan taman.
Menahan pemandu yang memandu tanpa cukai jalan.
Menahan kenderaan yang bercermin gelap.
Apa tujuannya?
Bukannya nak menyumbang kepada mengurangkan kemalangan.
Tetapi nak menambah dana kerajaan.

Aku tak kata undang2 ini menyusahkan.
Ianya ada kebaikannya juga.
Ada kenderaan yang bercermin sangat gelap.
Heavily tinted.
Memang langsung tak nampak apa2.
Ini patut disaman.
Begitu juga kereta2 yang dimodifikasi secara keterlaluan.
Bubuh skirting sampai menyapu jalan.
Bubuh spoiler macam nak terbang.
Bubuh gambar2 lucah.
Bubuh gambar2 hantu dan tengkorak.
Itu memang patut disaman.
Itu memang salah.
Itu boleh menyebabkan kemalangan.

Sementara itu.
Aku takkan buat apa2.
Aku nak tunggu dan lihat.
Setakat mana penguatkuasaannya kali ini.



4 ulasan:

  1. hangat2 tahi ayam saja. tangkap saja penjual kereta yang hantar untuk kereta diluluskan di JPJ tu. Diorg yang menipu sebenarnya. the real culprit.

    ada penjual tinted kereta pesan, kalau kena saman dgn JPJ, bawa je surat saman tu pada mereka, diorg akan setelkan. Ketara bukan bahawa diorg adalah pemberi rasuah pada anggota JPJ.

    BalasPadam
  2. Ini Bolehland bro...Bolehland...
    The Land where if u have power, u have crony, u are above the law.

    BalasPadam
  3. Saya semakin tak sabar nak menunggu pilihanraya akan datang. Masih boleh digula2kan kah rakyat Malaysia pada masa itu?

    BalasPadam