Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 November 2014

Aku dan MAHA 2014


Ada beberapa orang kawan pesan kat aku,
tak payahlah pergi ke pameran MAHA ini.
Orang sangat ramai.
Cuaca pun teruk.
Pagi sangat panas.
Dan petangnya hujan sangat lebat.
Aku pun memang dah berkira2 tak nak pergi.
Tetapi memandangkan dah janji dengan wife dan famili,
pagi Jumaat aku bertolak ke Serdang.
Cadangnya nak stay di sana sampai tengah malam.
Dan balik ke Johor pada hari yang sama.
Maklumlah anak bongsu aku nak ambik periksa Darjah Khas.


Tetapi rancangan aku gagal.
Kira2 10 km sahaja daripada lokasi,
hujan dah turun sangat lebat.
Jalan pun tak nampak.
Air pun penuh atas jalan raya.
Maka last minute,
aku tukar rancangan.
Aku terus sahaja ke Alamanda Putrajaya.
Memang takda harapan nak ke tapak lokasi.
Anak2 memang suka bila ke Alamanda.
10 kali lebih seronok banding ke tapak pameran MAHA katanya.
Ada aircond.
Ada aL-ikhsan.
Ada MPH.
Ada Toy R Us.


Malam itu aku tidur di UNITEN.
Hotel paling murah dan selesa yang aku jumpa di Agoda.
Dan awal pagi hari Sabtu.
Kira-kira pukul 9 pagi aku dah sampai di tapak lokasi.
Kenderaan dah banyak.
Orang dah ramai.
Cuaca pun dah makin panas.
Tetapi langit sangat biru.
Memang sesuai untuk jalan2 dan ambil gambar.


Ini kali kedua aku ke pameran MAHA.
Kali pertama kira2 4 tahun yang lalu.
4 tahun rasanya tak banyak perbezaan.
Cuma rasanya kali ini lebih sistematik.
Ramai petugas yang menunjuk arah.
Papan2 tanda pun besar2 dan mudah difahami.
Cuma bila manusia terlalu ramai,
kepala jadi berserabut.
Dan nak baca papan tanda pun jadi malas.


Sampai sahaja di sana,
aku ikut sahaja apa orang lain buat.
Aku terus sahaja beratur untuk menaiki bas.
Aku mula dengan ikut Laluan B.
Aku berhenti di Laman Fortikultur.
Laman ciptaan Jabatan Pertanian Malaysia.
Di sebelah luar ada satu gerabak keretapi lama.
Dihias cantik dengan barang2 terbuang.
Siap masuk dalam Malaysia Book of Records.
" Largest Fruits & Plants Garden in Recycleable Materials ".
Taman2 di sini memang cantik.
Pokok2nya menghijau dan kelihatan sangat subur.
Banyak pamplet yang aku pungut.
Pamplet mengajar cara2 nak menanam pokok dirumah.
Bila aku mendaftar dipintu masuk,
aku diberi sekampit baja.
Boleh guna sebagai permulaan untuk menanam katanya.


Selepas Laman Fortikultur,
aku ke pameran Rumah Negeri pulak.
Setiap negeri ada rumah sendiri.
Setiap rumah menunjukkan keunikan negeri masing2.
Selain pameran,
ada juga jualan produk2 yang khas didatangkan daripada negeri masing2.
Setiap rumah aku hanya lalu sahaja.
Kecuali dua negeri yang wajib singgah.
Johor Darul Takzim.
Dan rumah yang paling lama aku singgah,
tentunya Terengganu Darul Iman.
Bila wife dah nampak ada jualan batik di sini,
memang lamalah aku kena tunggu.


Rasanya hampir sejam aku di rumah Terengganu.
Dapatlah wife beli batik beberapa pasang.
Dan sempatlah aku tengok susahnya nak menenun songket.
Memang patutlah harganya beribu2.
Kerja tangannya sangat rumit.
Aku tengok benang yang digunakan pun,
naik juling bijik mata aku.


Selepas melawat rumah2 negeri,
aku kembali menaiki bas.
Aku sekadar lalu di Laman Nanas, Laman Padi dan Laman Ternakan.
Laman Sayur & Herba,
Laman Ternakan juga Laman Jentera,
aku pun cuma lalu sahaja.
Cuaca dah makin panas.
Kaki dah makin penat.
Aku singgah sebentar di Laman Perikanan.
Tengok gelagat orang ramai memancing udang galah.
10 ringgit untuk sejam.
Kalau dapat udang itu rezeki.
Dan siapa dapat tangkap udang paling berat,
dapat lagi hadiah 1000 ringgit.
Aku juga singgah di pameran penangkapan ikan tuna.
Ada satu syarikat besar daripada China,
dibenarkan menangkap ikan tuna secara besar2an diperairan kita.
Orang kita bila lagi?


Bila cuaca makin panas,
aku makin tak tahan.
Lalu aku kembali menaiki bas,
dan balik semula ke Laman Tiba.
Aku kena paksa jalan kaki menaiki bukit,
untuk masuk ke Dewan Pameran Utama.
Ada macam2 pameran oleh agensi2 kerajaan dan swasta.
4 tahun dulu aku banyak menghabiskan masa di sini.
Tetapi kali ini tidak lagi.
Ruang2 pameran kelihatan lebih maju dan interaktif berbanding dahulu.
Tetapi memandangkan ianya tiada kaitan dengan hidupku,
semuanya langsung dah tak menarik minatku.
Anak2 pun dah sibuk mengajak balik.


Sebelum balik,
aku cuba menjengah ke ruang Popular Dish.
Satu dewan yang penuh dengan gerai2 menjual makanan dan minuman.
Makanan semua negeri di Malaysia ada di sini.
Tinggal sediakan duit dan perut sahaja.
Semua gerai meriah dengan pelanggan.
Semua kerusi dan meja dipenuhi manusia.
Aku malas nak menunggu giliran.


Sebelum balik,
aku lalu di ruang jualan pokok dan bunga.
Aku lalu juga di ruang menjual buah2an.
Aku cuma lalu sahaja.
Memang takda niat nak membeli.
Tetapi aku perhatikan.
Jualan memang cukup laris.
Kuasa membeli orang kita masih kuat.
Terutama hal2 berkait dengan makanan.


Pukul 1.30 tengahari.
Aku meninggalkan tapak lokasi.
Sebagaimana banyak kenderaan meninggalkan tapak lokasi,
banyak juga yang baru datang.
Walaupun ramai petugas membantu aliran trafik,
kenderaan masih juga diletak sesuka hati.
Sepatutnya mereka lebih tegas.
Kenderaan tidak boleh diletak dibahu jalan2 utama.


Mungkin ini kali terakhir aku ke MAHA.
Anak2 semakin tak berminat nak melawat tempat2 seperti ini.
Langsung tiada tarikan untuk mereka.
Apatahlagi dengan cuaca yang panas,
dan manusia yang memenuhi setiap ruang.
Aku pun dah semakin tak berminat nampaknya.
Nasib baik aku bawa kamera besar.
Kalau setakat bawa phone kamera,
rasanya pukul 10 aku dah balik dah.
Sekiranya aku datang lagi,
aku kena bawa troli ataupun beg galas.
Senang nak mengangkut barang2 cenderahati.
Senang nak letak pamplet yang dikutip.
Senang nak beli itu dan ini.
Kerana setiap kali aku nak beli barang.
Aku nak kena angkut sekeliling tapak pameran.
Boleh putus jari.


Pukul 3 petang.
Aku tiba di Seremban.
Aku ikut lebuhraya LEKAS untuk elak jem di Nilai.
Bila dah sampai Seremban,
wife ajak pusing2 tengok tempat dia belajar di Sikamat.
Mengingat kembali nostalgia masa belajar dahulu.
Hidup susah tanpa banyak wang.
Hati senang tanpa banyak masalah.


Pukul 4 petang.
Aku masih berada di Seremban.
Hujan sudah mula turun.
Khabarnya hujan turun sangat lebat di tapak pameran.
Ada kawan sedang berada di tapak pameran memberitahu.
Aku dah agak dah.
4 tahun dulu pun macam tu jugak.


Kesimpulannya.
Aku bangga jadi rakyat Malaysia.
Negara kita memang kaya dengan sumber2.
Teknologi yang kita ada pun setaraf dengan negara2 maju.
Luaskan Kuasamu Johor!
Malaysia Boleh!
Jumpa lagi tahun depan.



3 ulasan:

  1. saya gagal lagi utk ke maha tahun ini
    dah beberapa tahun gagal
    hehehehhe
    pernah pi 2 kali je, itu pun ntah tahun bila pi ye

    itulah
    tahun ni kena bayar parking ye

    BalasPadam
  2. Alamak, best pula ye
    Saya nak pergi juga
    tapi tersangkut sebab banyak urusan lain.
    Apapun, terima kasih Doktor Zul atas berita & gambar2 menarik... :)

    BalasPadam
  3. bestnya g maha...sy duduk di bangi pon x berkesempatan ke sana....
    terima kasih atas gambar yang menarik :)

    BalasPadam