Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Disember 2014

Aku dan Banjir Mega 2014

Malaysia dilanda musibah lagi.
Ketika ramai yang bercuti hujung tahun.
Di dalam malah di luar negara.
Di negeri2 Pantai Timur.
Ramai yang sedang bertarung dengan nyawa.
Ramai yang kehilangan harta benda.
Ramai yang kehilangan segala2nya.
Ramai juga yang kehilangan nyawa.

Nasib rumah abang kepada sahabatku di Machang Kelantan

Ketika ramai yang bercuti sempena krismas.
Dan menyambung ke sambutan tahun baru.
Ada ramai warga kita kesejukan dan kelaparan.
Air banjir dah naik sampai ke bumbung.
Rumah dah hanyut dibawa arus.
Kenderaan juga tenggelam dan tak boleh dihidupkan.
Bekalan makanan dah kehabisan.
Pakaian hanya sehelai sepinggang.
Kepada siapa mereka perlu bergantung harapan?

Dr Muzafar didepan rumahnya yang 40 tahun tak pernah banjir

Ketika PM pergi bercuti dan bermain golf di Hawaii.
Ketika LGE pergi bercuti di New Zealand.
Ketika pemimpin2 negara ramai tiada didalam negara.
Ramai rakyat yang terputus hubungan dengan dunia luar.
Negeri dah jadi pulau.
Sungai dah jadi lautan.
Jalan raya ditenggelami air.
Jambatan dihanyutkan.
Hasil tanaman rosak.
Bekalan minyak dan diesel kehabisan.
Tiada bekalan air bersih.
Tiada bekalan elektrik.
Tempat penempatan banjir juga ditenggelami air.
Bantuan sukar diberikan.
Arus air terlalu deras.
Helikopter tidak boleh nak mendarat.
Kepada siapa mereka perlu bergantung harapan?



Melalui cerita2 kedai kopi,
banjir kali ini memang tahap mega.
Orang2 yang dah biasa mengalami banjir memang terkejut.
Tak ramai bersedia menghadapi situasi ini.
Air naik sangat pantas dan mendadak.
Dan air yang datang bukannya sedikit.
Naik ke paras bumbung dalam masa yang singkat.
Tempat yang 40 tahun tak pernah naik air pun kena banjir jugak.
Jadi walaupun semua menjangka akan ada banjir,
tetapi tidaklah seteruk ini.


Bila ada musibah atau bencana alam seperti ini.
Sepatutnya ia menjadi sebab untuk rakyat bersatu-padu.
Tetapi ini tidak berlaku sekarang.
Membaca tulisan2 di FB memang menyedihkan.
Masing2 saling menyalahkan antara satu sama lain.
Memandang bencana paling teruk di negeri dikuasai pembangkang,
lebih2 lagilah ceritanya.
Kerajaan pusat menyalahkan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri menyalahkan kerajaan pusat.
Masing2 dikatakan gagal dalam melaksanakan pelan tindakan.
Bergaduh di FB memang takda siapa yang menang.
Walaupun semua orang cuba menunjukkan kepandaian masing2,
Semua orang akan kalah.



Ada satu golongan yang berada ditengah2.
Kerajaan bukan, pembangkang pun bukan.
Golongan yang hanya nak menaikkan rating page masing2.
Golongan ini tidak kira geng politik mana.
Dua2 dibelasahnya.
Semua cerita2 spekulasi disiarkan.
Macam2 gambar disebarkan.
Betul ke tidak lain cerita.
Macam2 rayuan, keluhan, rintihan dan ayat lepas geram disebarkan.
Benar atau palsu kemudian cerita.
Malangnya ramai yang percaya.
Ada 10 orang mati lemas terperangkap dalam rumah di Guchil, Kuala Krai.
Ada 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana ketiadaan oksigen.
Jambatan Sultan Yahya Petra Kota Bahru dah tergelincir daripada tiang asal.
Lepas tu masing2 komen ikut sesedap rasa.
Masing2 macam tiada kerja.
Masing2 nak jadi keyboard warrior.
Daripada membuang masa menulis yang bukan2,
lebih baik pergi mengumpul barang2 yang boleh disedekahkan.
Itu lebih baik daripada membaca dan menulis tak tentu hala.

Bila ada bencana dan musibah sebesar ini,
ramai ahli politik yang merasakan ini adalah peluang baik.
Peluang untuk menunjukkan keperihatinan mereka.
Bergambar dalam air banjir.
Bergambar dan bersalam dengan warga tua.
Bergambar dengan bayi dipangkuan.
Bergambar memikul beras.
Bergambar memimpin kanak2.
Itu semua klise.
Dah ramai orang buat.
Jadi carilah idea lain wahai YB.
Tetapi sebenarnya ramai YB yang dah turun padang.
Cuma gambarnya sahaja yang tak ditunjukkan.
Termasuk YB daripada parti2 pembangkang.
Jadi sepatutnya tiada isu.
Parti pembangkang tidak buat kerja.
Parti pembangkang tidak ambil berat.
Cuma media arus perdana bukan dibawah kawalan mereka.
Cuba tengok kes di Kluang.
Tok penghulu boleh menghalau wakil parti pembangkang daripada memberi bantuan.
Entahlah apa nak jadi dengan Malaysia ini?

Untuk musim banjir kali ini.
PM kita teruk kena belasah.
Ramai sungguh keyboard warrior yang menghentamnya.
Apa pentingnya dia pergi main golf dengan Barrack Obama?
Apa alasannya dia tak berani mengisytiharkan darurat di Kelantan?
Walaupun ramai yang menghentamnya,
ramai juga yang mempertahankannya.
Main golf itu penting.
Apatahlagi main golf ketika cuti krimas bersama Obama.
Manusia Paling Berkuasa Di Dunia ketika ini.
Tak semua orang boleh berbuat begini.
Macam2 boleh dibincangkan katanya.
Lebih memberi faedah kepada negara.
Lagipun TPM kan ada.
Katakan PM ada di Malaysia sekalipun.
Adakah air banjir akan cepat surut?
Adakah helikopter boleh mendarat di atas air?
Adakah bot2 bantuan boleh menyeberangi air yang deras?
Tetapi dalam politik,
rakyat tidak akan mengingati kita dengan jasa2 kita.
Rakyat mengingati kita dengan kebodohan dan kesilapan kita.
Dan sedikit kesilapan itulah yang boleh membawa bencana.
Walaupun PM tak boleh buat apa2 di Malaysia,
sekurang2nya tak payah tunjuk gambar sedang memukul bola golf di luar negara.
Rakyat sedang menilai semua itu.
Dan pembangkang lebih senang buat kerja.


Menurut ramalan kaji cuaca hari ini,
hujan di Pantai Timur sepatutnya semakin berkurangan.
Hujan kini menuju ke selatan pula.
Ada khabar angin kata hujan lebat akan melanda Johor 3 hari 3 malam.
Entah betul entah tidak kita tunggu dan lihat.


Walaupun di FB dan internet semuanya nampak caca-merba,
realitinya sebilangan besar rakyat Malaysia memang prihatin dengan nasib mangsa2 banjir.
Yang sibuk komplen di FB tak ramai rupanya.
Lebih ramai yang sibuk bekerja.
Lebih ramai yang sibuk menguruskan tabung derma.
Lebih ramai yang sibuk menguruskan pengumpulan barang2 keperluan untuk didermakan.
Masing2 bekerja tanpa disuruh.
Masing2 bekerja tanpa mengharapkan balasan.
Apatahlagi nak nama disiarkan dalam media massa arus perdana.
Masing2 bekerja atas nama keikhlasan dan amal jariah.
Dan biar Tuhan yang memberi balasannya.
Ini hari mereka.
Mungkin satu hari nanti giliran kita pula.

Aku tabik kepada majoriti rakyat Malaysia yang prihatin.
Semoga berlipat kali ganda balasan pahala daripadaNya.



6 ulasan:

  1. Doc,
    Apapun, kita perlu hati-hati dengan kutipan derma ke tabung banjir - terutama yang minta masukkan ke akaun bank - mungkin ada yang ambil kesempatan.
    Cuma ingatan untuk kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Part derma wang ringgit masuk akaun memang kena hati2.
      Part kutip derma tepi2 jalan pun sama.
      Ramai yg ambil kesempatan.

      Padam
  2. Kebetulan saya ada seorang rakan sekerja yang bergerak dari sana. Kami rasa mudah kerana ada yang dipercayai disana.

    BalasPadam
  3. Salam. Hee semoga banjir segera surut.

    BalasPadam
  4. Kisah di Kluang tu saya tak pernah dengar. Tu masa kes banjir besar 2006 dulu ke?

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainailahirojiun...

    Saya agak hati2 dengan saluran menderma. Kalau saluran rasmi macam media prima ka.. atau tv alhijrah ka.. atau rtm atau astro... saya ok. Syukur dah jumpa saluran tepat yang updates nya boleh diikuti melalui facebook. Bukan berkira...tapi kita tidak mahu ada yang mengambil kesempatan.

    BalasPadam