Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Disember 2014

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi hari Sabtu.
Aku bawa wife ke Jeti Pendas Laut lagi.
Dah lama rasanya tak makan ketam segar.
Kali ini aku bawa wide angle aku.
Sebab memang niat nak ambil gambar.
Tak puashati dengan hasil kali pertama dahulu.


Tetapi malangnya cuaca kurang mengizinkan.
Sampai sana terus sahaja mendung.
Awan hitam mula berarak.
Dalam 10 minit kemudian,
hujan turun dengan lebatnya.
Namun hujan bukan penghalang.
Gerai2 ikan tetap dibuka.
Wife tetap bersemangat pilih ikan2 dan ketam segar.
Hasil laut yang baru dinaikkan.
Hasil laut yang belum jumpa ais.


Pukul 10 aku balik ke rumah.
Dapat ketam juga siput gonggong.
Hari ini tak payah makan nasi.
Makan Ketam Black Pepper sahaja.
Anak2 pun sama.


Petang hari Sabtu.
Aku bawa famili ke Dataran Iskandar di Nusajaya.
Ada Iskarnival.
Ada Pameran daripada syarikat2 dan badan2 kerajaan.
Ada Ekspo Hartanah.
Ada Pameran Kerjaya dan Pendidikan.
Ada Pesta Makanan Johor.
Ada konsert artis2 ternama.


Ini kali kedua aku ke Iskarnival.
Suasananya lebih kurang sama macam tahun lepas.
Tapi kali ini nampak lebih meriah.
Ramai sungguh orang yang datang.
Ramai sanggup parking jauh2 dan berjalan kaki ke tapak karnival.
Padahal banyak lagi ruang parking disekitar pejabat2 kerajaan.


Aku sebenarnya tak suka ke tapak2 pesta sebegini.
Aku tak suka tempat yang ramai orang.
Tetapi sebab dikhabarkan ada pameran pendidikan,
aku ingat nak tengok apa2 course yang bagus untuk lepasan SPM.
Itu yang aku bawa anak2 sekali.
Tetapi apa yang ada?
Semuanya jauh tersasar daripada bidang yang anak aku minati.
Yang lain2 ibarat ulangan karnival atau ekspo yang aku pernah pergi.
Balik2 menjual benda yang sama.
Balik2 promote benda yang sama.
Walaupun tak beli apa2,
tangan masih penuh masa balik.
Banyak sangat pamplet yang diambil.
Terutama pakej2 pelancongan luar negara.
Tapi sekarang bukan masa sesuai untuk melancong.
Bila harga minyak turun,
nilai ringgit juga turun.
Boleh demam kalau nak ke Singapura.


Malam Sabtu.
Aku balik ke kampung.
Ada majlis aqiqah dan cukur jambul.
Anak saudara belah wife aku.
Anak saudara yang kahwin setahun yang lepas.
Mereka dah dapat anak lelaki.
Bagus sungguh budaknya.
Tidur sahaja sepanjang majlis.
Langsung tak buka mata.
Langsung tak menangis.
Semoga besar menjadi anak yang soleh.


Hujung minggu yang sibuk.
Penat jalan ke sana-sini.
Penat ke MAHA pun belum hilang lagi.
Ditambah lagi dengan kena hujan dan kena panas.
Rasanya,
satu dua hari ini pasti kena demam.
Inipun dah sakit2 satu badan.


Malam ini.
Harimau Malaya lawan Vietnam.
Start game pukul 8 malam.
Jadi nak kerja malam ke tidak ya?

Salam hujung minggu kawan2!




3 ulasan:

  1. Hujung minggu ni, Insya Allah saya akan balik ke JB..
    Mmg dah plan nak ke Jeti Pendas tu...:)

    BalasPadam
  2. 2 - 1 kan malam tadi.... ;) ..

    keja tak..?!

    BalasPadam
  3. Mgu lepas x ke mn....layan dapur...membaking je....

    BalasPadam