Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Disember 2014

Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh Hari 2

Hari Khamis.
Hari pertama aku di Kuala Terengganu.
Pukul 7.30 pagi aku dah start enjin kereta.
Wife ajak ke Pasar Payang.
Kami cadang nak memasak sendiri sarapan pagi dan makan tengahari.
Jimat sikit kos.
Semalam dinner kat tepi pantai di Marang.
Dahlah ikan2nya tak segar,
harganya pun agak mahal banding selalu.
Padaku hal2 makan ni yang penting sedap.
Harga kemudian cerita.
Tetapi kalau kedainya kotor,
lauk sedap jadi tak sedap,
masa tu baru bising pasal harga.


Pasar Payang hanya 3 km jaraknya dari rumah homestay.
Masa aku sampai pekedai2 baru susun2 barang.
Jadi akulah yang menolong menyusun sekali.
Banyak juga wife aku membeli.
Sayur, ulam2an, ikan juga ayam.
Macam nak makan untuk beberapa hari.
Padahal untuk dua kali masak sahaja.
Ini sebab dah terbiasa masa kat rumah.
Kalau ke pasar memang beli borong untuk seminggu punya.


Sampai di rumah homestay kami sama2 memasak.
Nasi goreng beserta ayam goreng.
Memang lebih untung banding beli di luar.
Musim tengkujuh.
Juga mungkin aku orang luar.
Jadi harga kira lain.
Nasi Kerabu dengan seketul ayam dan sedikit daging dah RM 4.50.
Itupun makan tak kenyang.


Selepas sarapan aku melepak aje dalam rumah sampai tengahari.
Baca berita pasal banjir,
tengok gambar2 mangsa banjir dan keadaan banjir di Kelantan,
seriau jugak aku.
Jangan tak dapat balik Johor sudah ler.
Kat luar sana memang mendung sepanjang hari.
Angin boleh tahan kuatnya.
Hujan pun turun sekali sekala.
Tapi aku dah jadi macam orang tempatan,
buat donno aje.
Takda langsung panik.
Takda sibuk2 nak beli dan simpan stok barang2.
Masing2 redha dengan ketentuan Ilahi.


Pukul 12 tengahari wife dah siap memasak.
Ada ikan kembung masak asam pedas,
ada sayur kobis goreng,
ada sambal belacan.
Dah namanya Masterchef.
Walaupun kelengkapan didapur homestay agak terhad,
wife gunakan sahaja kelengkapan yang ada.
Tak perlu pening itu takda ini takda,
yang penting creative thinking.


Pukul 3 petang aku keluar daripada rumah homestay.
Atas cadangan kawan,
aku pergi mencari Keropok Lekor BTS 2209.
Keropok paling sedap di Kuala Terengganu.
Kalau tak kena harinya,
kena ambil nombor giliran macam di Tudung Fareeda Bangi.
Nak beli keropok kena tunggu setengah jam.
Keropok panas yang baru siap direbus.


Lokasinya ditepi jalan menghala ke Seberang Takir.
Hebat juga kedainya.
Boleh nampak pekerja2nya sedang sibuk menguli tepung.
Boleh nampak periuk2 besar atas api sedang merebus keropok.
Nasib aku memang baik.
Pelanggan tak ramai.
Tak perlu ambil nombor giliran.
Boleh order dan terus dapat.
Bayar dan boleh terus makan.
Makan di situ ataupun bawa balik.
Seperti ditulis di Foursquare.
Tak rugi menunggu lama.
Sangat2 berbaloi.
Keropok paling sedap pernah aku makan.
Tiada yang boleh lawan keropok2 yang aku pernah beli di Johor.
Tak sampai 10 minit,
10 ringgit keropok lenyap dibaham penyokong2 Harimau Selatan.


Pukul 4 petang aku tiba di hotel penginapan.
Masa mencari2 hotel yang sesuai untuk famili,
wife kata jangan cari yang di atas pulau.
Jangan cari yang di tepi sungai.
Jangan cari yang di tepi pantai.
Maka inilah hotel pilihanku.
Hotel yang patuh syariah.
TH Hotel & Convention Center di Jalan Lapangan Terbang.
Depannya ada stadium runtuh.
Manakala sebelahnya ialah Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Memang agak jauh daripada bandar.
Jauh daripada laut.
Jauh daripada sungai.
Rasa lebih selamat.


Hotel ini memang masih baru.
Lebih kurang baru setahun beroperasi.
Aku walk-in sahaja.
Ada diskaun untuk kakitangan kerajaan.
Bilik memang banyak kosong.
Tetapi pukul 5 pun bilik tak siap lagi.
Heran sungguh aku.
Jadi aku jalan2 ke tepi pantai Teluk Ketapang dulu.
Tengok laut,
tengok ombak.


Pukul 6 petang.
Akhirnya aku dapat bilik aku.
Biliknya memang masih baru.
Standard roomnya memang luas.
Karpetnya tebal.
Aircondnya senyap.
Pemandangan luarnya menuju ke kolam renang.
Aku memang tak nak komplen apa2 pasal bilik.
Memang berbaloi dengan harga RM220/semalam.


Lepas maghrib aku kembali semula ke bandar.
Wife nak pergi ke Desa Murni Batik.
Dah beberapa hari tak mencuci mata.
Desa Murni Batik ni memang syarikat yang besar.
Merekalah yang menaja jersi pasukan bolasepak Terengganu.
Mereka dah ada 5 cawangan disekitar Terengganu.
Mereka bukan setakat menjual batik.
Mereka juga menjual barang2 keperluan harian juga.
Sekarang tengah ada promosi besar2an.
Semua barang ada diskaun 30%.


Pukul 10 malam aku mencari restoran untuk dinner.
Aku terpandang satu restoran yang nampak meriah berhampiran dengan hotel.
Restoran De Tunggal.
Restorannya bersih.
Layanannya cepat.
Makanannya boleh tahan.
Anak2 langsung tak komplen apa2.
Cuma padaku pinggan makanannya agak kecil.
Kena makan dengan cermat kalau tidak bertabur nasi atas meja.
Harganya memang sedikit mahal.
Tetapi masih berbaloi pada firasatku.


Pukul 11 malam aku kembali ke bilik hotel.
Layan tengok tv yang patuh syariah sampai ke awal pagi.


Bersambung lagi.


1 ulasan:

  1. Doc, kalau booking awal2 di booking.com mungkin dapat harga lebih murah. Saya dan husband memang suka TH hotel nie...

    BalasPadam