Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Disember 2014

Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh Hari 3

Hari ini aku bangun lewat sedikit.
Pukul 9 baru nak pergi bersarapan.
Kami bersarapan di cafe hotel.
Dah kira dalam harga bilik sekali.
Aku suka segala makanan yang dihidangkan.
Ada nasi kerabu.
Ada nasi dagang.
Dua2 sedap.
Memang original hidangan Terengganu.
Tak perlu susah2 nak cari di luar hotel.


Pukul 10 pagi aku dah checked out.
Aktiviti hari ini adalah shopping sahaja.
Wife nak memborong batik.
Jadi tiada tempat lain lagi nak dituju.
Pasar Payang dan sekitarnya.
Tak perlu pergi muzium.
Tak perlu pergi pantai.
Tak perlu pergi tempat2 peranginan.
Pasar Payang dah cukup.


Terengganu makin cantik dan bersih.
Tapi suasana dalam pasar masih tak berubah.
Kedai2nya masih macam dulu.
Kedainya kecil2.
Barang2 disusun rapat2.
Barang2 melimpah sampai ke ruang jalan kaki.
Laluannya sempit.
Tapi inilah keunikannya.
Inilah tarikannya.


Diluar pasar.
Ada satu lorong.
Ada grafiti dan hasil seni orang tempatan.
Dinding yang usang dan comot dicat semula.
Menjadi 'kertas' untuk orang2 seni berkarya.
Tapi tak semua orang menghargainya.
Lukisan yang cantik pun ada yang nak mencantikkannya.
Manusia oh manusia!


Pukul 1 tengahari.
Aku hantar wife ke Desa Murni Batik sekali lagi.
Manakala aku pergi sembahyang jumaat di Masjid Kg Losong.
Terkejut juga aku dan anak2.
Masjid Kristal dah azan zohor,
tapi masjid Kg Losong masih lagi lengang.
5 minit lepas azan baru orang kampung mula datang.
Bilal dan imamnya pun dah masuk kategori pencen.
Ngantuk gila aku mendengar khutbah yang disampaikan.


Lepas jumaat aku cadang nak beli keropok lagi.
Kalau ikut cerita orang2 luar,
keropok lekor di Kg Losong memang tiada tandingannya.
Jadi aku belilah sedikit untuk ole2.
Tapi keropok lekor semalam memang tak boleh lawan.
Terutama yang ada bubuh cheese didalamnya.
Maka atas desakan anak2 aku kena kembali ke tempat semalam.
Malangnya.
" Pergi kedai nak beli keropok,
kedai pulak tutup... ".
Hampa gila.
Terkilan sebab tak terus beli banyak2 semalam.


Pukul 4.00 petang.
Aku meninggalkan Kuala Terengganu.
Ikut jalan tepi pantai menuju Kuantan.
Hujan memang lebat sepanjang jalan.
Jadi tak boleh nak singgah mana2.
Perjalanan terasa sangat jauh.
Kereta pun tak boleh nak pandu laju.
Tapi nasib baik tak jumpa banjir.


Pukul 9 malam aku tiba di Beserah.
Malam ini tidur di homestay bersama2 ahli keluarga yang lain.
Esok ada rombongan nak pergi meminang Putri Gunung Ledang.

Bersambung lagi...





1 ulasan:

  1. Ha....kan? Breakfast dia sedap. Daging bakar dia memang marveles kan Doc. Tapi saya tak pernah ke keropok lekor yg Doc pergi tu. Next time nak cari. Seberang Takir yer?

    BalasPadam