Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Disember 2014

Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh


Awal pagi hari Rabu.
Aku memulakan penjelajahanku.
Walaupun aku tahu cuaca tak menentu.
Walaupun aku tahu mungkin akan menempuhi banjir.
Aku teruskan juga penjelajahanku kali ini.
Dah beberapa tahun aku tangguh.
Kali ini apa nak jadi jadilah.
Terengganu,
Mu tunggu aku datang!


Pukul 8 pagi.
Aku tiba di Restoran Kari Kambing 40 Hari di yang terletak di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng.
Ramai dah mencuba kari kambing di sini.
Ramai yang beri komen positif pasal gerai ini.
Maka sebelum apa2 berlaku,
mari kita try dulu.
Masa aku sampai,
orang memang agak ramai.
Tapi masih ada meja yang kosong.
Anak2 semua try Roti Telur Bawang dengan Kari Kambing.
Aku pula nak try Mee Rebus.
Tak sanggup nak makan Nasi Arab pagi2 buta.
Takut tak boleh nak drive nanti.
Keseluruhannya,
kari di sini memang sedap.
Walaupun agak manis tapi terasa rempah2nya.
Mee Rebus nya pun OK.
Memang lama betul aku tak makan Mee Rebus.
Aku pasti akan datang lagi untuk try Nasi Arabnya.
Mungkin ramai tertanya2,
kenapa nama gerainya 40 hari.
Khabarnya gerai ini ditutup selama 3 hari selepas 40 hari kerja tanpa cuti.
Ada notis ditulis bila gerai itu akan ditutup.


Pukul 9 pagi.
Aku menyambung perjalananku.
Sampai di Segamat langit dah mula gelap.
Hujan lebat bermula daripada Bandar Muazam,
dan seterusnya sampailah di Kuala Terengganu.
Aku mencuba jalan baru di Lebuhraya Pantai Timur.
Yang baru dibuka sepenuhnya sampai di Jabur sahaja.
Lepas tu kena pusing sana dan pusing sini.
Sebab banyak bahagian jalan masih ditutup sebab belum siap.
Asalnya dijangka tiba jam 4.30 petang.
Tapi pukul 7 malam aku masih lagi berada di Marang.
Asyik sangat tengok laut yang berombak kuat,
juga langit yang sangat gelap.
Angin pun kuat semacam.
Macam nak tunggu ribut datang suasananya.
Tapi hanya kami yang excited.
Orang2 tempatan buat donno aje aku tengok.


Untuk cuti kali ini,
aku memang main redah aje.
Langsung takda booking mana2 bilik hotel.
Bila dekat2 nak sampai aku suruh wife cari rumah homestay kat internet.
Cari paling dekat dengan bandar.
Cari paling dekat dengan Pasar Payang.
Cari yang ada dapur untuk memasak.
Cari yang ada banyak bilik.
Dipendekkan cerita.
Aku dapat satu rumah teres 2 tingkat.
Ada 4 bilik dan 3 bilik air.
Dekat dengan Kuala Terengganu Specialist Hospital.
Hanya 2.8 km ke Pasar Payang.
Ibarat macam duduk kat rumah.
Semuanya lengkap.
Kalau nak masuk 2-3 famili lagi pun boleh.
Harganya cuma RM150/semalam.


Ketika anak2 bujangku bersorak tengok Malaysia vs Thailand.
Aku dah tertidur.
Gila penat memandu hampir 600km.
Aku memang tak rancang apa2.
Takda niat nak melawat muzium.
Takda niat nak mandi kolam.
Takda niat nak menjelajah tempat2 tumpuan.
Takda niat nak cari tempat2 makan eksotik.
Aku cuma nak lari dari klinik.
Aku cuma nak jauh dari persekitaran biasa.
Dan merasai suasana banjir mungkin boleh masuk dalam senarai.


Bersambung.


6 ulasan:

  1. mendungnya cuaca

    kari kambing 40 hari tu mmg sedap
    nasi arab dia sedap
    pi la try nanti masa perjalanan balik dari terengganu
    hehehehehhehe

    selamat bercuti!

    BalasPadam
  2. - Okeh,saya akan try Kari Kambing 40 Hari tu...hahahaha..

    - Saya dah buat " kerja gila" ni...jalan2 ke Terengganu pada musim tengkujuh..saya buat tahun 2012 dulu, ada saya tulis di blog...seronok sebab:
    1- hotel2 banyak kosong, dan harga murah...Time ni la kalau nak dpt bilik murah kat Tg Jara Resort...hahaha...tapi tak best nya, kalau hujan sepanjang masa..nak jalan2 dalam resort pun tak dapat..
    2- seronok tgk ombak pantai yang amat amat kuat..

    Saya nyaris nyaris terperangkap dalam banjir dan tak dapat balik Shah Alam..mujur saya awal sehari, sebelum banjir teruk sampai ke Cherating/Kuantan pun air naik!

    Have fun!
    Moga tak terperangkap sebab banjir :)

    BalasPadam
  3. bestnya... nanti nk try la trip jalan2 tanpa tujuan.
    tapi nk mencuba nasib dengan cuaca mungkin belum la.

    nak bawak mak n famili la.. mesti best escapade gini

    BalasPadam
  4. dimana sebenarnya lokasi Kari Kambing 40 hari ni??

    penah buat kerja gila gi melaka jer so far hehe..

    BalasPadam
  5. hahaha :D

    Jalan juga ye, Doc?
    Hmm.. nak melepaskan stres dan tension pun bagus tu,,,
    Tahun lepas masa ni, saya temankan kawan nak hantar bantuan untuk mangsa banjir di Tgganu
    Tapi sampai Kuantan je, sebab jalan dah naik air
    Akhirnya, kami kirim barang2 tu pada NGO di Kuantan je

    BalasPadam