Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Disember 2014

Aku Bukan Ali Si Tukang Kasut

Tazkirah hari ini:


Abdullah bin Mubarak adalah seorang ahli tasawuf dan pakar hadith.
Beliau terkenal sebagai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu,
antaranya bidang bahasa dan kesusasteraan.
Pada mulanya beliau seorang peniaga yang kaya-raya.
Kemudian beliau memilih kehidupan sebagai ahli tasawuf yang berdisiplin tinggi.

Fariduddin Al-Attar menceritakan,
Abdullah menunaikan ibadah haji di Makkah.
Ketika itu beliau tinggal di Makkah.
Jadi perjalanan beliau ke sana singkat sahaja.
Abdullah cuba menunaikan ibadah haji sebaik mungkin,
dengan menyempurnakan setiap langkah dan rukun haji dengan berhati2 serta ikhlas.
Hatinya berasa puas dan beliau berdoa bersungguh2
supaya ibadah hajinya diterima Allah.
Sebaik selesai urusan,
Abdullah pulang ke rumahnya di Makkah dan berehat.
Oleh kerana terlalu penat,
beliau tertidur lalu bermimpi.

Dalam mimpinya Abdullah melihat dua malaikat turun dari langit.
Malaikat pertama bertanya kepada malaikat kedua,
" Berapa ramai orang yang mengunjungi rumah Allah tahun ini? "
Malaikat kedua menjawab,
" 600 ribu orang. "
Malaikat pertama bertanya lagi,
" Berapa ramai pula yang diterima ibadah hajinya? "
Malaikat kedua menjawab,
" Tiada seorang pun! "

Mendengar perbualan itu,
tubuh badan Abdullah menjadi gementar,
lalu beliau menjerit kepada malaikat dalam mimpi itu,
" Apa?
Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dan lembah-lembah dengan bersusah-payah,
malah meredah padang pasir.
Namun semua itu sia-sia? "

Malaikat menjawab,
" Terdapat seorang tukang kasut dikota Damascus, bernama Ali bin Muwaffaq.
Beliau tidak datang ke sini.
namun ibadah hajinya diterima dan segala kesalahannya diampuni oleh Allah s.w.t. "
Apabila tersedar daripada mimpinya itu,
Abdullah berkata kepada dirinya,
" Saya mesti pergi ke Damascus dan mencari Ali bin Muwaffaq. "

Didorong oleh keinginan yang tinggi bagi menemui Ali,
Abdullah segera berangkat ke kota itu dengan berjalan kaki.
Apabila sampai di sana,
Abdullah berjaya mengesan tempat tinggal Ali dengan mudah lalu berjumpa dengannya.
Selepas mendengar kisah mimpi Abdullah,
Ali berasa sungguh gembira hingga jatuh pengsan.
Apabila Ali kembali sedar,
beliau menceritakan pengalamannya kepada Abdullah.

" Sudah 30 tahun saya bercita2 mahu menunaikan ibadah haji.
Hasil pekerjaan membuat kasut,
saya menyimpan wang sedikit demi sedikit sehingga berjumlah 350 dirham.
Saya bertekad akan pergi ke Mekah tahun ini.
Kemudian pada suatu hari,
isteri saya yang sedang hamil mengidam dan beliau tercium bau makanan
dari rumah jiran sebelah. "

" Isteri meminta saya supaya pergi meminta sedikit daging yang dimasak oleh jiran kami itu.
Lalu saya pergi ke rumah jiran dan memaklumkan hasrat saya.
Namun begitu, tiba-tiba jiran saya menangis.
Katanya,
" Sudah tiga hari anak-anak saya tidak makan.
Siang tadi saya terjumpa bangkai seekor keldai,
lalu memasak sedikit dagingnya.
Makanan ini halal untuk kami,
namun tidak halal untuk saudara. "

" Saya berasa sedih mendengar dan melihat keadaan anak jiran kami.
Lalu saya ambil wang simpanan haji berjumlah 350 dirham
dan serahkan kepada dia.
Saya meminta dia menggunakan wang tersebut untuk anak-anaknya.
Itulah ibadah haji saya. "

Abdullah menjawab,
" Sekiranya begitu,
ternyata benar apa yang dikatakan oleh malaikat2 dalam mimpiku itu.
Penguasa kerajaan syurga juga,
benar-benar adil dalam pertimbanganNya. "

Nabi Muhammad s.a.w menyatakan,
" Ada dua golongan manusia yang benar2 dicemburui oleh orang lain.
Pertama, manusia yang dianugerahkan Allah s.w.t kitab suci Al-Quran,
lalu dibaca siang dan malam.
Kedua, manusia yang dianugerahkan kekayaan harta,
lalu digunakan harta itu ke jalan yang disukai oleh Allah,
siang dan malam. "
Hadith direkod oleh Muslim dan Bukhari.

Sempena musibah banjir besar di Pantai Timur.
Marilah kita sama2 menghulur bantuan apa yang terdaya.
Walaupun sedikit,
yang penting keikhlasan.
Semoga Allah membalas dengan berlipat kali ganda.

Terima kasih.



4 ulasan:

  1. Doc Zoul,

    Terima kasih di atas perkongsian. Barakallah fikum.

    BalasPadam
  2. Teringat dulu Doktor Zoul kata serabut dan nak urai kekusutan dengan ke Mekah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mengingatkan.
      InsyaAllah tuan.
      Terima kasih.

      Padam