Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Disember 2014

Aku Dah Bosan Menjadi Doktor Bertauliah (2)

25 tahun dahulu. 
Aku pernah berjanji pada diriku sendiri.
Kalau aku dapat jadi doktor,
aku ingin berbakti kepada masyarakat sekeliling.
Selepas 25 tahun,
janji2 ini masih aku pegang.
Selepas 25 tahun,
aku rasa aku masih belum berubah.
Walaupun dunia seolah2 semakin anti dengan doktor sepertiku.

Awal minggu ini.
Ada seorang kawan share satu status di FB.
Mengeluh pasal satu klinik dikampungku.
Dia kata doktor charged mahal.
Siap tunjuk bukti dan ada resit sekali.
Itu takpa.
Membaca komen2 daripada kawan2nya yang membuat aku lebih sakit hati.
Benarlah.
Doktor bukan lagi satu pekerjaan yang mulia.
Doktor GP terutamanya.
Doktor GP semuanya nak cepat kaya.
Doktor GP hanya nampak duit sahaja.
Doktor GP hanya fikir bisnes sahaja.

20 tahun aku dah jadi doktor.
10 tahun aku dah jadi doktor GP.
Kalau boleh hari ini juga aku nak berhenti.
Kalau boleh hari ini juga aku nak tutup bisnes aku.
Aku nak cari kerja lain.
Jadi tukang masak.
Jadi penulis.
Jadi fotografer.
Jadilah apa sahaja asalkan bukan doktor.


Aku tak salahkan doktor ini.
Charged 100 ringgit untuk sakit demam selsema sahaja.
Tak salah.
Kalau bawak ke tribunal pun masih boleh menang.
Consultation fee boleh charged maksimum RM125.00.
Memang tiada salahnya daripada segi undang2.
Memang tiada salahnya daripada segi etika.
Cuma.
Dari segi moral ianya agak tak berpatutan.
Penduduk sekitar klinik kebanyakannya adalah pekerja2 swasta.
Gaji pun tak lebih 3 ribu sebulan.
Secara logik akal,
patutkah doktor charged sampai seratus ringgit?
Memanglah tak salah.
Nak charged maksimum consultation pun boleh.
Tetapi pelanggan adalah satu pengiklanan yang paling berkesan.
Satu pelanggan yang puashati akan memberitahu 10 orang yang lain.
10 orang akan memberitahu kepada 10 orang yang lain.
Begitu juga sebaliknya.
Dan kalau dah share kat FB bagaimanakah impaknya?
Boleh demam senggugut untuk nak recover balik imej yang tercalar.

Doktor GP sepertiku memang sentiasa dalam dilemma.
Antara memberi perkhidmatan terbaik.
Tetapi mengenakan kos paling minimum.
Katakan seorang pakcik datang dengan complete pakej.
Darah tinggi, sakit jantung, gout, kencing manis, malah ada demam selsema juga.
Berapa banyak ubat yang boleh diberi.
Berapa lama stok ubat yang boleh diberi.
Anak beri bajet 50 ringgit aje sebulan untuk kos ubatan.
Takkan aku nak beri ubat sampai seratus ringgit.
Antara pakcik tu yang demam ataupun aku yang demam.
Nak suruh ke hospital memang susahlah.
Apatahlagi nak suruh masuk wad.
Lari pakcik tu nanti.
Kadang2 aku pun pening.
Beri ubat yang murah sakit tak terkawal.
Beri ubat yang mahal dah tak datang lagi.
Lepas tu jaja sana-sini kata klinik charged mahal.
Doktornya nak cepat kaya.
Doktornya nak cepat naik haji.
Doktornya nak beli motor besar.
Tapi orang2 yang selalu berkira seperti ini,
tak pernah pula berkira bila beli handphone mahal2.
Tak pernah pula berkira beli produk2 kecantikan.
Tak pernah pula berkira beli pil supplement mahal2.

Inilah orang kita.
Muka nak cantik.
Handphone nak mahal.
Kereta nak bersolek.
Makan nak sedap.
Tapi kesihatan malas nak jaga.
Kalau boleh kesihatan nak yang percuma.
Ubat nak murah.
Consultation nak free.
Dan tak nak tunggu lama2 bila nak jumpa doktor.

Aku rasa kerajaan memang perlu naikkan kos rawatan di hospital.
Harga seringgit patutnya dah lama dinaikkan.
20 ringgit sekurang2nya.
Sebab apa.
Bila kos rawatan terlalu murah,
rakyat menjadi sambil lewa.
Langsung tak kisah pasal kesihatan mereka.
" Apa aku kisah,
kalau sakit pergilah ke hospital. "
Nak datang pukul berapa pun tak kisah.
Ada hospital buka 24 jam.
Batuk selsema pun pukul 2pagi boleh ke unit kecemasan.
Bayar seringgit sahaja pulak tu.
Cuba kos dinaikkan kepada 20 ringgit.
Rakyat akan mula berkira2 bila nak ke hospital.

Satu lagi.
Mentaliti rakyat perlu diubah.
Kos rawatan kesihatan tak murah sebenarnya.
Sebab mentaliti rakyat masih seringgit,
jadi bila klinik swasta charged sampai 100 ringgit memang terbeliak biji mata.
Itu yang keluar macam2 cerita.
Mana mereka fikir berapa susahnya nak jadi doktor.
Berapa kos 7 tahun nak belajar jadi doktor.
Lepas tu kena kerja siang malam.
Lepas tu duduk klinik siang dan malam.
Hari2 cuti pun pesakit masih mencari.
Ada mangkuk ayun kata doktor tak kena GST.
Ada mangkuk ayun kata doktor tak payah bayar lesen perniagaan.
Ada mangkuk ayun kata doktor banyak dapat subsidi.
Ada mangkuk ayun kata doktor tak perlu bayar income tax.
Inilah mentaliti rakyat kita.
Memang susah nak ubah.


Cuba tengok poster di atas.
Aku nak gelak sambil guling2 boleh?
Di Malaysia dah tak perlu susah-payah nak jadi doktor.
Gelaran doktor memang senang nak dapat.
Tak payah belajar perubatan 5 tahun.
Tak payah ada MBBS atau MD.
Sertailah Perubatan Elektronik.
Boleh pakai white coat.
Boleh bubuh stetoskop kat leher.
Boleh dapat gelaran doktor.
Dan kerjanya menipu rakyat Malaysia.
Modalnya cuma air paip sahaja.
Buka hospital sendiri.
Buka universiti sendiri.
Letak gelaran professor kangkung kat nama sendiri.
Malah gelaran Sir pun boleh letak.
Tiada siapa nak pertikaikan.
Dan KKM langsung tak nak ambil tindakan.
Diluar bidang kuasa mereka katanya.

Aku memang tak galak anak2ku jadi doktor perubatan.
Belajar sepatutnya susah.
Bekerja pun sepatutnya lagi susah.
Kerja tak tentu masa.
Tidur tak tentu masa.
Kena buli dengan senior doctor.
Kena buli dengan specialist.
Kena buli dengan consultant.
Kena marah dengan pesakit.
Kena herdik dengan waris pesakit.
Kecewa kerana sistem.
Kecewa dengan pentadbiran.
Kecewa dengan pengarah hospital.
Kecewa dengan pesakit.
Pesakit tak nak dengar cakap.
Pesakit tak nak datang untuk temujanji.
Pesakit lebih percaya kepada bomoh.
Pesakit lebih percaya kepada ubat2 tradisional.
Pesakit lebih suka rawatan alternatif.

Tetapi.
Andaikata anak2ku dah tekad memang nak jadi doktor.
Dan bersedia menghadapi semua ini.
Dengan besar hati aku akan carikan modal untuk mereka belajar.
Sementara itu.
Aku tengah menyediakan resume.
Nak mencari kerja baru.
Ada kerja kosong tak?


19 ulasan:

  1. Assalamualaikum, I feel for you. I agree with your note here. Memang kita sebagai healthcare workers sangat serba salah. Some people think its their right to get free medical treatment, but are willing to pay hundreds & thousands of dollars for their alternative supplement/ rawatan/ beauty products in the name of prevention & cure.

    Doctors yang ada business sendiri, while they are making money themselves, at the same time kena bayar for the business sustainability tu jugak. Itu kerja diorang, their occupation. As a job, you deserve your gaji. Sama macam kalau kerja jadi cikgu, you deserve to get your gaji, right. So why pertikaikan the charge?

    And healthcare business is not like business jual shaklee or jual asap. Government banyak sangat kasi subsidi to the klinic kesihatan, hospital, etc and thats why orang2 yg pergi to these healthcare premises tak nampak. Cuba kita tunjuk spreadshit of the cost of each item--> blood tests, syringes, alcohol swab, medicine, electricity utk guna computer setiap kali jumpa patient tu, air utk basuh tangan after jumpa setiap patient to minimize infection risks, etc dan termasukla service consultation. Hence, that's how much probably you pay for each GP clinic visit.
    RM100 yes nampak banyak sangat, but kalau doctor buat kerja cincai & charge murah supaya patient tu kekal sakit & datang kat dia semula, agaknye tu yg the public nak. There are reasons why some people need some tests, some people just need consultation. Tak semua patients sama macam cube Lego. And yes kesihatan is your right, but only if you are taking all the appropriate steps to look after yourself first... not smoking, no alcohol drinking, no illicit drugs, senaman keep active, tak gemok, jaga makan, jaga tido, jaga emosi, jaga keperluan spiritual, etc.. then the healthcare is your rights.

    Your rights to eat, patut ke people give you food for free kat warung2 because it is your right to eat?

    Everything in this world is a business, all have their own costs; monetary, time, energy, emotional costs. Memang banyak yg tak nampak semua tu. Contoh, when you are attending an office family day. Cuba fikir the time & energy spent to prepare the food, to kemas rumah, to make sure semuanye berjalan lancar. Tambah lagi kalau ada ahli-ahli buat pasal tak nak tolong ke apa, dah naik kos emosi kat situ. Apatah lagi the money spent for that particular event. Datang plak tetamu-tetamu ni yg datang amik food sebanyak-banytaknye (esp kalau buffet lah), then siap nak bawak balik coz its their right to food so nak bawak balik utk ahli keluarga diorang.. maklum la office punye function, aku kerja situ, aku layak bawak balik semua ni utk anak2 aku. Heh...
    And of course the tuan rumah hafta buat sehabis baik lah nak kasi semua cukup semua kenyang, and tak membazir, etc. Kalau sekadar buat ala kadar, air minum pun setengah gelas utk setiap tetamu, kerusi takde, sayur lunyai, tissue kain lap takde, etc, and buat tetamu mcm pengemis je, tu semua sangat2 tak patut.

    Contoh saja ni. But in healthcare, similarly, a business in itself. Both the system & patients kena la respect each other. Of course banyak lagi menda to point out on each side. We cant control the system. We can only look after ourselves.

    And since this article is about frustration of how some patients are, there, this is my 2 cents as a healthcare worker.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for sharing.

      Brilliant observation.
      Nicely written.

      Padam
    2. Sgt2 setuju dgn bro Dahlan..

      Padam
  2. Salam Doktor,

    Janganlah begitu. Masih ramai lagi yang percaya dan memerlukan khidmat Dr di Malaysia ni.
    Kekecewaan Dr memang saya tak boleh nak faham,
    Kesukaran Dr memang saya tak boleh nak hadam,
    Keperitan Dr memang saya tak boleh nak telan,
    kerana saya bukan siapa2.

    terlalu ramai pesakit yang tak faham dilemma Dr
    terlalu ramai yang meletakkan takdir mereka pada Dr dan menyalahkan bila ada yang tak kena
    terlalu ramai manusia yang mempergunakan title Dr sewenangnya
    Masyarakat kita sudah saling tak percaya.

    tapi jangan putus asa.
    masih ada yang mengharap
    masih ada yang faham Dr bukan Tuhan tapi ikhtiar
    masih ada yang bergantung mengharap belas Dr memberi harapan kepada kesakitan mereka
    masih ada yang percaya Dr adalah hero dalam diam

    Dari,
    Selamanya-bukan-orang-sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good thoughts ieda iedana. Thanks for the kind words :)

      Padam
    2. Thanks ieda iedana..
      Thanx also to A~24 n Zoul Dahlan..

      Padam
  3. barangkali GP kena bagi itemised bill kot pada pesakit supaya x lagi dipersalahkan sebegini (printing cost mesti masuk dalam bil ya).
    RM100 mahal? macam x percaya.
    kesihatan memang mahal harganya.

    dan tambahan lagi, ramai sana sini y promote bekam sekarang ni. tahap kebersihan sangatla saya ragui.

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan Ieda. Saya suka baca luahan hati Doc, sebab cuba nak memahami.
    Saya tak berapa berkira dalam soal pembayaran perubatan. Selagi mampu, kami cuba cari yang terbaik.
    Saya tak berapa percaya pada supplement sebab saya tahu ramai yang palsu dari yang benar.
    Saya tak berapa galakkan anak saya jadi doc juga sebab saya jadi takut dia tak berupaya menghadapinya.
    Tapi, anak saya entah kenapa minat pula..
    Tapi, anak saya tak berapa berpotensi kot...
    Tapi, saya nak cuba beri sokongan sedaya saya sebab saya tahu niatnya baik dan ikhlas...
    Jadi hero bukan untuk dihargai. Jadi hero bukan untuk kaya. Sebaliknya, jadi hero, banyaaaaaaak yang terpaksa dikorbankan.
    Cuma, bila tabah dan ikhlas macam Doc dan rakan2 Doc yang lain....saya yakin anda semua sangat kaya dengan pahala...hasil doa2 dari pesakit yang tak mampu mebalas budi dengan harta dunia...
    Saya yakin, walau sekarang anda semua serik dan perit, tapi di akhirat nanti anda semualah yang paling kaya.....
    Saya akan doakan anda semua terus tabah dan sabar. Semoga murah rezeki tuan2 semua dunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat2 setuju dgn Aziela..
      Semoga kita 1Msia makin sihat, makin bahgia, makin sejahtera n senantiasa dlm lindunganNya... Aamiiiin....

      Padam
  5. Jom pakat jadi bomoh

    -HO cabuk-

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Nak jadi cleaner..dpt jugak pahale.bersih separuh drp iman. ;-)

      Padam
  7. Seriously, saya sedang berusaha beralih arah ke bisnes lain, yang tiada tekanan dari kementerian/ kaki MC / dan lain lain yg sewaktu dengannya. :)

    BalasPadam
  8. kalaulah bill ubat2 dan semua perkhidmatan yg mereka terima di klinik2 government di itemised kan bill nya, baru diaorg akan tahu sbnrnya pegi gp dan byr rm100 itu sudah cukup murah. i'm not a gp tp saya bersama anda semua dlm isu DS ini....

    BalasPadam
  9. Tuan, bosan tu perkara biasa. sabar ye

    BalasPadam
  10. Tiba2 entri ini menjadi viral sehari dua ini.
    Ada orang share di FB.
    3 ribu hits sepanjang hari ini.

    BalasPadam
  11. Wah..!! Tahniah la utk semua ya..

    BalasPadam