Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Disember 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Dah ramai dah doktor kat Malaysia ni...

Anda ingat lagi dengan pesakit ini?
Ini sambungan kisah kehidupannya.

Selepas aku keluarkan air daripada lututnya,
beliau masih kena berulang-alik ke hospital besar.
Luka dipaha dan kakinya semakin membesar dan bernanah.
Selepas 2 minggu dibiarkan,
beliau menjalani pembedahan membuang tisu2 mati dipaha dan kakinya.
Banyak tisu yang dibuang meninggalkan lubang besar dikakinya.
Doktor menyuruh beliau mencuci luka dikakinya setiap hari.
Mula2nya beliau ke klinik 1Malaysia.
Lama-kelamaan beliau bosan kerana 'nurse cuci lebih kurang sahaja'.
Beliau pernah beberapa kali datang cuci luka denganku.
Tetapi bila kontraknya sebagai pengawal keselamatan ditamatkan,
beliau sudah tidak lagi jadi panel denganku,
maka beliau pun mencuci lukanya sendiri di rumah.

Beliau selamat dinikahkan pada 29 November yang lalu.
Dua hari sebelum hari akad nikah beliau demam kuat.
Beberapa 'papan Panadol' dia telan.
Namun demamnya kembali berulang.
Selepas tamat majlis pernikahan dan persandingannya di Pahang,
beliau terus bergegas balik ke Johor.
Isteri barunya ditinggalkan.
Demamnya masih naik turun.
Dia minta dirawat di Johor kerana semua rekod ada di Johor.
Lebih mudah katanya.
Malam ahad beliau pergi ke Unit Kecemasan hospital daerah.
Demamnya lebih 40 darjah.
Seperti biasa doktor terus buat ujian darah.
Doktor kata ini bukan demam denggi.
Sel darah putihnya 22 ribu.
Bermakna ada jangkitan dalam badannya.
Tetapi yang penting bukan demam denggi.

Nak diceritakan di sini.
Doktor hanya beri kertas preskripsi.
Esok pagi datang semula untuk ambil antibiotik.
Tak perlu masuk wad.
Tak perlu masuk drip.
Tak perlu tahu kenapa demam tak baik2.
Doktor enggan tengok keadaan kakinya yang berbalut.
Doktor kata ini kes hospital besar.
Biar doktor hospital besar yang handle.
Sebab tarikh temujanji 2 Disember tidaklah lama lagi.
Itulah yang diceritakan ibunya kepadaku.

Petang hari Ahad.
Dia datang ke klinik.
Demamnya masih 38 darjah.
Teruk juga aku tengok keadaannya.
Tanpa perlu menunggu tarikh 2 Disember.
Aku buka balutannya.
Luka dikakinya kering dan bersih.
Tetapi lututnya bengkak dan panas.
Sekali tengok pun dah tahu.
Ada nanah terkumpul dalam lututnya.
Tanpa perlu menunggu tarikh 2 Disember.
Aku potong sedikit bengkak dilututnya.
Kira-kira 100cc nanah pekat keluar daripada lututnya.

Entri ini bukan nak tunjuk akulah hero.
Entri ini bukan nak mencari kesalahan doktor2 kerajaan.
Entri ini hanya untuk bacaan sahaja.
Juga sebagai koleksi cerita pesakit2 aku untuk ulangkaji akan datang.

Semua orang boleh jadi doktor.
Tak susah nak dapat degree doktor.
Ada lebih 30 fakulti perubatan di Malaysia sekarang.
Ada duit semua boleh jadi.
Tak perlu keputusan SPM sangat cemerlang.
Tak perlu CGPA 4 flat.
Ada duit semua boleh.
Dan zaman sekarang,
jadi distributor jual air beroksigen pun boleh dapat gelaran doktor.
Tiada siapa yang melarang.
Kerajaan pun buat2 tak tahu sahaja.
Tapi doktor sepatutnya bukan sekadar nama gelaran.
Doktor didatangkan dengan tanggungjawab yang besar.
Memanglah doktor bukannya tuhan.
Tetapi doktor perlu usaha sepenuh hati untuk merawat pesakit.
Doktor perlu buat kerja dengan ikhlas.
Bukannya setakat nak habiskan waktu kerja sif sahaja.
Jangan jadikan kerja yang banyak sebagai alasan.
Jangan jadikan pesakit yang ramai sebagai alasan.
Setiap pesakit yang datang kepada kita perlu dilayan sewajarnya.
Pesakit datang dengan seribu harapan.
Menolong meminta disembuhkan.
Menolong mendapatkan penjelasan.
Bukannya dirawat secara sambil lewa.

Surat Houseman kepada Perdana Menteri

Aku dah malas nak cerita.
Setiap hari ada sahaja komen negatif tentang kerjaya doktor.
Dalam blog, dalam FB malah dalam suratkhabar pun ada.
Macam aku cakap sebelum ini.
Kerjaya doktor bukannya mudah.
Kerjaya doktor bukannya kerja waktu pejabat.
Kerjaya doktor kena main dengan darah, muntah, nanah, kencing malah najis juga.
Kerjaya doktor berkait rapat dengan nyawa manusia.
Jadi latihan sepatutnya macam latihan nak jadi askar komando.
Kena marah, kena maki, kena herdik sepatutnya jadi benda biasa.
Tidur 3-4 jam sehari sepatutnya jadi benda biasa.
Ini tidak.
Nak jadi doktor,
tapi tak boleh kerja lebih sikit.
tapi tak boleh kena marah sikit.
tapi tak boleh kena tengking sikit.
Sikit2 nak mengeluh.
Sikit2 nak mengadu.
Sikit2 nak tulis dalam FB dan Twitter.

Aku memang tak galakkan anak2ku jadi doktor.
Malah aku selalu cerita hal2 negatif dengan mereka.
Kerja banyak, rehat kurang, gaji sederhana.
Tetapi kalau cerita2 aku digunakan sebagai motivasi untuk mereka,
maka teruskanlah niat murni tersebut.
Tugas doktor adalah sangat murni.
Berbakti kepada pesakit banyak balasannya.
Kalau tidak di dunia di akhirat sana.


Selamat Hari Selasa kawan2!



5 ulasan:

  1. setuju 200%.

    mmg doktor bukannya Tuhan, tapi tanggungjawab seorang doktor yang benar2 doktor x ringan.
    pandangan saya, saat angkat ikrar as doktor, nyawa pesakit tergalas di bahu.

    alangkan ditawar sebagai jururawat pun saya x sanggup, guru pun saya tolak, apatah lagi nak jadi doktor, nak umumkan saat kematian, kegagalan pembedahan, hati saya masih belum cukup kuat.

    BalasPadam
  2. Tahniah utk doktor2 yg berkorban jiwa dan raga....bkn doktor aje....semua profesion juga begitu....buatlah yg terbaik dan seikhlas hati

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Dr. I just wanna ask your opinion about housemanship in Malaysia. Since we all knew the fact that Malaysia has been prooducing too much new doctors nowadays (even in the country), what is your suggestion for overseas graduate on this matter? Do you think it's better for us to get the housemanship from the country we graduated?

    BalasPadam
  4. selamat malam rabu Dr .Zoul ... ;)

    moga lebih ramai lg Doktor2 yang berwibawa macam Dr...

    BalasPadam