Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Disember 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit No 1:

Seorang makcik berusia lewat 60-an.
Pernah dimasukkan ke wad kira2 7 tahun yang lalu.
Disahkan menghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi.
Sejak 7 tahun kebelakangan ini,
beliau asyik berpindah klinik.
Tetapi tidak pernah ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan.
Beliau kata lebih baik mati daripada masuk hospital kerajaan.
Mungkin ada peristiwa pahit masa masuk hospital 7 tahun dahulu.
Tetapi beliau enggan memberitahuku.
Sejak 7 tahun kebelakangan ini,
beliau asyik berpindah randah kerana ikut anak2nya.
Anak2nya bergilir2 menjaganya.
Dan sebulan ini beliau sering ke klinik aku.
Anak menantunya adalah salah seorang pesakit tegarku.
Pertama kali datang ke klinik aku,
aku lihat kaki tangannya semua bengkak.
Nafasnya pendek.
Paru2nya penuh dengan air.
Jantungnya dah penat.
Congestive Cardiac Failure.
Rupa2nya beliau dah lama tak ke klinik.
Beliau suruh anaknya beli ubat di farmasi sahaja.
Tekanan darah dan paras gulanya tiada siapa yang monitor.
Beliau makan ubat ikut suka.
Macam2 vitamin, supplement juga ubat2 direct selling dimakannya.
Dan inilah hasilnya.
Jantungnya dah penat.
Sebagai doktor aku tahu batasanku.
Ada masanya aku pasrah dan perlu merujuk beliau ke hospital.
Air yang berlebihan dalam badannya perlu dikeluarkan.
Tetapi macam beliau kata,
" mati hidup balik pun aku takkan ke hospital".
Itulah dilemma anak2 yang menjaganya.
Mereka tak nak jadi anak derhaka.
Ditakdirkan beliau meninggal semasa dihospital.
Dan masa itu beliau dalam keadaan marah dengan anak2nya.
Bagaimana nak cerita dengan Allah nanti?
Paras gulanya lebih kurang 10 mmol/L.
Tekanan darahnya pun cuma 160/100 mmHg.
Tetapi keputusan ujian darahnya banyak yang gagal.
Buah pinggangnya dah mula rosak.
Hb 8.1, Urea 15, Creatinine sekitar 350.
Gila pening aku bincang dengan anak dan anak menantunya.
Setiap malam beliau tidak boleh tidur.
Badannya rasa kebas dan kejang.
Nafasnya pun pendek.
Nak suruh masuk hospital beliau tak nak.
Habis tu bagaimana?

Pesakit No 2:

Seorang lelaki berusia 66 tahun.
Seorang pesara kerajaan.
Kali pertama datang ke klinik aku kira2 10 tahun yang lalu.
Masa itu dia mengadu tak boleh kencing.
Aku rujuk beliau ke hospital untuk masuk getah CBD.
Lepas itu beliau terus hilang.
Sebulan yang lepas beliau datang ke klinik semula.
Kakinya bengkak,
buahnya bengkak,
perutnya kembung,
nafasnya pendek.
Malam terbatuk2 dan tak boleh tidur.
Habis satu rumah dimarahinya.
Beliau memang ada darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
Tetapi dah lama tak buat rawatan susulan.
Semua ubat dibeli di farmasi sahaja.
Ada Lasix, Digoxin, Glimaryl, Metformin.
Semuanya beli di farmasi tanpa perlu surat doktor.
Aku berjaya memujuk beliau untuk masuk hospital.
Itupun selepas 3 hari baru dia pergi ke hospital.
Tetapi doktor discharged hanya selepas 24 jam di wad.
Kakinya masih bengkak,
buahnya pun masih bengkak.
Doktor ada kata buah pinggangnya ada sedikit masalah.
Doktor rujuk beliau ke Klinik Kesihatan.
Beliau hanya diberi sehelai surat kuning keluar hospital.
Langsung tiada apa2 arahan.
Keputusan ujian darahnya pun tak ditulis.
Anaknya langsung bawa surat itu kepadaku.
Ayah tak nak ke Klinik Kesihatan.
Habis tu bagaimana?

Pesakit No 3:

Seorang lelaki berusia awal 60-an.
Pernah dimasukkan ke wad 18 tahun lalu kerana Angin Ahmar.
Memang ada penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.
Tetapi beliau memang allergik dengan perkataan hospital.
Mati hidup balik pun takkan ke hospital.
Aku pernah melawat beliau dirumahnya beberapa kali.
Itupun atas pelawaan anaknya.
Setiap kali aku periksa,
paras gula dan darahnya memang kat atas bumbung.
Tak pernahnya normal.
Beliau suka makan ubat.
Beliau rajin makan ubat.
Tapi tak suka rawatan susulan.
Periksa paras gula dan tekanan darahnya paling beliau tak suka.
Beliau takut menghadapi kenyataan.
Itu alasannya.
Makan ubat banyak mana sekalipun beliau tak kisah.
Yang penting beliau tak nak ke hospital.
Jadi sepanjang 18 tahun ini,
anaknya yang jadi doktor.
Ubat2 darah tinggi dan kencing manisnya anaknya yang carikan.
Beliau langsung tak pernah buat pemeriksaan lanjutan.
Pada malam Malaysia menang dengan Vietnam,
beliau sihat walafiat.
Tetapi pukul 3.30 pagi beliau tiba2 sesak nafas.
Satu jam anaknya memujuknya untuk ke klinik.
Selepas diberi nebulizer diklinik swasta berhampiran,
keadaannya langsung tak berubah.
Dan akhirnya selepas 18 tahun,
beliau akhirnya mengalah.
"Dah, bawaklah aku ke hospital".
Awal pagi itu anaknya beritahu aku.
Ayahnya telah berada di unit kecemasan.
Masa aku melawatnya di hospital,
tekanan darahnya 240/140 mmHg.
Nadinya 150/minit.
Acute Pulmonary Oedema.
Doktor cepat2 informed DIL kepada warisnya.
Alhamdulilah selepas 4 hari tinggal di wad,
beliau kembali sihat dan dibenarkan pulang.
Doktor beritahu buah pinggangnya pun dah rosak sedikit.
Doktor suruh beliau ambil insulin.
Dan dikhabarkan kepadaku,
beliau tak nak buat rawatan susulan di Johor Bahru.
Habis tu bagaimana?

Pesakit No 4.

Seorang gadis berusia 28 tahun.
Ada diploma kejururawatan.
Anak ke 3 daripada 5 beradik.
Ayahnya adalah pesakit aku yang pernah aku ceritakan sebelum ini.
Minggu lepas emaknya datang ke klinik.
Dia beri satu klinik pulut kuning dan kari ayam.
Tanda kesyukuran kerana ayahnya dah sihat sepenuhnya.
Baru tadi aku diberitahu.
Anak gadisnya mengalami kegagalan buah pinggang.
Perlu dialisis sepanjang hayat.
Emaknya memberitahuku.
Anaknya diusik kerana gemuk masa interview untuk kerja dengan kerajaan.
Jadi anaknya pun mencuba produk untuk kurus.
Produk yang terkenal sekarang ini.
Katanya anaknya cuma makan beberapa paket sahaja.
Selepas sebulan memang turun 10 kg.
Tetapi anaknya kelihatan kurang bermaya.
3 hari lepas anaknya semakin kurang bermaya.
Doktor klinik panel rujuk beliau ke hospital besar.
Barulah dia tahu bahawa buah pinggangnya dah rosak.
Astaghfirullah.
Besar sungguh dugaan Allah terhadap keluarga ini.

Pesakit No 5:

Ini keputusan ujian darah seorang lelaki berusia 22 tahun.
Banyak yang telah berada di luar sempadan.
Pening kepala sebab banyak kena berpantang.
Kalau tidak buah pinggangnya akan lebih bermasalah.


Minggu ini adalah minggu penuh kedukaan.
Ramai pesakit2ku yang gagal dalam perjalanan kehidupannya.
Ramai juga kaki2 MC datang mencariku.
Hujung tahunlah katakan.
Macam2 alasan aku kena dengar untuk tak nak pergi kerja.
Kawan2 FB pun ramai yang berada di luar negara.
Lagi sakit hati aku.
Nak menulis pun langsung takda mood.
Dan hari ini aku gagahkan juga.

Selamat bercuti kawan2!




3 ulasan:

  1. Assalamualaikum doc, saya tak pernah amik MC...surat MC pun saya x pernah tengok....rajin @ malas hadap jerlah dengan kerja:-)

    BalasPadam
  2. Kenapa kesimpulannya semua tak berapa nak suka pergi ke hospital yer, Doc? Adakah kerana mereka sukar menerima kenyataan tentang kegagalan?

    Doc, dah pergi holiday kat Terengganu ke?

    BalasPadam
  3. pesakit no. 2
    buah apa yang bengkak?????

    BalasPadam