Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Aku dan Hari Diskusi Akademik

Lama tak melawat sekolah. Lama tak jumpa dengan guru-guru. Lama tak bertanya khabar tentang perangai anak2 di sekolah.

Aku dan Putu Bambu Juriah

Kalau sampai di pekan koboi Ayer Hitam,
tak sah kalau tak mencuba kuih Putu Bambu Juriah.
Rasanya dah berpuluh tahun mereka berniaga disimpang jalan ini.


Daripada harga seringgit dah naik ke 3 ringgit sekarang.
Daripada warung kecil ke kedai yang lebih besar.
Daripada seorang pekerja ke berbelas orang pekerja.
Dan tak lama lagi akan ada cawangan baru.
Aku dah nampak iklannya.


Putu Bambu ini pun dah masuk suratkhabar.
Pengusahanya pun dah jadi jutawan.
Aku tak pandai nak komen pasal kuih ini.
Kena tanya wife.
Sebab dia yang selalu suka dengan kuih2 begini.
Padaku rasanya sama sahaja.


Kalau nasib kurang baik,
kena beratur panjang untuk membelinya.
Terutamanya kalau bulan puasa dan cuti sekolah.

Ini bukti kejayaannya.


Aku ke Restoran Kari Kambing 40 Hari

Dah beberapa minggu teringin nak bersarapan dengan Nasi Arab di sini. Minggu lepas beriya2 nak pergi. Tetapi bila checked di FB, mereka cuti 3 hari 23-25 Januari yang lepas. Jadi minggu ini aku set appointment. Pukul 8 pagi dah kena gerak daripada rumah.

Ini kali kedua aku sampai ke sini. Kali pertama masa nak ke Terengganu bulan lepas. Jaraknya kira2 sejam perjalanan daripada rumahku. Keluar di Tol Ayer Hitam. Dan ikut jalan dalam menuju ke pekan Yong Peng. Jauhnya kira2 10km dari simpang pekan Ayer Hitam. Restorannya betul2 ditepi jalan besar. Signboardnya besar. Dan kalau nampak banyak kereta berhenti ditepi jalan, itulah tempatnya. Aku tiba kira2 jam 9 pagi. Kereta penuh ditepi jalan. Kerusi meja pun penuh juga. Maklumlah cuti hari minggu di Johor. Kena tunggu sekitar 5 minit sebelum dapat meja.

Kalau diperhatikan, tiada apa yang kelihatan istimewa di restoran ini. Banyak lagi restoran yang lebih cantik disekitarnya. Tetapi yang biasa2 inilah yang istimewa. Tak perlu tarikan apa2 …

Aku Jadi Kambing Hitam

Dan ini jawapannya....

Aku MC hari ini. Malas nak kerja. Langsung tak rasa dihargai. Tak guna jadi Menteri Kesihatan. Kalau hanya pandai mencari 'kambing hitam'.


Aku Pun Pernah Kena Rotan

Dunia memang sudah berubah.
Cara mendidik anak pun sudah berubah.
Zaman sekarang kena pandai guna psikologi.
Zaman pukul-memukul dan rotan-merotan dah tak relevan.
Kononnya.
Itu pendapat pakar2 psikologi tersohor.
Tetapi setiap anak perlu berbeza cara mendisiplinkannya.
Tak boleh pukul rata sahaja.
Aku yang cuma ada 3 orang anak pun dapat merasakannya.
Tak semua boleh didisiplin dengan kata2 sahaja.
Kadang2 tunjuk rotan baru nak ikut kata.


Rotan untuk mendidik.
Rotan untuk menghukum.
Rotan bukan untuk menyakitkan.
Rotan bukan untuk mendera.
Rotan bukan untuk mencederakan.
Islam tak menghalang penggunaan rotan. Tetapi orang2 barat menghalangnya. Orang2 barat kata ianya zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Sebagai golongan yang kononnya lebih bertamadun,
mereka anggap budaya merotan adalah zalim.
Tetapi cuba tengok keadaan dunia sekarang,
negara mana yang lebih aman?
Rakyat mana yang lebih bahagia?
Siapa yang lebih berjaya?

Zaman dulu2. Rotan bukan untuk menyakitkan. Rotan hanya menjadi…

Aku dan Wordless Wednesday

Lanjutan daripada kisah ini.

Aku dan Mencari Rawatan Alternatif

Aku ada seorang pesakit. Memang sah demam denggi. Dimasukkan ke hospital kerajaan daerah. Tetapi doktor kerajaan tak buat apa2. Masuk drip pun tidak. Cuma ambil darah pagi dan petang. Isterinya panik. Suaminya kena demam denggi. Boleh bawa maut. Maka macam2 ubat alternatif dicubanya. Jus pucuk betik. Sup ketam. Sup katak pun dimasak untuk suaminya. Ada seorang kawan rekomen. Ada ubat demam denggi terbaru. Iklannya aku pernah nampak ditampal dipokok ditepi jalan.  Harganya tak murah. 800 ringgit sebotol. Dia beli tanpa berfikir panjang.


Aku ada seorang pesakit.
Seorang lepasan diploma kejururawatan.
Beliau disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.
Sedang menunggu temujanji untuk buat AVF.
Dan dialisis dalam tempoh terdekat.
Ada kawan ibunya mengesyorkan berubat dengan seseorang.
Dia tak pasti siapa.
Doktor bukan bomoh pun bukan.
Tetapi rawatannya pelik.
Dia semakin disuruh makan makanan tinggi protein.
Dikatakan sel2 buah pinggangnya akan tumbuh semula.
Diberinya juga ubat bermacam2…

Aku ke Kelas Asas Roti ZaiTouch

Sebenarnya bukan aku yang pergi. Aku hantar wakil sahaja. Walaupun dalam hati memang ada minat nak belajar buat roti. Asalnya aku daftarkan anak dara aku untuk kelas ini. Tetapi anak dara aku tak dapat nak pergi. Ada sekolah ganti. Jadi aku pujuk wife aku. Wife aku yang pergi ke kelas ini.

Kelas ini sahabat aku yang kelolakan. Dia pernah jadi pesakit aku. Dia juga ada pertalian saudara dengan sahabat karibku. Jadi bila aku dengar dia ada buat kelas, cepat2 aku daftar nama. Asalnya beliau kerja makan gaji jugak. Tetapi disebabkan minat mendalam didunia masakan, dia tinggalkan kerja makan gaji. Dia berniaga daripada rumah. Aku pernah nampak muka dia dalam kelas masakan seorang chef terkenal. Sebab itu aku konfident dengan kelas beliau.

Kelas asas membuat roti ini dijalankan dirumah beliau. Chef Salleh iaitu suami beliau yang mengendalikannya. Rupa2nya tak ramai peserta. Hanya 6 orang sahaja. Maklumlah ini kelas pertama beliau. Jadi tak ramai yang tahu. Untung bila pelajar tak ramai. Ra…

Aku dan Milo Soto Warisan Pekan Rengit

Semenjak diperkenalkan kali pertama dengan soto di sini, aku memang dah pajak dah. Kalau teringin nak makan Soto Johor, aku mesti ke mari. Aku dah try banyak soto sekitar Kulai dan JB. Tetapi tak boleh lawan soto di warung ini. Rasanya sentiasa kekal dalam ingatan.

Warung Milo Soto Warisan Milo. Letaknya dalam pekan Rengit. Di tepi jalan menuju ke Batu Pahat. Jauh juga jaraknya daripada rumahku. Lebih kurang 60km jauhnya. Warungnya memang sangat biasa. Tiada apa2 mercu tanda yang menarik. Warung ini hanya menjual Soto Johor. Tiada menu yang lain. Macam aku pernah cakap dahulu. Kalau warung melayu dipenuhi dengan pelanggan Cina, itu memang dah satu bukti dan jadi petanda. Soto di sini memang sedap.

Dulu aku beri markah 8/10. Tetapi bila anak2 pun asyik teringat2, aku naikkan markah ke 9/10. Aku suka nasi impitnya yang lembut. Dibuat sendiri dan bukannya yang ready-made. Kalau ready-made yang dijual di pasar2 malam, nasi impitnya agak keras. Kadang2 baling ke dinding pun masih kekal be…

Ambo Saye Tok Guru Nik Aziz

" Warkah Puisi Buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat "
Tok Guru Nik Aziz.
Nama mu gah di Negeri Serambi Mekah yg kami sayangi. Yang Meniti setiap hari dibibir-bibir rakyatmu yg sejati. Kelibatmu dan suaramu sentiasa kami rindui. Setiap teguran dan nasihatmu sentiasa kami ingati dan ikuti.
Harapanmu agar agama menjadi keutamaan daripada segalanya tetap kami patuhi. Pengorbananmu keatas setiap rakyat tidak pernah berbelah bagi. Digelar Umar Al-Khattab di Abad ke 21 oleh Pemimpin Aceh Besar kini. Diiktiraf juga pemimpin ulamak yang berjiwa rakyat dan juga berani.
Budi pekerti dan peribadimu sungguh terpuji. Akhlakmu mewarisi akhlak para sahabat dan nabi. Kurniaan daripada Allah setelah pemergian Tok Kenali. Memerintah Negeri Serambi Mekah dengan Agama Islam sebagai paksi.
Tok Guru Nik Aziz.
Kami menyanjungmu bukan kerana kami taksub dan gelap hati. Kami menyokong bukan juga kerana dek membuta tuli. Mengikut tanpa mengusul periksa siapa kamu dibelakang kami. Menyusuri sejarah kelahiran mu dari kec…

Aku dan Wordless Wednesday

Qu Puteh go international...

Aku dan Fenomena Caliph Buskers

Semenjak umur naik 4 series ni, aku dah makin jauh dengan muzik tempatan. Janganlah tanya pasal artis2 tempatan. Memang dah keluar daripada topik harianku. Tidak seperti 10-15 tahun dulu. Masa tu memang sentiasa follow cerita artis2 tempatan. Wings, Search, May, dsbnya. Bila artis2 ni dah makin jauh daripada mainstream, begitu juga denganku. Tetapi saban tahun AJL memang aku tak pernah missed. Saban tahun ada aje kejutan yang berlaku. Dan tahun ini rupa2nya tak terkecuali.
Aku bukan peminat Edry KRU. Aku bukan peminat kumpulan Mojo. Aku juga bukan peminat Aweera. Malah lagu Romancinta pun tak masuk dalam playlistku. Jadi bila Aweera keluar daripada Mojo. Bila Edry sibuk cari penyanyi baru. Aku langsung tak ambil kisah. Namun ketika satu dewan terpegun dengan penyanyi jemputan Mojo ini. Dan ramai yang mengalir airmata mendengar nyanyiannya, aku menjadi salah seorang daripadanya.

Khairul Azmi nama vokalisnya. Caliph Buskers nama kumpulannya. Semuanya cacat penglihatan. Dan kecacatan it…

Aku ke Temuduga SLKJ-MJHEP

Pada pagi Sabtu 27 Disember 2014. Aku ke Puteri Pacific Johor Bahru. Anak sulung aku dapat tawaran temuduga. Melanjutkan pelajaran ke Jepun. Entah bila masa dia memohon, aku pun tak tahu. Ini kali pertama dia menghadiri temuduga. Dan harap2 bukan kali yang terakhir.
Pukul 8 pagi aku dah sampai dilokasi. Ramai juga yang datang untuk temuduga. Masing2 ditemani oleh ibubapa masing2. Pukul 8.30 pagi. Semua orang dijemput masuk ke bilik untuk taklimat. Ada wakil daripada Yayasan Pendidikan Mara akan memberi penerangan. Jadi sekurang2nya aku tahu apa yang berlaku. Setakat baca diinternet memang tak berapa nak faham.

Ini program tajaan Mara sepenuhnya. Dimulakan oleh Tun Dr Mahathir melalui Dasar Pandang ke Timurnya. Aku diberitahu ada 3500 pelajar lepasan SPM yang memohon program ini. Hanya 900 pelajar dipanggil untuk temuduga. Daripada 900 pelajar, 300 pelajar yang berjaya akan menghadiri kursus jangka pendek selama 6 minggu. Kursus intensif belajar bahasa dan budaya orang Jepun. Habis ku…