Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Januari 2015

Aku dan Fenomena Caliph Buskers

Semenjak umur naik 4 series ni,
aku dah makin jauh dengan muzik tempatan.
Janganlah tanya pasal artis2 tempatan.
Memang dah keluar daripada topik harianku.
Tidak seperti 10-15 tahun dulu.
Masa tu memang sentiasa follow cerita artis2 tempatan.
Wings, Search, May, dsbnya.
Bila artis2 ni dah makin jauh daripada mainstream,
begitu juga denganku.
Tetapi saban tahun AJL memang aku tak pernah missed.
Saban tahun ada aje kejutan yang berlaku.
Dan tahun ini rupa2nya tak terkecuali.

Aku bukan peminat Edry KRU.
Aku bukan peminat kumpulan Mojo.
Aku juga bukan peminat Aweera.
Malah lagu Romancinta pun tak masuk dalam playlistku.
Jadi bila Aweera keluar daripada Mojo.
Bila Edry sibuk cari penyanyi baru.
Aku langsung tak ambil kisah.
Namun ketika satu dewan terpegun dengan penyanyi jemputan Mojo ini.
Dan ramai yang mengalir airmata mendengar nyanyiannya,
aku menjadi salah seorang daripadanya.


Khairul Azmi nama vokalisnya.
Caliph Buskers nama kumpulannya.
Semuanya cacat penglihatan.
Dan kecacatan itu bukan kelemahan mereka.
Aku tabik kepada Edry KRU.
Berani membawa penyanyi jalanan depan SOGO ini ke konsert AJL.
Aweera memang penyanyi yang bagus.
Suara nada tinggi beliau memang champion.
Tetapi penggantinya ini tidak kurang malah lebih hebat rasanya.
Tidak perlu muka yang macho.
Tidak perlu gigi penuh dimulut.
Yang penting suaranya datang daripada hati.
Nyanyiannya penuh keikhlasan.
Semua orang terpegun.


Selepas persembahan daripada Caliph Buskers ft Mojo ini,
penyanyi2 lain macam dah hilang serinya.
Walaupun nyanyian Shila Amzah dan Dayang memang kelas dunia,
aura daripada Caliph Buskers memang tak boleh nak lawan.
Satu dunia mengakui kehebatan beliau.
Bila mereka menang persembahan terbaik,
tiada siapa berani mempertikaikannya.
Tetapi bila lagu hip hop ibarat baca buku teks boleh menang AJL,
memang ramai yang berani mempertikaikannya.
Masing2 ada alasan tersendiri.
Masing2 ada pendapat tersendiri.
Namun bagaimana bernas sekalipun alasan kita,
kita bukan juri.
Kita hanya dengar lagu ikut selera telinga.
Dan mencari lagu terbaik bukan setakat ikut selera telinga sahaja.
Dan bab itu hanya juri profesional yang boleh nak menghakiminya.
Kenalah terima pendapat dan alasan mereka.

Seperti  Gegar Vaganza yang penuh dengan agenda mempromosi diri sendiri,
AJL29 pun sama jugak.
Naik meluat aku tengok muka penaja utama mereka.
Muka yang sama diulang2.
Iklan yang sama diulang2.
Tagline yang sama diulang2.
Tapi inilah dunia penyiaran.
Siapa ada banyak wang mahu lebih banyak wang.

Apa2pun,
kita tidak pernah kekurangan bakat.
Malaysia dipenuhi dengan manusia2 hebat.
Semoga bakat Caliph Buskers akan terus dikembangkan.
Like mereka di sini.






5 ulasan:

  1. nak share cite saya pagi tadi
    whatsapp assistant utk amik dokumen dlm envelope coklat
    saya bleh type whatsapp tu "envelope putih"
    hahahha nampak tak kesan iklan tu pada diri saya
    kahkahkah

    agak mual
    tapi apakan daya
    kuasa pengiklanan

    BalasPadam
  2. haha aku tak tgk so aku tak leh nk komen lelebih pasal ajl ni ... tp aku ade kat youtube ...mmg terbaik the caliph buskets ni ... hebat !!

    BalasPadam
  3. Saya seangkatan dengan semua line doc tu..kecuali saya miss AJL tahun ni dan saya tak ada hati nak tengok. Cuma saya buka you tube untuk nak tengok persembahan Calips ni malam tadi sampai repeat 2 kali....

    BalasPadam
  4. hehe saya tak tengok pun ajl ni.. tapi bila group berbunyi2 esoknya ramai yang berkata2 tentang caliph baskers ni terus tengok n they awesome.. hilang segala cerita pemenang dan pengiklan tuh hehe

    BalasPadam
  5. Tahun 1998, saya mula rapat dengan golongan OKU penglihatan dgn jadi sukarelawan di Persatuan Orang Buta di Brickfields, bawa mereka naik basikal tandem (yg celik pegang handle di depan, yg OKU duduk belakang, tapi 2-2 sama2 kayuh.
    Bila bercampur tu macam2 saya rasa. Rupanya mereka macam kita yang normal juga, tak banyak beza.
    Malam AJL 29 tu saya berharap MOJO menang, apa2 pun jadilah (sebab Caliph Buskers).
    Alhamdulillah mereka menang 1 anugerah - persembahan terbaik!!

    BalasPadam