Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2015

Aku dan Ceramah Ustaz Kazim Live di Kulaijaya

" Orang yang kuat ibadat bukan orang yang banyak amalannya.
   Orang yang kuat ibadat bukan orang yang banyak sedekahnya.
   Orang yang kuat ibadat ialah orang yang kurang berbuat dosa. "



Aku memang suka dengar ceramah Ustaz Kazim Elias.
Aku suka dengan peribadinya.
Aku juga suka dengan perjalanan kehidupannya.
Buku2nya pun aku ada juga beli.
Cuma belum habis membacanya.
Tetapi hampir setiap hari aku dengar ceramah2 beliau.
Ulang dua tiga kali pun masih tak hilang lawaknya.
Bila aku dapat tahu beliau akan datang ke Kulaijaya,
akulah antara orang yang paling teruja sekali.
Awal2 lagi aku dah marked dalam kalendar aku.

Sehari sebelum beliau turun ke bandar Kulaijaya,
beliau memberi ceramah dikampung emakku dahulu.
Dibuat di atas padang sekolah rendah diFeldaku.
Sungguh meriah kata emakku.
Orang yang berniaga sahaja mengalahkan pasar malam ketika awal bulan.
Khabarnya lebih 3 ribu orang hadir mendengar ceramah beliau.
Penuh sesak padang aku tengok gambar dalam FB.


Pukul 11 pagi hari Jumaat.
Aku lalu di depan Masjid Bandar Kulaijaya.
Dah berderet2 gerai orang berniaga.
Inilah penangan fenomena Kazim Elias.
Kemana2 beliau pergi,
peniaga2 inilah yang akan mengikutinya.
Aku makin tak sabar menunggu kedatangannya.

Pukul 7 malam.
Aku dah tiba di Masjid Bandar Kulaijaya.
A.k.a Masjid Kg Melayu; kampung Jep Sepahtu.
Masjid tertua di Kulaijaya.
Masjid tempat Abang Jem menikah untuk kali keempat.
Suasana ketika itu masih lengang.
Gerai2 banyak yang masih bergelap.
Tetapi masa sembahyang Maghrib,
penuh juga dalam dewan sembahyang.

Lepas Maghrib.
Ada majlis berzanji dan bacaan selawat nabi.
Rupa2nya majlis dah bermula semenjak petang.
Ada perarakan.
Ada pertandingan.
Ada makan2.
Aku tak tahu yang itu.
Yang aku tahu cuma ceramah Ustaz Kazim sahaja.

Sementara menunggu waktu isyak.
Makin ramai orang yang datang.
Ramai juga VIP daripada parti UMNO datang duduk sebelahku.
Timbalan speaker DUN pun ada.
Aku sahaja yang tak kenal rupanya.
Bila masuk waktu isyak,
aku dah tak boleh nak berganjak.
Aku masih berada dibarisan hadapan.
Sebaris dengan para VIP.



Pukul 9.05 malam.
Ustaz Kazim pun sampai.
Aku masih berada di barisan paling hadapan.
Aku duduk bersila depan sekali.
Kedudukanku sangat strategik.
Langsung tiada gangguan pandangan.
Cuba lihat gambar di atas.
Cuba lihat betul2 kerusinya.
Macam kerusi pengantin nak bersanding.
Itu yang mula2 ditegur oleh Ustaz Kazim.
Beliau meminta kerusi itu ditukarkan terlebih dahulu.
Takut bini marah selorohnya.
Kedua dia menegur,
lain kali jangan buat ceramah dalam masjid.
Buat dipadang katanya.
Semua orang boleh nampak mukanya.


Selepas itu dia pun mula berceramah.
Tak payah pengenalan.
Tak payah nak sebut VIP itu ini.
Beliau terus masuk ke tajuk ceramah.
Siapa itu Nabi Muhammmad S.A.W.
Dua jam berikutnya tak terasa lama.
Beliau bercerita tanpa henti.
Aku tak nampak pun apa2 skrip.
Semuanya nampak spontan.
Ada kalanya beliau menyanyi.
Ada kalanya beliau berlawak.
Ada kalanya beliau meninggikan suara.
Tetapi beliau tetap tersenyum.


Tepat jam 11 malam.
Beliau menamatkan ceramahnya.
Baru aku terasa sakit pinggangku.
Duduk bersila dari jam 7 malam.
Selepas penyampaian cenderamata,
Ustaz Kazim terus dibawa keluar oleh urusetia.
Hanya seorang yang berjaya bergambar dengannya.
Yang lain2 hanya dapat tengok daripada jauh sahaja.
Termasuklah aku.
Aku tak dapat nak bersalam dengannya.
Walaupun jaraknya cuma 3 meter sahaja daripadaku.

Inilah trending sekarang.
Ustaz dipuja seperti artis terkenal.
Alhamdulilah.
Semoga dunia menjadi bertambah baik.
Semoga manusia menjadi lebih dekat dengan Allah.
Masa aku berjalan pulang,
baru aku nampak ramainya orang yang hadir.
Rasanya lebih 5 ribu orang memenuhi setiap ruang masjid.
Ramai juga pesakit2 aku yang aku jumpa.

Misi akan datang.
Mencari Ustaz Azhar Idrus secara live.

Salam hujung minggu kawan2!



3 ulasan:

  1. beruntungnya badan dapat dengar secara live...yan selalu dengar ceramah dia kat ehwal perdan aje..senyumannya tu mmg memikat...hehe

    BalasPadam
  2. Saya hanya membaca, tapi saya rasa sangat berbangga dengan Doc. Semangat untuk dapatkan saf hadapan tu bukan senang nak dapat. Fight for the best..yeaahhhh...

    BalasPadam