Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Januari 2015

Aku dan Hari Ini 13 Januari



Kaulah kawan .
Kawan sejati sehidup semati.
Kawan ketawa juga kawan menangis.
Kawan ketika senang dan juga susah.
Kawan ketika derita dan sengsara.
Kawan ketika gagal dan kecewa.
Juga tetap kawan ketika aku tak punya apa-apa.

Kaulah teman.
Teman penghibur ketika sunyi.
Teman bercakap ketika sepi.
Teman ketawa ketika buat lawak.
Teman menangis ketika tengok cerita sedih kat tv.
Teman mengantuk ketika memandu.
Juga teman tidur ketika kesejukan.

Kaulah kekasih.
Kekasih awal dan akhirku.
Kekasih terang dan gelapku.
Kekasih yang pertama dan terakhirku.

Kaulah ibu.
Ibu kepada anak-anakku.
Tempat mereka bergantung harapan.
Tempat mereka menerima kasih sayang.
Tukang masak ketika mereka kelaparan.
Tukang cuci segala pakaian.
Tukang pandu untuk mereka ke sekolah.
Kau jadi ustazah untuk mereka belajar mengaji.
Kau jadi guru matematik untuk mereka belajar sifir.
Kau jadi nurse dan doktor bila mereka sakit.

Kaulah isteriku.
Pelengkap hidupku sebagai seorang lelaki.
Menjadi personal asisstant tanpa gaji.
Menjadi escort ke majlis2 rasmi.
Menjadi secretary mengatur urusan hidupku.
Menjadi guru kaunseling ketika fikiranku kusut.
Menjadi menteri kewangan juga pakar ekonomi.
Juga menjadi bank negara ketika ekonomiku gawat.

Kaulah segala-galanya.





Happy Birthday sayangku!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan