Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Januari 2015

Aku dan Mencari Rawatan Alternatif

Aku ada seorang pesakit.
Memang sah demam denggi.
Dimasukkan ke hospital kerajaan daerah.
Tetapi doktor kerajaan tak buat apa2.
Masuk drip pun tidak.
Cuma ambil darah pagi dan petang.
Isterinya panik.
Suaminya kena demam denggi.
Boleh bawa maut.
Maka macam2 ubat alternatif dicubanya.
Jus pucuk betik.
Sup ketam.
Sup katak pun dimasak untuk suaminya.
Ada seorang kawan rekomen.
Ada ubat demam denggi terbaru.
Iklannya aku pernah nampak ditampal dipokok ditepi jalan. 
Harganya tak murah.
800 ringgit sebotol.
Dia beli tanpa berfikir panjang.



Aku ada seorang pesakit.
Seorang lepasan diploma kejururawatan.
Beliau disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.
Sedang menunggu temujanji untuk buat AVF.
Dan dialisis dalam tempoh terdekat.
Ada kawan ibunya mengesyorkan berubat dengan seseorang.
Dia tak pasti siapa.
Doktor bukan bomoh pun bukan.
Tetapi rawatannya pelik.
Dia semakin disuruh makan makanan tinggi protein.
Dikatakan sel2 buah pinggangnya akan tumbuh semula.
Diberinya juga ubat bermacam2 jenis.
12 biji sekali makan.
Memandangkan dia ada sedikit ilmu kejururawatan,
dia langsung tak ikut arahan doktor tersebut.
Dia cuba makan pil yang diberikan.
Dia cuba makan sebab tak nak derhaka dengan ibunya.
Tetapi sekali makan sahaja,
habis semuanya dimuntahkan semula.


Cuba google di internet.
Ramai sungguh doktor tak bertauliah memberi ilmu palsu.
Ramai sungguh doktor tak bertauliah menjual ubat2 baharu.
Ramai sungguh yang menjadi musuh kepada perubatan moden.
Anti vaksinasi,
Anti hospital delivery,
Anti paracetamol,
Anti painkiller,
Anti chemotherapy.
Macam2 dakyah palsu dicipta.
Semuanya sangat2 bercanggah dengan ilmu perubatan yang aku pelajari.
Seolah2 ilmu2 patologi, pharmakologi, imunologi, biokimia yang aku belajar adalah palsu.
Padahal ada banyak ilmu2 tersebut dipelopori oleh ilmuwan Islam.
Tetapi semuanya disanggah.
Semuanya ciptaan Yahudi dan Israel.
Semuanya propaganda Amerika.

Aku bukan tak percaya dengan rawatan alternatif.
Memang ada penyakit yang tidak boleh sembuh dengan perubatan moden.
Jadi tak salah berikhtiar dengan rawatan alternatif.
Iblis, syaitan dan makhluk halus memang wujud.
Penyakit2 gangguan iblis dan syaitan memang wujud.
Tetapi bagaimana dengan penyakit2 moden?
Gout tidak boleh dirawat dengan minum air jampi.
Batu karang tidak boleh dikeluarkan dengan hanya guna jampi.
Kanser pun tidak boleh sembuh dengan minum rebusan herba.

Bukan semua ubatan moden menyembuhkan penyakit.
Ubatan mahal pun tidak menyembuhkan penyakit.
Kerana semuanya sembuh hanya dengan izin Allah.
Kadang2 ubat murah pun boleh menyembuhkan.
Dan tanpa ubat pun ada penyakit yang boleh sembuh.
Semuanya dengan izin Allah.
Itu memang pasti.
Tetapi masalahnya ramai menyalahgunakan istilah ini.
Islam digunakan sebagai bahan melariskan jualan.
Perubatan Islam disalahgunakan.
Cuba tengok iklan2 disuratkhabar harian.
Juga majalah2 tempatan.
Tak lupa juga radio2 tempatan.
Radio IKIM pun tak terkecuali.
Kadang2 aku malu aku dengan sahabat  seislam.
Malu dengan peniaga yang bertopengkan islam.

Kini ada perubatan teknik baru.
Yang benar2 menyimpang daripada teori perubatan moden.
Semua penyakit tak perlu rawatan dihospital.
Demam denggi boleh sembuh dengan minum air sahaja.
Bayi yang sakit kuning pun sembuh dengan minum air masak sahaja.
Tak perlu rawatan fototerapi.
Satu kaedah rawatan yang sangat berbahaya.
Nyawa bayi boleh terancam.
Yang terbaru teori minum air gula semasa mengandung.
Minum air gula bertujuan untuk mendiagnosis kencing manis.
Tetapi itu dikatanya penyebab kencing manis.
Entah belajar kat mana aku pun hairan binti ajaib.

Golongan seperti ini memang berbahaya.
Kerana mereka tidak tertakluk kepada undang2 sedia ada.
Sebagaimana bomoh2 dan pengamal perubatan tradisional,
tiada siapa yang memantau kerja2 mereka.
Mereka boleh claim macam2.
Mereka boleh tulis testimoni macam2.
Testimoni cerita2 mulut yang ditokok-tambah.
Langsung tiada bukti sahih.
Tetapi itulah yang masyarakat kita percaya.
Satu kelebihan golongan sebegini.
Mereka bercakap apa yang para pesakit suka dengar.
Biasanya perkara2 positif sahaja.
Sebab itu mereka boleh jadi popular dan kaya-raya.
"Semua penyakit boleh sembuh dengan izin Allah."
"Tiada penyakit yang tidak boleh sembuh kecuali maut."
"Insha Allah."
Ayat2 ini yang selalu diulang2kan.
Mereka tak pernah kata penyakit ini susah nak ubat.
Mereka tak pernah kata penyakit ini tiada ubatnya.
Mereka tak pernah kata penyakit ini kena makan ubat berpanjangan.
Ini semua pesakit tak nak dengar.
Dan ini yang mereka selindungkan.

Doktor bertauliah kadang2 salah jugak.
Doktor bertauliah tak mengenali pesakit sepenuhnya.
Doktor bertauliah tak pandai mengambil hati pesakit.
Doktor bertauliah hanya khusyuk dengan penyakit sahaja.
Doktor bertauliah hanya risau pasal darah tinggi dan kencing manis.
Diri pesakit langsung tak diambil kira.
Sejarah keluarga pesakit jarang diambil tahu.
Penerangan tentang penyakit tidak dijelaskan sejelas2nya kepada pesakit dan waris.
Pesakit hanya diberi follow up dan tarikh rawatan susulan.
Tarikh sekian datang ambil darah.
Tarikh sekian datang untuk x-ray.
Tarikh sekian untuk jumpa doktor.
Pergi hospital beberapa kali pun tak tahu keputusannya.
Sebab itu mereka beralih ke rawatan alternatif.
" Jangan susah pakcik. Kita akan rawat pakcik."
" Insha Allah pakcik. Ramai yang dah berubat dengan saya. "
" Kanser pun saya boleh sembuhkan. "
" Pakcik sediakan duitnya sahaja. "
Jadi siapa yang patut dipersalahkan?

Aku akan cuba sehabis baik untuk pesakit2 yang datang ke klinikku.
Aku tak pernah memberi harapan palsu kepada mereka.
Aku juga tak pernah memberi ubat 'miracle' kepada pesakitku.
Aku tahu batasan keupayaanku.
Aku berani cakap perkara2 yang pesakit tak suka dengar.
Aku berani cakap ada penyakit yang tiada ubat.
Aku berani cakap ada penyakit yang tidak perlu ubat.
Kalau pesakit tak nak terima aku pun tak kisah.
Aku akan tetap dengan prinsipku.
Aku akan tetap dengan ilmu yang aku dapat masa belajar di UM dulu.


Ada sepasang suami isteri datang ke klinik.
Kedua2nya warga asing.
Dah lebih 3 tahun duduk di Malaysia.
Datang ke klinik untuk pengesahan mengandung.
Confirmed.
Isterinya mengandung 7 minggu.
Kedua2nya nampak relaks.
Suka pun tidak.
Marah pun tidak.
Sedih pun tidak.
Maka beriya2 aku beritahu pasal undang2 di Malaysia.
Kena selalu buat rawatan.
Kena check darah.
Kena ambil suntikan.
Jenuh aku beri penerangan.
Selang 3 hari mereka datang lagi.
Isterinya sakit perut.
Suaminya kata isterinya dah makan ubat daripada kampung.
Mereka nak gugurkan kandungan tersebut.
Aku dah malas nak cakap apa2.
Korang baliklah.
Gila punya frust.
Inilah pesakit.
Inilah manusia.
Memang susah nak menilai mereka.

Ada seorang lagi pesakit.
Bekerja kilang.
Umurnya baru 32 tahun.
6 bulan lepas dia datang mengadu sakit kepala.
Tekanan darahnya 160/100.
Aku beri ubat darah tinggi selama sebulan.
Aku suruh dia datang balik untuk rawatan susulan.
6 bulan kemudian dia datang semula.
Sakit kepala lagi.
Tekanan darahnya 170/100.
Dua kali aku nasihatkan dia.
Nak tahu dia kata apa?
Doktor tak payah cakap banyak2.
Beri saya MC satu hari cukuplah.
Saya nak rehat kat rumah.

Salam hari isnin kawan2!




6 ulasan:

  1. Penat dan letihnya melayan orang2 macam ni kan Doc. Saya kagum la...dapat dari mana kesabaran itu?

    BalasPadam
  2. kadang-kadang bukan nak kata doktor-doktor sekarang, terutama yang muda-muda ni, dorang merawat tanpa rasa emphati. saya sendiri pernah lari dari rawatan susulan kerana tak tahan dengan perilaku doktor

    BalasPadam
  3. Macam2 hal nya sekarang ni. Rawatan altenatif pula macam-macam jenisnya.

    Sekarang ni pulak, saya pregnant. Ada LIKE macam-macam page di FB tentang kehamilan. Mulanya seronok masuk group disitu sebab macam2 info dapat. Tapi bila dah lama-lama tu, ada banyak soalan diajukan daripada bakal2 ibu disitu. Yg kecewanya, apabila yg beri komen. Macam doctor dah semuanya. Ada yg kata ya, ada yang kata tidak. Ada yg kata boleh makan, ada yang tak boleh makan. Ada yang kata boleh minum, anak dah setahun elok je sihat walafiat. Ada yg kata eh tak boleh, nanti effect pada pada baby n ibu. Dan macam-macam lagi. Kita pula jadi takut. Tapi pada saya, setiap ibu mengandung ni, lain-lain peelnya, lain2 ketahanan badannya.

    Semoga doctor sentiasa sabar dgn kerenah2 pesakit ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengandung adalah satu nikmat.
      Mengandung juga satu cabaran.
      Banyak dugaan masa mengandung.
      Melahirkannya susah.
      Nak membesarkannya lagi susah.

      Tahniah.
      Semoga dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah.

      Padam
  4. sesiapa yang nak cuba perubatan alternatif. sy cadangkan call no ni 0193919998. sy seluruh keluarga berubat dengan dia. alhamdulillah mmg banyak perubahan dan semakin elok. penyakit misteri kami dah okay.

    BalasPadam