Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Januari 2015

Aku dan Milo Soto Warisan Pekan Rengit


Semenjak diperkenalkan kali pertama dengan soto di sini,
aku memang dah pajak dah.
Kalau teringin nak makan Soto Johor,
aku mesti ke mari.
Aku dah try banyak soto sekitar Kulai dan JB.
Tetapi tak boleh lawan soto di warung ini.
Rasanya sentiasa kekal dalam ingatan.


Warung Milo Soto Warisan Milo.
Letaknya dalam pekan Rengit.
Di tepi jalan menuju ke Batu Pahat.
Jauh juga jaraknya daripada rumahku.
Lebih kurang 60km jauhnya.
Warungnya memang sangat biasa.
Tiada apa2 mercu tanda yang menarik.
Warung ini hanya menjual Soto Johor.
Tiada menu yang lain.
Macam aku pernah cakap dahulu.
Kalau warung melayu dipenuhi dengan pelanggan Cina,
itu memang dah satu bukti dan jadi petanda.
Soto di sini memang sedap.


Dulu aku beri markah 8/10.
Tetapi bila anak2 pun asyik teringat2,
aku naikkan markah ke 9/10.
Aku suka nasi impitnya yang lembut.
Dibuat sendiri dan bukannya yang ready-made.
Kalau ready-made yang dijual di pasar2 malam,
nasi impitnya agak keras.
Kadang2 baling ke dinding pun masih kekal bentuknya.
Aku juga suka kuah supnya yang tak terlalu pekat dan berminyak.
Bau rempah2nya sederhana.
Satu lagi ayam gorengnya.
Rangup.
Aku perhatikan ramai pelanggan2 Cina yang datang makan ayam sahaja.
Dan yang terakhir ialah sambal kicapnya.
Sambal kicapnya fresh.
Tak seperti sesetengah warung.
Sambal kicapnya dah recycled untuk beberapa hari.


Ada 3 jenis Soto di sini.
Special, Tambah Ayam dan yang Biasa sahaja.
Aku tak pernah dapat yang special.
Sebab setiap kali datang asyik habis sahaja.
Yang Biasa baru RM 3 semangkuk.
Dan hanya tambah RM 1.50 untuk ekstra ayam.
Soto paling sedap dimakan ketika panas2.
Lagi sedap dan berpeluh dahi bila ada sambal kicap.
Laagi sedap bila cuaca pun panas.
Pergh! memandu 40 minit pun tak terasa jauhnya.


Warung ini dibuka setiap hari.
Hari cutinya tak menentu.
Biasanya hari minggu pun buka.
Waktunya 11 pagi hingga 6 petang.
Kalau ada sesiapa nak bertanya,
Milo itu nama kakak tuan kedai yang asal.
Tiada kaitan dengan jenama Milo keluaran Nestle.
Sebelum balik boleh singgah ke sini.
Tak jauh jaraknya.
Boleh borong aneka jenis kerepek.

Lepas ni nak try Mee Racun Batu Pahat pulak.

Salam hujung minggu kawan2!




6 ulasan:

  1. dekat segamat pon ada satu tpt soto mmg sedapp..dr boleh try soto kg jawa di segamat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah.
      Tapi jauh tu...

      Terima kasih.

      Padam
  2. aduhaiiii.. tuan doc.. ni pertama kali saya tahu tentang Milo Soto Rengit padahal tu kampung mak saya.. tak sabar nak tunggu hujung minggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warungnya simple sangat.
      Memang tak ramai perasan...

      Padam
  3. Kita barter trade yer Doc. Saya introduce nee racun yg diwarisi informadi dari Kak Seri tu, Doc pula dah memanggil saya dgn.soro.. Aduhhh...sefapnya nampak. Bila kuah dah gelap tu terbuktilah sambalnya sefap. Bergedel ada, Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begedel takda.
      Kena tanya.
      Mungkin masuk dalam yg special kot...

      Padam