Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Januari 2015

Aku dan Pedihnya Jadi Orang Melayu



HAI MELAYU.

Hai Melayu! 
Rumahmu semua dibina indonesia, 
Ekonomi pula dikuasai cina, 
Golongan profesional semuanya india, 
Warung makan pun, 
Mamak dan siam yang berkuasa, 
Warga Bangla pula menjadi jaga,
Orang Nepal yang menabur baja, 
Orang pakistan usung karpet jaja merata, 
Lalu melayu ada apa? 

Harapkan ustaz, saling menyesat, 
Harapkan hiburan, lagi best filem barat, 
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat 
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, 
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! 

Hai melayu! 
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan, 
Rupanya kerja kelas bawahan, 
Ditipu mentah orang atasan, 
Konon perjuangan ini untuk kalian! 
Kerja sikit, sembang kencang, 
Banyak rungut, sikit rancang, 
Siapa tegur, dituduh lancang 
Duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu! 
Konon kau pantang dicabar, 
Konon kau tangkas menyambar, 
Tapi cuma indah khabar, 
Rentakmu makin lama makin hambar 
Kau melayu aku pun melayu, 
Aku menulis bukan cemburu, 
Aku mahu engkau tahu, 
Kenapa melayu tak macam dulu.

Hai melayu! 
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya, 
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya, 
Kau cuma tahu bergaya.

Hai melayu! 
Kau melaung-laung di jalan raya, 
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya, 
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu! 
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, 
Bila dah kaya kau jadi puaka, 
Ini tandanya kau sudah derhaka! 

Hai melayu! 
Sedarlah bangsa ku, 
Bukalah minda mu, 
Bersatulah bangsa ku, 
Kerana malaya bukan lagi milik mu ! 
Aku pun melayu, 
Engkau pun melayu, 
Bodoh sombong harus di tepis, 
Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris, 
Bersatulah melayu kerana agama dan bangsa,
Moyang-moyang yang telah berjasa, 
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.

sumber: Whatsapp


4 ulasan:

  1. Hasad dengki sesama Melayu ni,entah bila akan berakhir..
    Sesama GP Melayu pun,ada yg PHD tauuu

    BalasPadam
  2. itulah melayu
    phd sana sini
    bomoh sana sini
    kan bagus bomohkan pemimpin yang cam apa tu
    tak lak ko nak buat

    BalasPadam
  3. janganlah berputus harap terhadap MELAYU....masih ada yang elok dan yang molek..."D

    BalasPadam