Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Januari 2015

Aku dan Putu Bambu Juriah


Kalau sampai di pekan koboi Ayer Hitam,
tak sah kalau tak mencuba kuih Putu Bambu Juriah.
Rasanya dah berpuluh tahun mereka berniaga disimpang jalan ini.


Daripada harga seringgit dah naik ke 3 ringgit sekarang.
Daripada warung kecil ke kedai yang lebih besar.
Daripada seorang pekerja ke berbelas orang pekerja.
Dan tak lama lagi akan ada cawangan baru.
Aku dah nampak iklannya.


Putu Bambu ini pun dah masuk suratkhabar.
Pengusahanya pun dah jadi jutawan.
Aku tak pandai nak komen pasal kuih ini.
Kena tanya wife.
Sebab dia yang selalu suka dengan kuih2 begini.
Padaku rasanya sama sahaja.


Kalau nasib kurang baik,
kena beratur panjang untuk membelinya.
Terutamanya kalau bulan puasa dan cuti sekolah.


Ini bukti kejayaannya.


5 ulasan:

  1. Memang sedap!!
    Bulan lepas saya balik JB, adik saya ada beli..

    BalasPadam
  2. Salam doktor. Sy nak tanya. Tp out of topik la. Sy dah under jpa 3 tahun. Pastu terikat yg 10 tahun tu. Camne kalau sy nak berhenti ye. Kena bayar brapa. Harap bantu perjelaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukak surat perjanjian.
      tengok syarat2 perjanjian.
      kat situ ada tulis berapa kena bayar gantirugi jika pecah kontrak.

      Padam
  3. kalau beli request gula lebey
    lagi la sedap!

    BalasPadam