Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2015

Aku ke 6 Corner Senibong Seafood


Sempena double birthday celebration,
Aku bawa famili untuk makan malam di Senibong.
Kali ini aku try kedai yang ini pulak.
Kedai no 6.
Khabarnya dah masuk tv3 dah.
Program Jalan Jalan Cari Makan.
Masuk suratkhabar pun dah banyak kali.
Ada banyak artikel ditampal berhampiran kaunter bayaran.


Ini kali ke 4 aku datang ke Senibong.
Rutinnya tetap sama.
Dapatkan tempat duduk.
Lepas tu pilih lauk untuk dimasak.
Sotong dan udang2 nya besar gajah.
RM 70 sekilo siap masak.
Ikan2nya nampak segar.
Ketamnya pun sama.
Memang sungguh berselera memilih.
Tetapi jangan terkejut bila bayar bil nanti.


Aku sampai kira2 jam 8.00 malam.
Tempat duduk luar semua dah penuh.
Makan terpaksalah pilih duduk atas pangkin.
Makan sambil bersila.
Mejanya luas.
Tempat duduknya pun luas.
Nak golek2 sambil baring2 pun boleh.


Kali ini wife ambil sotong dan udang untuk dimasak Tomyam.


Aku ambil ikan pari untuk dibakar.


Kailan Ikan Masin jangan lupa.


Begitu juga dengan siput Gonggong Masak Sambal.

Semuanya tetap meyelerakan.
Masing2 kenyang kepuasan.
Kalau nak banding dengan kedai no 1 dan no 2 aku pernah try sebelum ini,
rasa masakannya lebih kurang sama sahaja.
Cuma kedainya lebih bersih.
Juga tak perlu tunggu lama2 untuk hidangan disiapkan.

Masa aku duduk makan,
di sebelah meyebelah aku pun ada famili tengah makan juga.
Anak2 kecil dibiarkan berlari sana-sini.
Anak2 kecil dibiarkan memanjat2 atas pagar.
Ayahnya sibuk menyepit udang kara.
Terganggu juga emosiku.
Kalau anaknya jatuh mesti masuk laut punya.
Begitu juga suara daripada pelayan kedai dibahagian depan.
Sesekali menjerit2 memanggil pelanggan.
Itu semua aku boleh maafkan lagi.
Tetapi melihat sisa makanan meja sebelah-menyebelah,
aku rasa agak sedih.
Order makanan macam dah seminggu tak makan.
Padahal yang nak makan cuma dua orang sahaja.
Cuit sana cuit sini dan tinggal.
Memanglah itu duit engkau yang bayar.
Tetapi itukan rezeki.
Sayang bila dibazirkan.
Aku tengok pun terasa sayang.
Bungkuslah bawa balik kan boleh?
Boleh buat bersarapan esok pagi.


3 ulasan:

  1. salam kenal zd...dah pernah makan cni..memang sedap..tapi masa tu tunggunya lama sangat..tak tahu apa sebab..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Perghhh... Siput Gonggong tu saya dah rasa masa office trip ke Kuala Tinggi bulan 8 tahun lepas.. 2 staf lain tak boleh masuk makan siput tu (dan belangkas) sebab dah mabuk.. maka saya (orang Penang tapi besar di KL) dan boss saya (orang Kluang) belasah siput gonggong dan belangkas berdua.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. 6 corner adalah yang terbaik masakannya pada tekak saya dan keluarga berbanding dengan kedai sebelah menyebelah. Cuma kebetulan masa saya disitu, harga ikan udangnya melampau2. Udang, ikan dan lobster pada harga 160.00 sekilo. Melompat saya terkejut. Tapi dah sampai, kami redahkan saja. Still....ada niat untuk kembali bawa org tua saya pula.

    BalasPadam